MH 24 + S¡CK

Romance Series 45162

***DI PUBLIC PHONE***

"I miss u so much daddy, mama..." Ucap Castella sebak di talian.

"We miss u too princess..." Jawab Luca bersama Serra sedih mendengarnya.

"Jaga diri kamu baik-baik sayang dan jangan lupa jugak antidot kamu sayang." Pesan Serra.

"Baik mama."

"Sayang boleh mama cakap dengan Cam kejap?" Pinta Serra.

Castella memberikan ganggang telefonnya pada Cam.

"Terima kasih Cam jagakan Castella untuk aunty dan uncle Luca. Jugak terima kasih atas segala-galanya yang kamu dah lakukan untuk Castella selama ni."

"CASTELLA TANGGUNGJAWAB JUGAK NYAWA CAM AUNTY. SEBAB CAM BENAR-BENAR CINTAKAN DIA. Jadi, tak perlulah aunty berterima kasih pada Cam."

"Daddy dan mama kamu sememangnya bertuah sangat dapat anak sebaik kamu Cam." Cam hanya membalasnya dengan senyuman kecilnya mendengarnya dan akhirnya talian di matikan.

Castella merapati Cam dengan senyuman terharunya memandang wajahnya.

"Thank u..." Castella terus memeluk Cam seerat-eratnya penuh gembiranya teramat-amat setelah dapat melepaskan rasa rindunya pada kedua orang tuanya atas semangat yang di berikan oleh Cam pada dirinya akhirnya Castella berani bersemuka dengan daddy dan mamanya sendiri.

***DI TEPI PANTAI***

"Babe boleh bukak mata sekarang."

"BABE BUAT SEMUA NI UNTUK CASTELLA?" Castella benar-benar terpegun dengan kejutan Cam.

Cam menghiasi candle light dinner mereka berdua begitu cantik sekali dan ianya berada betul-betul di tepi pantai.

"SILAKAN DUDUK MY PRINCESS." Cam menarikkan kerusi untuknya.

"WELL, THANK U MR.GENTLEMEN." Castella duduk penuh senyuman manis lesung pipitnya memandang Cam.

"So, my princess nak makan apa?"

"Boleh mintak apa saja?"

"Kejap." Cam bangun dan bergaya seperti seorang pelayan.

"Boleh saya ambik order untuk Cik Muda Castella Dante?"

"Mr.Bodyguard kita, bertukar jadi Mr.Waiter? Kalau macam tu, saya nak semua makanan yang ada dekat sini. Bolehkan Mr.Waiter?"

"SEMUA SEKALI?"

"Kata boleh mintak apa saja..." Merungut Castella comel.

"Memang Cam kata boleh mintak apa saja, tapi bukan semua. Babe nak perut babe meletop ke?" Usik Cam.

"Meletop atau tak Cam dah lupa ke yang Castella tetap akan..."

"HEY..." Cam terus duduk di bawah kaki Castella dengan menutup mulutnya untuk menghentikan Castella daripada menghabiskan ayatnya itu.

"Cam tak nak dengar lagi babe cakap macam tu di depan Cam, Okey?"

"Maafkan Castella..."

"It's okay. Now, Cam nak babe tutup mata."

"Tutup mata lagi?"

"PLEASE..."

"Okey." Castella menutup rapat matanya dan dirinya merasai tangan Cam sedang memakaikan sesuatu pada lehernya.

"BABE HADIAHKAN CASTELLA KALUNG? CANTIKNYA..."

"SOOO BEAUTIFUL... Kalung ni sebagai pengganti diri Cam bila Cam tak dapat nak sentiasa ada di sisi babe. Cam harap babe sukakannya."

"APA SAJA HADIAH PEMBERIAN DARIPADA BABE, CASTELLA SUKAKANNYA SANGAT-SANGAT BABE. Kalung ni amat bermakna buat Castella sekarang. Thank u..." Ucap Castella penuh perasaan cintanya terhadap Cam.

***SELESAI MAKAN MALAM***

"Babe, boleh tak babe jujur dengan Castella sesuatu?"

"JUJUR? Maksud babe?" Soal Cam sambil menikmati dessertnya.

"Castella nak tahu, sejak bila babe cintakan Castella?" Pertanyaan Castella membuatkan Cam membisu seketika padanya dengan helaan nafas begitu sedih.

"Sebenarnya secara jujurnya, Cam memang tak sukakan Castella sejak pertama kali Cam jumpa dengan Castella. Malahan Cam benci sangat-sangat pada Castella sebab my dad lebih sayangkan Castella lagi daripada Cam, anaknya sendiri. Dan bila my dad berikan arahan pada Cam untuk tidak bercakap dengan Castella waktu tu, Cam rasa happy sangat. Sebab itu yang sememangnya Cam mahukan dapat jauhkan diri Cam daripada Castella."

"Castella faham perasaan Cam. Bila uncle Mcall paksa Cam untuk lakukan sesuatu perkara yang Cam tak mahu. Cam perlu korbankan cita-cita Cam sendiri semata-mata hanya kerana Castella. Dan Castella tak pernah pun salahkan Cam, kalau Cam ada perasaan macam tu pada Castella sebelum ni."

"TAPI, CASTELLA TAHU TAK, CASTELLA JUGAK LA YANG UBAH PERASAAN CAM DARIPADA BENCI MENJADI SAYANG."

"Maksud Cam, apa yang Castella dah buat?"

"SEMAKIN CAM INGIN MEMBENCI CASTELLA, SEMAKIN CASTELLA BUNUH PERASAAN TU HANYA DENGAN KEBAIKAN JUGAK KEIKHLASAN HATI CASTELLA PADA CAM SELAMA NI. SEBAB TU, CAM PERLU LINDUNGI CASTELLA. Cam rasa bersalah sangat atas insiden yang berlaku pada Castella masa dekat perpustakaan tu. Dan malam Cam jaga Castella sakit dekat wad, tanpa Cam sedar, rupa-rupanya Cam dah pun MULA JATUH CINTA PADA CASTELLA."

"Jadi, itu la waktu Cam mula-mula jatuh cinta pada Castella?"

"YEA, ITU LA WAKTU DI MANA PERASAAN CAM BENAR-BENAR IKHLAS TERHADAP CASTELLA. PERASAAN CINTA YANG LAHIR SENDIRI DARIPADA HATI CAM. Dan Cam berterima kasih sangat-sangat pada my dad kerana telah pertemukan Castella pada Cam. MY SWEET CASTELLA."

"Nampaknya Castella sememangnya tak bertepuk sebelah tangan. Kalau babe nak tahu, malam tu jugak Castella dulu yang luahkan perasaan cinta Castella pada babe waktu babe tengah tidur lena sebelah Castella."

"BABE BUAT MACAM TU MASA CAM TENGAH TIDUR?"

"MEMANG TERUK! Bukan ke sepatutnya babe jaga Castella sakit? Babe langsung tak sedar pun Castella buat macam tu pada babe."

"WELL, SEKURANG-KURANGNYA CAM TAK TIDUR BERDENGKUR SAMPAI MENGGANGGU TIDUR ORANG YANG DIA TENGAH JAGA DALAM KEADAAN SAKIT MALAM TU."

"BABE CAKAP CASTELLA TIDUR BERDENGKUR?"

"TERUK. Sampai air liur babe meleleh basah kena dekat baju Cam."

"MANA ADA BABE TIPU!" Castella terus mengejar Cam atas usikkannya itu.

Cam berpatah balik lari mendapatkannya kerana menyedari wajah Castella seakan-akan sedang menahan kesakitan dengan badannya yang nyaris-nyaris ingin terjatuh.

"BABE, U OKAY?" Cam menyoalnya takut lalu memeluk erat begitu kuat badan lemah Castella.

"Nampaknya dah tiba masanya Castella perlu ambik antidot Castella babe. Babe jangan risau okey. Lepas je Castella ambik antidot tu, Castella akan baik semula macam biasa." Castella cuba menenangkan rasa teramat risaunya Cam terhadap dirinya.

"Kalau macam tu, kita masuk dalam sekarang okey untuk babe ambik antidot babe." Castella hanya menganggukkan kepalanya memandang Cam dan Cam memimpinnya perlahan membawanya masuk ke rumah.

***BEBERAPA JAM KEMUDIAN***

"Babe? Babe tak apa-apa ke dekat dalam tu?" Cam mengetuk-ngetuk pintu bilik air tanpa henti penuh risaunya kerana menunggu Castella begitu lama sekali di luar dan mendengar Castella tidak membalas atas pertanyaannya benar-benar membuatkan Cam bertambah cemas.

"CASTELLA?! BUKAK PINTU NI BABE! KALAU BABE TAK BUKAK PINTU NI, CAM TAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN PECAHKAN PINTU NI! BABE DENGAR TAK?! CASTELLA! OKAY THAT'S IT!" Cam terus memecahkan pintu dengan menghentak kuat menggunakan badannya sendiri.

Setelah Cam berjaya membuka pintu alangkah terperanjatnya Cam melihat Castella terbaring di bawah lantai dengan badannya cuba menahan kesakitan. Cam terus memangku badan lemah Castella dari belakang.

"SAKIT CAM!!!! CASTELLA RASA SAKIT SANGAT MACAM NAK MATI CAM!!!! TOLONG CASTELLA CAM!!!!" Jerit Castella sekuat-kuat sepenuh hatinya sambil tangannya memegang kuat pegangan pelukan tangan Cam padanya.

"GIGITLAH TANGAN CAM CASTELLA, BIAR CAM TAHU MACAM MANA RASANYA SAKIT YANG CASTELLA ALAMI SEKARANG!" Cam memberikan tangan kanannya dengan meletakkan di mulut Castella untuk Castella menggigitnya.

"TAK CAM! CASTELLA TAK AKAN BUAT MACAM TU PADA CAM!"

"HEY, LOOK AT ME BABE. THERE IS NOTHING THAT WILL SCARE ME AWAY. DO U HEAR MY HEART AND HOW IT BEATS FOR U? CAM BOLEH HANDLE NYA. IT'S OKAY BABE..." Mereka berdua saling menatapi sebak di iringi air mata antara 1 sama lain yang mengalir tanpa henti.

Kerana tidak mampu mengawalnya lagi tanpa Castella sedari dirinya telah pun menggigit kuat tangan Cam tadi sehingga berdarah untuk cuba menahan kesakitannya.

Cam sebaliknya hanya mendiamkan diri di belakang dengan menahannya. Dirinya menangis yang teramat-amat kerana begitu menyayat hatinya menyaksikan keadaan Castella sebegitu. Setelah kesakitan Castella reda dirinya terus pengsan dalam pelukan Cam. Cam mengangkat perlahan badannya membawanya ke katil dengan membaringkannya lembut dan menyelimutkannya.

Cam menatapi wajah pucat Castella sedang tidur dan dirinya terus keluar dari rumah lalu tersandar sedih di dinding memerhatikan tangannya yang berdarah memegang bekas kosong antidot kepunyaan Castella.

Aku tak sangka sampai macam ni sekali rasa sakitnya yang kau terpaksa tanggung Castella. Dan ianya benar-benar menyeksa hati aku Castella bila tengok kau mengerang kesakitan macam tu. KENAPA KAU YANG MESTI SAKIT CASTELLA DAN BUKANNYA AKU? Kalaulah aku boleh tukarkan nyawa aku dengan kau Castella akan aku berikannya pada kau.

Cam tidak berhenti-henti mengusutkan rambutnya kerana fikirannya kini buntu risaunya memikirkan tentang keadaan diri Castella yang telah kehabisan antidotnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience