MH 7 + C|-|ANGES

Romance Series 45163

____DI TAMAN DALAM KEDIAMAN CASTELLA____

Aku mesti lakukannya DEMI UNTUK KEBAIKAN DIA. Sebab ini saja jalan yang aku ada. Walaupun aku tahu ianya terlalu sukar bagi diri aku sendiri. AKU TERPAKSA...

"Cuma Cam sorang je yang tahu mana Castella ada."

"Cam?" Terkejut Castella Cam muncul secara tiba-tiba di belakangnya.

"Apa yang Castella buat sorang-sorang dekat sini?"

"Tak ada apa-apa. Cuma menikmati suasana malam untuk tenangkan fikiran."

"TENANGKAN FIKIRAN? Apa yang sedang mengganggu fikiran Castella?"

Perbualan mereka berdua terhenti apabila hujan tiba-tiba turun dengan begitu lebatnya. Cam yang ingin berlari cuba mencari tempat berteduh dirinya terkejut apabila Castella menahannya dengan menarik tangan kanannya.

"Castella buat apa ni?" Soal Cam pelik.

"DANCE WITH ME?" Castella memeluknya lembut dan mereka berdua saling menatapi mata antara satu sama lain dengan menari slow dance di dalam hujan bersama-sama.

PELIK? Kenapa dengan dia hari ni? Aku rasa dia berlainan sangat tak macam Castella selalu. Aku lebih sukakan lagi Castella YANG DULU sentiasa CERIA walaupun kadang-kadang memeningkan kepala aku daripada Castella sekarang. Apa yang kau cuba sembunyikan daripada aku sebenarnya Castella? Masalah apa yang mengganggu fikiran kau?

"Boleh Castella tanya Cam sesuatu?"

"Apa yang Castella nak tahu?"

"Kitakan dah nak tamat kolej. So, apa perancangan Cam lepas ni?"

"I don't know. Mungkin, masih berkerja dengan Dato' Luca sebagai BODYGUARD PRINCESS DIA."

"Very funny. Come on Cam, be honest."

"Bukan itu ke yang Castella nak, sentiasa ada di sisi Castella macam perjanjian yang Castella buat pada Cam sebelum ni."

"Tak Cam itu dulu, sekarang Castella dah pun buat perjanjian baru untuk Cam."

"PERJANJIAN BARU? Apa dia?"

"Tapi, sebelum tu, Cam kena janji dulu dengan Castella yang Cam akan setuju."

"Bergantung..."

"PLEASE CAM..." Desak Castella.

"OKEY, CAM JANJI. Tapi, apa perjanjian tu?"

"NOPE. Castella tak akan beritahu Cam sekarang. Bila kita tamat kolej nanti, baru Castella beritahu Cam."

"CASTELLA!!!!" Jerit Cam kerana Castella terus melarikan diri daripadanya.

"KENAPA DENGAN DIA NI?" Bisik hati kecil Cam penuh risaunya.

****

Pada hari tamat pengajian, Castella telah menunggu Cam begitu lamanya di luar kolej.

"Mana Cam ni?"

"CASTELLA!" Jerit lemah Cam dari jauh kerana menahan kesakitan.

"CAM!!!!" Castella terus berlari cemas mendapatkannya.

"Kenapa ni Cam, siapa yang pukul Cam?! Ikut Castella." Kebisuan Cam membuatkan Castella terus menarik tangannya membawanya masuk ke dalam bilik loker persalinan perempuan secara sembunyi.

"Cam tahan sikit yerr?" Castella merawat lembut lukanya.

"Castella?" Panggil Cam begitu sayu dengan wajah sedihnya memandangnya.

"Kenapa ni Cam?" Soal Castella penuh risaunya.

Cam terus beredar tanpa berkata apa-apa padanya setelah Castella selesai merawat lukanya dengan di perhatikan sedih oleh Castella dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience