MH 37 + My S0N

Romance Series 45163

------ DI KEDIAMAN DALAM MAKMAL RAHSIA MILIK VICE -----

"CAM?" Panggil Mcall sayu hatinya melihat keadaan badan anaknya begitu lemah sekali akibat dari kesakitan antidot itu dengan menahannya terlalu lama.

"JANGAN CUBA-CUBA BUAT PERKARA BODOH MCALL KALAU KAU TAK NAK TENGOK SATU-SATUNYA ANAK LELAKI TUNGGAL KAU MATI DALAM KEADAAN TERSEKSA DI DEPAN MATA KEPALA KAU SENDIRI DI SEBABKAN ANTIDOT MAUT AKU NI!" Ugut Vice menyedari langkahan kaki Mcall semakin mendekati Cam.

"Kenapa kamu libatkan Cam dalam hal ni Vice sedangkan uncle yang bersalah bukannya Cam. Lepaskan Cam Vice. Uncle merayu tolonglah jangan apa-apakan dia." Kali ini Mcall datang sebagai seorang ayah dan bukan sebagai ketua atasan anaknya.

"DAAAD?" Jerit Cam lemah di kerusi ujikaji cuba menghentikan Mcall daripada membahayakan nyawanya deminya.

"Tolong jangan libatkan mereka berdua Vice. Please..." Pujuk Dato' Luca dengan pandangan penuh rasa bersalahnya pada Mcall kerana cuba menjadi umpan dalam permainan Vice.

"ITULAH YANG AKU RASA SELAMA NI KETIKA AKU MASIH MUDA KAU SEMUA BUNUH AYAH AKU TANPA RASA SEDIKIT PUN BELAS KASIHAN KAU PADA AYAH AKU HANYA KERANA DI SEBABKAN DIA GILA! KAU SEMUA SEMEMANGNYA KEJAM!" Laung Vice sekuat sepenuh hatinya melepaskan segala amarah dendamnya yang di tanggungnya bertahun-tahun.

"Apa yang berlaku pada ayah kamu, semuanya adalah di luar kawalan uncle sendiri Vice. Percayalah... Uncle menyesal dan merasa bersalah sangat pada kamu Vice. Tolonglah maafkan uncle." Mcall menjelaskan keadaan sebenar.

"Ayah aku gila hanya kerana dia terlalu rindukan anak perempuan dia yang hilang selama ni. Dan dia sangat-sangat sayangkan Castella kerana wajah Castella saling tak tumpah macam Vanessa adik perempuan aku." Luah Vice begitu terlukanya.

"Itu bermakna yang selama ni kau bukannya cintakan Castella Vice. Tetapi semata-mata kerana kau sayangkan dia hanya di sebabkan Castella seperti Vanessa. Right, Vice?" Cam cuba membukakan mata Vice tentang perasaan sebenar Vice pada Castella.

"KAU MASIH TAK NAMPAK LAGI KE CAM YANG ANTIDOT TU LA BUKTI TANDA BETAPA PENTINGNYA CASTELLA PADA AKU SELAMA NI!" Jarum bius di tangannya semakin di dekatkan pada leher Cam.

"VICE, DON'T! Ambil uncle Vice sebagai ganti. Uncle bersedia terima apa sahaja hukuman daripada kamu Vice atas kesalahan uncle pada ayah kamu selama ni. Cuma apa yang uncle nak kamu tahu, bertahun-tahun uncle dan Uncle Mcall cuba sedaya upaya kami berdua untuk mencari kamu Vice. Tetapi kamu telah pun menghilangkan diri macam tu je seakan-akan kamu terus lenyap dari dunia ni tanpa meninggalkan kesan. Percayalah Vice..." Kaki Dato' Luca sedikit demi sedikit cuba merapati Vice demi memujuknya.

"Tak perlulah kau nak berlagak baik di depan aku Luca kerana aku tak sebodoh yang kau sangkakan dan aku jugak tak perlukan simpati daripada kau atau sesiapa pun. Semuanya dah pun terlambat kerana nyawa kau berada di tangan aku sekarang lebih-lebih lagi kau Luca." Vice tersenyum sinis memandang tajam pada Dato' Luca.

"VICE JANGAAAAAN!!!!" Jerit Mcall berlari sepantas mungkin ke arah Dato' Luca untuk menjadikan badannya sebagai benteng atas tembakan peluru senjata yang di lepaskan secara curi oleh Vice.

Dan dalam masa yang sama juga sepantas kilat tangan Vice menekan butang rahsia berdekatannya yang telah membukakan pintu rahsia di bawah kakinya berada untuk melarikan diri.

"KEJAR DIA SAMPAI DAPAT DAN JANGAN BIARKAN DIA TERLEPAS!" Arah Dato' Luca pada kesemua bodyguardnya dengan menyambut badan lemah Mcall atas tembakan tepat Vice yang telah mengenai bahagian belakang badannya.

"Kenapa Mcall? Kenapa kau buat begini Mcall? Aku tak perlukan kau untuk kau taruhkan nyawa kau demi aku atas kesilapan aku sebelum ni." Beribu sesalan di raut wajah Dato' menatap wajah pucat Mcall yang bibirnya mengalir darah sedikit demi sedikit.

"Jika kau sendiri sanggup mati demi nyawa anak aku Cam, begitu juga aku Luca yang sanggup mati demi nyawa Castella kerana mereka berdua jugak anak aku Luca." Jawab Mcall menahan kesakitan.

Kata-kata Mcall membuatkan airmata Luca jatuh mengalir tanpa henti dan badan lemah Mcall di peluknya begitu erat sekali menangisi keadaan menyayat hati Mcall sedemikian.

"ANAK KAU MCALL." Dato' Luca memimpin badan Mcall yang berlumuran darah ke arah Cam dan terus membukakan jerutan pada pergelanggan kedua belah tangannya di kerusi ujikaji.

"CAM!" Jerit Dato' Luca mengejutkan Cam yang terus jatuh rebah ke lantai.

"ANAKKU... CAM?" Perlahan Mcall mendekatinya dalam keadaan lemah dengan memegang kedua belah pipi dingin Cam.

Mcall merasa badan Cam semakin sejuk juga kedua belah mata anaknya tidak terbuka walaupun di kejutkan beberapa kali olehnya.

"Dad percaya yang kamu masih boleh mendengar Cam. Dan dad jugak percaya yang kamu sememangnya tidak mudah menyerah kalah Cam. Jadi kamu mesti kuat semangat anakku demi Castella. KAMU MESTI BANGUN SEKARANG DEMI CASTELLA CAM! KERANA CASTELLA PERLUKAN KAMU SANGAT-SANGAT DI WAKTU GENTING MACAM NI CAM! DAD MERAYU UNTUK KALI YANG TERAKHIR, TOLONGLAH BANGUN ANAKKU!" Penuh harapan Mcall bersama Dato' Luca demi keselamatan nyawa Cam yang kini langsung tidak bertindak balas.

Adakah begini pengakhiran cinta kamu berdua Cam? MAAFKAN DADDY CASTELLA ATAS KESILAPAN DADDY KAMU JUGA CAM TELAH MENJADI MANGSA KEADAAN. MAAFKAN DADDY SAYANG...

Begitu sebaknya Dato' Luca menyaksikan keadaan menyayat hati seorang ayah memeluk anaknya yang maut datang menjemputnya di mana ayahnya juga mungkin senasib dengannya kerana padanya begitu besar sekali pengorbanan Mcall bersama Cam yang dirinya tidak mampu membalasnya walaupun seumur hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience