MH 25 + My PAST

Romance Series 45162

***DI MEXICO***

Setibanya mendarat Castella terus di iringi 3 buah kereta hitam mewah dalam perjalanan ke kediaman salah satu aset milik ayahnya Dato' Luca.

"Castella dah sampai daddy." Kata Castella di talian.

"Jaga diri sayang, dan jangan lupa call daddy dengan mama setiap hari, kalau kamu tak nak buat orang tua kamu risau sayang."

"I will daddy. Castella pasti akan rindukan daddy dengan mama nanti. I luv u daddy."

"I luv u too sayang."

"KITA KENA SERANG HENDAP!!!! LINDUNGI CIK MUDA CASTELLA!!!!" Jerit Yuda bodyguard yang mengiringinya.

Mereka semua telah di kejutkan dengan tembakan bertubi-tubi ke arah kereta mereka oleh musuh menggunakan submesingan sehingga kereta mereka terbabas lalu terbakar. Ramai bodyguardnya mati akibat terkena tembakan curi itu.

Muncullah seorang lelaki misteri berjaket kulit berpakaian serba hitam memakai helmet menutup penuh wajahnya dengan di tangan kanannya memegang submesingan berjalan perlahan mendekati kereta Castella berada.

Di lihatnya Castella telah pengsan tidak sedarkan diri dan lelaki misteri itu mengangkat Castella keluar daripada dalam kereta untuk di bawa turun lalu meletakkan Castella bersebelahan kereta.

Lelaki misteri itu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jaket kulit hitamnya yang berupa 1 kotak kecil berisi jarum suntikan lalu di suntik pada badan Castella. Dan setelah selesai lelaki misteri itu terus beredar meninggalkan Castella bersama bodyguardnya yang telah pun mati akibat terkena tembakan bertubi-tubinya tadi.

"SAYANG?! CASTELLA?!!!!" Panggil Dato' Luca cemas di telefon bimbit Castella yang tercicir pada seat belakang kereta.

"Kami perlukan bantuan untuk Cik Muda Castella dan jugak yang lain Dato', sebab kami semua telah di serang hendap oleh musuh." Jawab Yuda yang mencapai telefon bimbit itu dengan menahan kesakitannya akibat kecederaannya lalu Yuda juga mati di tempat kejadian.

"YUDA?! HELLO YUDA! TIDAAAAAAAAAAK!!!!" Jerit Dato' Luca seakan-akan tidak mempercayai apa yang telah di dengarinya sebentar tadi.

***DALAM WAKTU YANG SAMA***

Sedang Cam memecut motorbikenya fikirannya melayang untuk seketika dan tanpa dirinya sedar dirinya nyaris-nyaris di langgar lori treler sebaik saja melintasi jalan bersimpang empat kerana dirinya yang tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah menyala dan kerana cemas Cam terus memberhentikan motorbikenya dengan membuka helmetnya menoleh ke belakang arah lori treler tadi.

"KENAPA DENGAN AKU NI? TIBA-TIBA JE, HATI AKU RASA LAIN SANGAT..." Cam memegang dadanya yang jantungnya berdegup dengan begitu pantas sekali.

***DI HOSPITAL MEXICO***

"AAAAAAAAAAHHH!!!! SAKIT MAMA!!!! DADDY TOLONG CASTELLA DADDY!!!!" Jerit Castella yang duduk di atas katil dirinya menangis meraung meronta-ronta menahan kesakitannya dengan badannya di pegang kuat oleh mamanya Serra bersama 3 orang lagi jururawat perempuan.

"Nampaknya virus tu telah mula menyerang sel-sel badan Cik Muda. Pihak hospital masih belum dapat mengenal pasti lagi jenis virus yang telah terkena pada Cik Muda Castella." Jelas seorang doktor lelaki pada Dato' Luca.

"JADI TAK ADA PENAWAR KE YANG BOLEH UBATI PENYAKIT ANAK PEREMPUAN SAYA SEKARANG DOKTOR? TAK AKAN DOKTOR NAK BIARKAN ANAK SAYA TERUS-MENERUS MENAHAN KESAKITAN MACAM TU?!" Soal Dato' Luca dengan nada begitu bengangnya.

"Maaf, kalau saya mengganggu. Saya kenalkan diri, nama saya DR.Vice A.Vancrez. Saya boleh merawat penyakit Cik Muda Castella." Kemunculan Vice di muka pintu mengejutkan Dato' Luca dan juga Serra.

***FLASHBACK***

"Selama Castella di Mexico, Vice yang banyak merawat jugak menjaga Castella sakit siang dan malam. Kerana rasa terhutang nyawa jugak bergantung hidup pada antidot dia, Castella terpaksa menerima Vice walaupun cinta Castella kuat pada Cam." Castella hanya membelakangi Cam melihat pemandangan pantai malam.

Cam merapati Castella dan terus memeluknya kuat dari belakang.

"Maafkan Cam babe, kerana tak ada di situ untuk lindungi babe dan jugak jaga babe waktu babe sakit."

"Castella jugak nak mintak maaf pada babe, kerana terpaksa libatkan uncle Mcall dan aunty Celine untuk rahsiakan perkara ni daripada babe." Castella menoleh dengan menatapi wajah sedih Cam padanya lalu dirinya memeluknya erat.

"I FORGIVE U." Cam teramat serba-salahnya setelah mengetahui masa silam Castella dirinya membalas pelukan Castella dengan mencium dahinya berkali-kali penuh rasa terkilannya untuk seketika di tepi pantai malam itu.

Kalaulah aku ada dekat sana, aku tak akan biarkan apa-apa pun terjadi pada kau Castella. Aku akan cuba lindungi kau sebaik jugak sedaya aku yang mungkin. Aku nak tebus semula kesalahan aku kerana lepaskan kau pergi. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku tak nak tengok lagi kau dalam kesakitan Castella. AKU AKAN CUBA CARI JALAN!

Malam itu Cam duduk atas batu di tepi pantai dengan termenung penuh seriusnya memikirkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience