"Erm saya dah siap." Ujar Narra tika keluar dari tandas awam yang disediakan.Nik yang membelakangi Narra segera berpaling tika suara Narra menyapa gegendang telinganya.Riak mukanya terus berubah menjadi cemas.Segera dipegang lembut kedua lengan Narra.
"Eh mana kerusi roda.Narra okay tak nih??" tanya Nik segera membawa Narra ke kerusi roda berhampiran.Narra hanya mampu menahan tawa dengan gelagat Nik tika itu.Cemas sangat!
"Ee Abang Nik nih dah kenapa? Narra okay jelah.Kaki Narra kan okay je bukan luka pon." balas Narra setelah duduk namun segera berdiri ketika menjawab pertanyaan Nik.Namun dipaksa duduk kembali oleh Nik.
"Saya tahulah kaki awak tak luka.Tapi Narra kena berehat lah..Itu bukan saya main cakap tapi pesanan doktor kan.Narra sendiri tahu benda tu."ujar Nik untuk menegakkan keadilan bagi dirinya.Narra hanya terdiam sehinggalah seorang pakcik tiba.
" Sayang betul ye kamu dengan isteri kamu.Bertuah adik nih dapat suami macamni."ujar pakcik yang tidak dikenali itu sambil tersenyum.Nik kemudiannya hanya tersengih dan menggaru kepala.Narra pula dengan tiba-tiba terbatuk dengan pernyataan pakcik tersebut.
"Terima kasih pakcik.Kami gerak dulu ye.Nak balik cepat ni." ujar Nik meminta diri.Narra hanya menurut dan pakcik itu tersenyum.
"Sweet sangat kan kita sampai dicop suami isteri hahaha."ujar Nik semasa hendak tiba di kereta.Narra hanya menjeling dan menjelirkan lidah seperti selalu.Mengejek Nik.Namun Nik hanya tersenyum dengan tindakan Narra.
" Dari kecik sampai sekarang suka buat camtu and dari kecik masih comel sampai sekarang."ujar Nik perlahan sambil tersenyum.Makin jatuh hatinya terhadap budak kecik nih.Narra yang sempat menangkap percakapan Nik terdiam malu.Namun dalam diam hatinya berbunga.Aippp Aipp!
Narra tiba di rumah agak lewat kerana jam trafik
.Setibanya di rumah kelihatan mamanya sedang menunggu di hadapan rumah.Narra keluar dari kereta sambil dipimpin oleh Nik .Muncul pula Abang Zul sambil senyum mengejek.Narra hanya menjelirkan lidah memeluk mama.
"Jemputlah masuk dulu Nik.Kita makan malam sama-sama" ujar papa tika disalami oleh Nik.Narra dan yang lain sudah pun masuk ke dalam rumah.Dan jemputan makan malam itu diterima oleh Nik dengan senang hati.
Share this novel