MH 23 + ¡ |_UV U

Romance Series 45163

____DALAM KERETA VICE____

"Macam mana, jumpa mereka berdua tak?"

"Saya cuba trace dari telefon bimbit dan jugak kad kredit yang mereka berdua gunakan tapi tak ada Tuan. Nampaknya mereka langsung tak gunakannya." Jawab seorang lelaki merupakan penyiasat persendirian Vice.

"AKU TAK PEDULI! AKU NAK KAU CARI MEREKA BERDUA SAMPAI DAPAT! SIA-SIA AKU UPAH KAU KALAU BENDA MACAM NI PUN KAU TAK BOLEH NAK BUAT! DAH BERAMBUS!" Lelaki itu hanya menurut arahan Vice sebagai majikannya.

"MANA KAU SOROKKAN TUNANG AKU CAM? KAU MEMANG TAK GUNA!!!!" Jerit Vice begitu dendam amarahnya pada Cam.

____DI DALAM BILIK____

"I... LUV... UUU!" Jerit Castella di telinga kiri Cam mengejutnya tidur dan terus melarikan diri daripadanya.

"CASTELLA!" Cam yang bangun terperanjat mengejarnya sehingga ke arah dapur.

"HAPPY BIRTHDAY! Castella buat sendiri tau kek ni..." Ucap Castella memberikan Cam kejutan dengan sebiji kek di atas meja dapur.

"Castella buat kek ni untuk Cam?"

"Kenapa, Cam tak percaya ke yang Castella pandai buat kek?" Soal Castella seakan-akan merajuk mendengarnya.

"NO... Cam tak cakap pun macam tu. Tapi, really Castella, ada patung beruang kutub dekat kek Cam?"

"Comel apa, macam Cam..." Mengusik Castella dengan gelagat comelnya padanya.

"HUH! VERY CUTE... CAM TAK PERCAYA YANG CASTELLA BOLEH SAMAKAN CAM DENGAN BERUANG KUTUB? CAM ADA RUPA MACAM TU KE?" Jawab Cam eyeroll sentiasa pening dengan gurauan nakal Castella padanya.

Sedang Castella leka menilik-nilik keknya, mata Cam meliar-liar mencari-cari kotak bungkusannya yang cuba di sembunyikan oleh Castella daripadanya tanpa di sedari Castella.

HUH, MASIH CUAI LAGI MACAM DULU. Dan aku je yang faham sikap kau Castella. Kau jugak langsung tak pandai pun nak berbohong lebih-lebih lagi pada aku. Dengan sikap kau pada aku macam ni, kau telah buatkan aku lebih lagi nampak kau begitu comel sekali di mata aku Castella. I LUV HER SO MUCH...

Cam melihat kotaknya berada di tepi tong sampah dengan pisaunya masih lagi ada pada bungkusannya.

"So, Castella mana pisau kek?" Cam berjalan ke arahnya dan terus melompat naik duduk di atas meja bersebelahan keknya sambil mengunyah epal merah.

"Yelah lupa pulak yang pisau ada dekat kotak tadi. Kejap Castella ambik." Castella langsung tidak menyedari dirinya telah mengambil di kotak persembunyiannya sendiri tadi lalu memberikannya pada Cam dengan selambanya.

Menyedari pandangan Cam yang menoleh ke arah kotak kek di belakangnya membuatkan Castella tersedar dirinya telah tertangkap.

"BUAT HUH?" Usik Cam kali ini dengan dirinya yang masih lagi mengunyah epal.

"SORRY..." Melihat senyuman comel lesung pipit serba-salah Castella padanya membuatkan Cam terus menarik tangan Castella memeluknya rapat dengan badannya yang duduk di atas meja.

"Cam boleh maafkan tapi sebelum tu, Castella kena bagi dulu hadiah Cam."

"Okey... Cam nak hadiah apa?" Castella menyedari Cam memberikan tanda isyarat tangan dengan menyentuh bibirnya sendiri untuk Castella memberikan ciumannya padanya.

"Cam kena tutup mata dulu."

"Janji Castella tak kenakan Cam lagi?"

"TRUST ME CAM..."

"Okey..." Cam menutup rapat matanya di depan wajah Castella.

"CASTELLA!" Marah Cam kerana wajahnya telah di comotkan oleh Castella dengan keknya sendiri.

Cam mengejar Castella sehingga keluar rumah dan mereka berdua berlari-lari kegembiraan di pantai.

"DAPAT!" Cam memeluk Castella dari belakang dan mengangkat badannya berpusing-pusing beberapa kali dengan penuh gelak ketawa mereka berdua bersama-sama.

Mereka berdua saling menatapi cinta mata masing-masing di dalam air dan terus berpelukan sayang penuh eratnya.

"PLEASE CAM, TOLONG JANGAN LEPASKAN PELUKAN CAM PADA CASTELLA. BOLEHKAN KITA MACAM NI UNTUK BEBERAPA MINIT LAGI CAM?" Castella memeluknya kuat.

Cam hanya menurutinya dan mereka berdua yang telah basah kuyup kerana berendam di dalam air berpelukan cinta untuk seketika.

____DI DALAM BILIK____

"HAAH! Yang ni okey." Castella memilihkan baju untuk Cam sedang Cam masih lagi berada di dalam bilik mandi.

Mendengar Cam keluar pantas Castella meletakkannya atas katil dan terus menyembunyikan dirinya balik pintu untuk melihat reaksi Cam. Melihat Cam tersenyum gembira dan terus memakai baju pilihannya benar-benar mengembirakan hati Castella.

____DI DAPUR____

"Castella buat apa tu?"

"Hari ni Castella akan masakkan untuk Cam, okey?"

"CASTELLA NAK MASAK? Castella tak nak Cam tolong ke?"

"NOPE. Castella boleh buat sendiri."

"U SURE ABOUT THAT?" Ucap Cam dengan suara seksinya sambil mengucup lembut dahi Castella.

"100 PERCENT SURE. Nanti kalau dah siap Castella panggil Cam okey?" Castella menolak badan Cam manja menyuruhnya beredar dari situ.

"Okey, kalau Castella perlukan Cam jerit je Cam ada dekat atas."

"YES MR.BODYGUARD!" Castella menabiknya comel dengan hidungnya di cubit manja oleh Cam sebelum beredar.

****

Sedang Castella sibuk di dapur Cam pula mengemas juga membasuh pakaian-pakaian kotor mereka berdua. Melihat lingerie comel Castella berwarna pink di tangannya telah mengingatkan wajah merah malu Castella padanya. Kenangan sewaktu Castella di masukkan ke hospital dan dirinya membantunya dengan mengemaskan baju-bajunya membuatkan Cam ketawa kecil seorang diri.

****

Akhir sekali Cam mengemas katil dengan membetulkan cadarnya.

"APA BAU HANGIT NI?" Hidung Cam terhidu sesuatu terbakar dari arah dapur.

"OHH... SHIT! CASTELLA!" Cam terperanjat melihat kuali yang di gunakan Castella terbakar besar.

Begitu pantas Cam berlari ke arahnya dan terus mengangkat badannya dengan mendudukkannya di atas meja dapur. Cam mencapai alat pemadam lalu menembaknya ke arah api yang telah menjilat separuh badan kualinya itu.

"U OKAY CASTELLA?" Soal Cam cemas dengan tangannya mengambil tisu dan mengelapkan wajah comot Castella yang terkena minyak hitam.

"Maafkan Castella Cam... Castella memang tak pandai masak kalau nak di bandingkan dengan Cam." Jawabnya takut melihat wajah pucat Cam padanya.

"JANJI DENGAN CAM YANG CASTELLA TAK AKAN BUAT MACAM NI LAGI BILA CAM TAK ADA, PROMISE ME?"

"PROMISE... CAM MARAH KE...?"

"NOO... Cuma rasa nak ketawa je tengok wajah comot Castella sekarang. SEE?" Tangan Cam yang terkena minyak hitam jari telunjuknya mencomotkan lagi wajahnya dengan menyentuh comel hidung Castella lalu mencerminkan Castella menggunakan tutup periuk.

"CAAAAAM!" Castella turun dari meja dan terus mengejarnya atas usikkannya itu.

____DI DALAM PANGGUNG WAYANG____

Castella yang sedang leka menonton tangannya cuba mencapai popcorn.

"NO, NI POPCORN KITA CASTELLA." Tangan kiri Cam yang memegang popcorn terus memeluknya rapat dengan mengarahkannya pada Castella supaya Castella tidak tersilap mengambil dari kotak orang sebelahnya.

Wajah Cam terus merapati wajah Castella sehingga mengenai hidungnya lalu mereka berdua ketawa penuh geli hati di sebabkan situasi lucu tadi.

____DI TEPI PANTAI____

"CAM?"

"Hhmmm..."

"BOLEH TAK KALAU CASTELLA PANGGIL CAM BABE? CAM, CAM OKEY?!" Cam terus tersedak dari minumnya di sebabkan permintaannya itu.

"W-WHAAT? BAAA-BEE? Uhh..."

MELTS

"KENAPA MUKA CAM MERAH?"

"NO!" Cam terbatuk-batuk cuba mengawal malunya atas panggilan manja Castella itu padanya.

"YEEE... MUKA CAM MERAH..." Mengusik Castella dengan mencubit comel kedua-dua belah pipi merah Cam.

"STOPPED CASTELLA!"

"YES U DO!" Castella mengejar Cam yang cuba menyembunyikan wajah merahnya padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience