MH 14 + SECRET

Romance Series 45162

____DALAM HOSPITAL____

"Terima kasih Vice, kalau tak di sebabkan kamu, uncle tak tahu apa yang akan terjadi pada Castella." Ucap Dato' Luca.

"Bukan ke Castella selalunya akan bawak ke mana saja antidot dia bersama-sama dengan dia uncle?" Soal Vice.

"Itu yang uncle pelik, dia tak pernah pun lupa tapi tak tahu pulak kenapa dengan dia sejak akhir-akhir ni."

"Tak apalah uncle apa-apa pun kita perlu beri ruang untuk Castella. Biar dia rest."

"Terima kasih Vice." Kata Serra duduk bersebelahan Castella yang sedang tidur.

"Sama-sama aunty, Vice keluar dulu uncle, aunty."

Setelah Vice keluar muncul Mcall yang baru saja memasuki bilik itu.

"Mana anak kamu Mcall?"

"Ada dekat luar tu Dato'. Puas saya cuba tahan dia sebab dia betul-betul risau sangat dengan keadaan Cik Muda Castella. Saya sebenarnya pun kesian sangat tengok keadaan dia macam tu Dato'."

"DIA DAH TAHU KE TENTANG CASTELLA?"

"Tak Dato' saya masih BERPEGANG PADA JANJI CIK MUDA CASTELLA."

"Entahlah Mcall, saya sendiri pun tak tahu, sampai bila kita nak RAHSIAKAN PERKARA NI DARIPADA CAM. Sebab saya percaya lambat laun, dia pasti akan tahu jugak."

"Kita sememangnya tak boleh nak buat apa Dato', sebab kita semua dah pun berjanji pada Cik Muda. Jadi, kita kena akur dengan permintaan Cik Muda Dato'."

Dato' Luca, Mcall dan Serra hanya memandang sayu Castella yang sedang terbaring lemah di atas katil.

****

"DAMMIT! TAK ADA SESIAPA KE YANG BOLEH BERITAHU AKU SEKARANG NI APA YANG BERLAKU PADA CASTELLA?!" Cam menjadi tidak tentu arah dirinya berjalan mundar-mandir tanpa henti dengan tangannya melonggarkan ikatan tienya.

Tiba-tiba muncul Vice yang sedang ingin berjalan melepasinya.

"TUNGGU VICE." Cam menahannya dengan menghalangi laluannya.

"KAU, kau buat apa dekat sini? Kau jangan cakap dekat aku yang kau risau sangat pasal Castella. Aku tunang dia, dan aku sendiri boleh jaga dia. Thanks Mr.Bodyguard."

"KAU FIKIR AKU PEDULI KE SEMUA TU, AKU CUMA NAK TAHU MACAM MANA DENGAN KEADAAN CASTELLA SEKARANG?!" Gertak Cam dengan menyentap kuat kolar jubah putih doktor Vice.

"CAM!" Sergah Mcall yang melihat pertengkaran antara mereka berdua.

Mereka berdua saling menatap tajam anak mata sesama sendiri kerana rasa ketidak puasan hati masing-masing dan Vice terus beredar dalam keadaannya begitu marah setelah Cam melepaskannya.

"APA YANG KAMU BUAT NI CAM?! TOLONG JANGAN NAK BUAT HAL DEKAT SINI! INGAT ETIKA KERJA KAMU SEBAGAI BODYGUARD DATO' LUCA!"

"KENAPA SUSAH SANGAT SEMUA ORANG NAK BERITAHU CAM APA YANG BERLAKU PADA CASTELLA?!"

"Cik Muda Castella tak ada apa-apa Cam. Jadi, tak perlulah kamu nak risau sangat tentang keadaan dia."

"CAM NAMPAK DARAH DAD! DARAH CASTELLA! Cam dapat rasakan ada sesuatu tak kena dengan Castella yang dia cuba sembunyikan daripada Cam selama ni dad. Tolonglah dad terus-terang dengan Cam. APA YANG BERLAKU PADA CASTELLA SEBENARNYA DAD?"

"Terpulanglah pada kamu Cam sama ada kamu nak percaya atau pun tidak. Dad berikan kamu pelepasan hari ni. Kamu boleh balik sekarang sebab dad tak nak ada masalah lagi daripada kamu."

"NO DAD! CAM TAK AKAN TINGGALKAN CASTELLA! CASTELLA PERLUKAN CAM! DAN DAD TAK BOLEH HALANG CAM!"

"Maafkan dad Cam. Dad hanya menjalankan amanah dad. Maafkan dad..." Mcall hanya memerhati sayu Cam berkeadaan sebegitu.

****

Malam itu Cam ingin memasuki bilik Castella dan dirinya terus bersembunyi balik pintu kerana terkejut melihat Vice telah pun berada di situ untuk memeriksa keadaan Castella yang baru saja sedar dari pengsannya.

Melihat Vice mencium dahi Castella membuatkan kemarahan Cam begitu membuak-buak kerana dirinya yang terpaksa membiarkan lelaki lain menyentuh Castella di depan mata kepalanya sendiri.

Setelah Vice beredar.

Castella merasakan seseorang merapatinya perlahan sewaktu dirinya ingin tidur dan apabila dirinya menoleh.

"CAM?" Terkejutnya Castella dengan terus bangun dari posisi baringnya.

Anak mata Cam menatap sayu wajah pucat Castella dengan tangan kanannya menyentuh lembut pipinya yang sejuk.

"CAM..." Castella menyedari dari pandangan anak mata Cam padanya Cam sedang menangis di dalam dirinya dan ianya benar-benar menyayat hatinya.

"Cam buat apa dekat sini Cam? Tolonglah pergi..."

"Kenapa, Castella takut, Vice akan nampak kita macam ni?"

"Tolonglah faham Cam yang Castella sekarang tunang Vice Cam. Dan kita tak boleh lagi rapat macam dulu."

"Adakah Vice sememangnya lebih penting lagi dalam hidup Castella daripada Cam?"

"Yes Cam, Vice adalah segala-galanya buat Castella."

"Castella tahu tak apa yang Cam nampak pada anak mata Castella sekarang?"

Castella terus terdiam.

"Cam nampak pada anak mata Castella yang Castella cintakan Cam dan bukannya Vice. Anak mata Castella tak boleh tipu Cam Castella. Dan sekarang ni, Cam jugak dapat rasa yang Castella cuba sembunyikan sesuatu daripada Cam. Betulkan Castella?"

Tiba-tiba Cam terkejut apabila Castella menampar kuat pipi kanannya.

"Tolonglah sedar Cam siapa Cam pada Castella. Hubungan kita hanya antara bodyguard dengan client Cam dan tak lebih pun daripada tu! Jangan terlalu mengharap apa-apa daripada Castella Cam!"

"Hubungan bodyguard dengan client huh? Jadi, mana perginya Castella dulu yang sentiasa inginkan Cam ada bersama?"

"Itu kisah lama Cam! Sebab Castella masa tu, belum cukup matang! Dan sekarang, Castella dah sedar, yang hidup Castella bukan seperti kisah dongeng sentiasa perlukan seorang putera untuk melindungi puterinya. CASTELLA TAK PERLUKAN CAM LAGI UNTUK JAGA CASTELLA, SEBAB VICE YANG AKAN AMBIK ALIH TUGAS CAM SEKARANG KERANA DIA ADALAH TUNANG CASTELLA!"

"KALAU CAM KATAKAN YANG CAM INGIN MENJADI PUTERA TU UNTUK BERSAMA DENGAN CASTELLA SELAMA-LAMANYA, ADAKAH CASTELLA AKAN TERIMA CAM?" Soal Cam dengan menitiskan air matanya memandang wajah Castella.

"CASTELLA DAH PUN PILIH VICE SEBAGAI PUTERA CASTELLA CAM. MAAFKAN CASTELLA." Kata-kata dingin Castella akhirnya membuatkan Cam melangkah keluar dari dalam biliknya dengan hati yang begitu berat.

Cam terus tersandar sedih di dinding luar biliknya.

Walaupun kau tak perlukan aku lagi dalam hidup kau, aku tetap tak akan tinggalkan kau dalam keadaan kau macam tu Castella. Aku akan jaga kau walau jarak di antara kita sekarang sejauh 3 batu. AKU AKAN TETAP LINDUNGI KAU KERANA ITU ADALAH TANDA CINTA AKU PADA KAU MY SWEET CASTELLA...

****

Malam itu Castella bangun dari atas katilnya untuk keluar mengambil air. Sedang dirinya membuka pintu alangkah terperanjatnya Castella melihat Cam tertidur di bawah lantai depan biliknya secara posisi duduk. Castella yang tidak dapat menahan lagi air mata terkilannya dirinya menangis sepenuh hati teramat-amat dan terus jatuh terduduk tersandar di dinding membelakangi Cam dalam biliknya.

Kenapa terlalu susah sangat aku nak buang dia dalam hidup aku setelah apa yang aku nampak sekarang ni? Dia tetap tak bencikan aku walaupun aku dah sakitkan dia tadi. Aku sememangnya tak layak langsung untuk kau Cam sebab kau adalah lelaki yang terlalu baik untuk aku. AKU TAK NAK KAU MENDERITA DI SEBABKAN CINTA AKU CAM. KERANA 1 HARI NANTI AKU AKAN TINGGALKAN KAU UNTUK SELAMA-LAMANYA...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience