"Assalamualaikum anak papa!Dah sihat?" ujar papa saat melangkah ke dalam wad Narra.Narra tersenyum namun hambar.Ergh dah lah tinggal Narra kat sini sesorang.Namun salam tetap dijawab.Mama pun sama lagi lagi Abang Zul boleh masuk wad nih tergelak sakan.Apa yang lawak?
"Eh Narra..Tak baik buat camtu..Papa tegur kan.." tegur Puan Rashida.Narra memekakkan telinganya.Rasa bersalah namun erm.. sedih sikit lah..
"Alaa mama nih macam tak kenal budak kecik nih.. sikit sikit merajuk huh!"perli Zul.Hish Abang Zul nih nak kena ke?Apa sikit!Its too much lah..
" Apa sikit sikit .. dahlah tinggal Narra kat sini..Dengan seorang pakcik..Mama papa memang dah tak sayang Narra eh?"ujar Narra kemudiannya baring mengiring.Rasa nak nangis je!
"Ehh ala apa nih Narra.. Pakcik mana nih?Ada pakcik melawat Narra ke semalam?Abang Nik ada jugak kan?" ujar papa.Hah?Narra terkedu.What?
"Abang Nik ada ke?Ish mama papa tipu.Ada lah seorang pakcik nih dia teman je Narra kat sini.Abang Nik punya kelibat pun Narra mana ada nampak." ucapku.Nono mana ada abang Nik.Nasib baik ada sorang pakcik yang handsome jaga Narra semalam.Siap dapat bunga and chocolate lagi.Bayangkan ahh~
Lima minit selepas itu. pakcik yang disebut-sebut pun masuk ke dalam wad.Dengan tiba-tiba Abang Zul tergelak . Kalau boleh berguling kat lantai ward tuh.Apa yang lawak!!
"Haa ma papa.Inilah pakcik yang Narra sebut-sebut tuh..Dia yang jaga Narra sampai pagi nih."ucapku saat pakcik tersebut merapati aku.Dan yaa Abang Zul tergelak lagi malah semakin kuat.
" Maaf.Encik boleh perlahankan suara?Patient lain nanti terganggu.Maaf ye sekali lagi"ujar seorang nurse yang melintasi bilik wardku.Kemudiannya papa dan mama mendekati aku sambil tergelak kecil.
"Ee mama dengan papa pon sama macam Abang Zul nih. Apa yang kelakarnya?"ujarku sedikit geram.Mataku menjeling.Dan ternyata pakcik itupun dalam diam sedang tersengih menahan ketawa.Whats wrong with you guys??
Share this novel