MH 35 + VANESSA

Romance Series 45162

- DALAM KERETA -

"Hello sayang?"

"DADDY BILA DADDY NAK BALIK? Vanessa boring la daddy. Abang Vice tu asyik baca buku je langsung tak nak main dengan Vanessa."

"Abang kamu ada exam sayang sebab tu dia kena baca buku tapi tak apa kejap lagi daddy sampai sebab daddy masih lagi dalam perjalanan nak balik ni, dan daddy ada surprise untuk kamu."

"DADDY BELI APA UNTUK VANESSA, NAK TAU, NAK TAU DADDY?!"

"Noo.. Kalau daddy beritahu nanti tak surprise la namanya. Ok sayang daddy nak letak phone ni, jangan nakal-nakal dan jangan buat kepala abang Vice kamu pening dekat rumah ok?"

"OK DADDY, VANESSA TUNGGU DADDY. BYE DADDY, LUV U... MWAAAH!"

"BYE SAYANG, LUV U TOO, MWAAAH."

.....................

"ABANG, DADDY ADA BUAT KEJUTAN UNTUK VANESSA!"

"Abang tahu daddy beli apa."

"ABANG VICE TAHU, KALAU MACAM TU CAKAP LA ABANG, DADDY BELI APA?"

"Mana boleh bagitahu, tak best la nanti."

"OK LA.. Tapi sebelum tu, abang kena main sembunyi-sembunyi dengan Vanessa dulu. JOM LA ABANG VICE, VANESSA BOSAN LA..." Vanessa menarik-narik tangan Vice.

"OK, OK. Vanessa menyorok, abang cari, OK?"

"OK! Abang tutup mata tau, jangan main tipu..."

"Tapi Vanessa kena ingat tau, jangan sembunyi jauh-jauh daripada abang DAN JANGAN SESEKALI MAIN DEKAT CURAM BUKIT SANA, JANJI?"

"JANJI!" Vanessa yang berumur 6 tahun terus berlari comel untuk bersembunyi.

- DI KAWASAN RUMAHNYA -

"Vanessa? Abang datang ni.. Abang nak tangkap adik comel abang ni..."

"Alamak, abang Vice makin dekat la.." Vanessa berlari dan terus berlari sehingga ke arah bukit.

Sedang dirinya berlari dengan asyik menoleh ke belakang, kakinya tersepak batu lalu tersungkur jatuh ke tanah dan berguling-guling beberapa kali.

"DADDY TOLONG VANESSA!!!! ABANG VICE TOLONG VANESSA ABANG VANESSA TAKUT!!!! VANESSA NAK JATUH ABANG!!!!" Vanessa menangis meraung-raung dengan tangannya hanya berpaut di tepi-tepi cerun bukit untuk menyelamatkan dirinya dan kerana tidak dapat menahan terlalu lama akhirnya Vanessa telah jatuh tenggelam hilang ke dalam dasar air laut tanpa pengetahuan abangnya Vice.

- SETELAH VANESSA TERLALU LAMA MENYEMBUNYIKAN DIRI -

"VAANEESSAAAAA!!!! KAMU DEKAT MANA?!!!! ABANG GIVE UP VANESSA, KAMU MENANG!!!! DAH LA, JOM KITA BALIK NANTI DADDY CARI KITA PULAK!!!! VANESAAA!!!!" Panggil Vice begitu paniknya.

Dan kerana gagal mencari adiknya Vice terus berlari cemas balik ke rumah untuk memberitahu ayahnya.

- DI RUMAH -

"SAYANG, DADDY DAH BALIK!" Sergah Axel di muka pintu dengan memegang sekotak besar yang di dalamnya berisi kek aiskrim sempena menyambut harijadi Vanessa.

"DAD!!!!" Muncul Vice juga di pintu tercungap-cungap berlari mendapatkan ayahnya.

"KENAPA NI VICE, ADIK KAMU MANA?"

"Tadi Vice main sembunyi-sembunyi dengan adik dad. Vice cuba cari Vanessa tapi sampai sekarang Vice langsung tak jumpa adik dad."

"NO, VAANESSAAA!!!!" Kek di tangan Axel terlepas hancur terpijak olehnya sejurus mendengar kejutan itu.

"VANESAAAAA, KAMU DEKAT MANA SAYANG!!!! BALIK LA SAYANG, DADDY ADA BELIKAN KEK AISKRIM KEGEMARAN KAMU SAYANG!!!! TOLONG JANGAN BUAT DADDY RISAU MACAM NI SAYANG, TOLONG LA BALIK!!!! VANESAAAAA!!!!" Jerit Axel sepenuh hatinya melutut ke tanah dengan berlinangan air mata atas kehilangan satu-satunya anak perempuan comel kesayangannya sambil di perhatikan sebak oleh Vice malam itu.

- BEBERAPA BULAN KEMUDIAN DI DALAM TAMAN -

"Dad suka tak tempat ni? Tempat ni dad selalu bawak Vice dengan Vanessa makan aiskrim dekat sini. Dad ingat lagikan? Dad?" Kata-kata Vice terhenti dengan air mata mengalir di pipinya melihat ayahnya Axel kini tidak waras lagi kerana trauma atas pemergian adiknya yang telah hilang selama-lamanya tanpa dapat di kesan jasadnya.

- PRESENT DAY -

"Uncle mintak maaf atas apa yang uncle dengar tentang dad dan jugak adik perempuan kamu Vice. Tapi walau apa pun, kamu tak boleh salahkan kami semua lebih-lebih lagi Castella. Sebab Castella langsung tak bersalah dalam hal ni Vice. Dan dia tak sepatutnya terima semua ni. Selama kamu bersama dengan Castella, tak akan tak ada sedikit pun rasa sayang kamu pada Castella sampai kamu sanggup khianati kepercayaan dia pada kamu sebelum ni Vice?" Soal Dato' Luca.

"Apa yang kau tahu erti sayang kalau kau sendiri adalah punca perampas nyawa orang yang aku sayang selama ni. KAU SEMUA BUNUH DAD AKU TANPA BELAS KASIHAN!!!! DAN SEKARANG KAU NAK AJAR AKU PULAK TENTANG ERTI KASIH SAYANG?!!!! AKU HANYA ULANG SEKALI, LETAK SENJATA KAU SEMUA KALAU KAU TAK NAK AKU BUNUH DIA, LETAAAK!!!!"

"STAND DOWN!" Arah Mcall dengan masing-masing meletakkan senjata api ke lantai secara berhati-hati.

"Kami dah buat seperti mana yang kamu mahukan sekarang Vice. Jadi uncle merayu sangat-sangat pada kamu tolonglah lepaskan Cam dia tak bersalah dalam hal ni Vice. Dan uncle janji yang uncle tak akan apa-apakan kamu percayalah." Rayu Dato' Luca.

"Huh! Kau memang bodoh kalau kau fikir aku akan terpedaya dengan kata-kata kau. Kau tahu tak yang dad aku benar-benar sayangkan anak perempuan kau Castella sebelum ni?"

Dan alangkah kamu tahu Vice yang selama ni uncle tak putus-putus cuba mencari kamu untuk tebus semula kesalahan uncle pada dad kamu Vice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience