MH 2 + SWEET K¡SS

Romance Series 45162

____DI LALUAN TANGGA KOLEJ____

Sedang Castella leka mengikat tali kasutnya yang putus Castella terperanjat apabila Cam berlari cemas ke arahnya dan terus memeluknya dengan menjadikan badannya sebagai benteng cuba melindungi dirinya daripada terhempuk buku-buku jatuh bertaburan dari tingkat 1 di sebabkan kecuaian seorang pelajar lelaki.

"Cik Muda Castella tak apa-apa?" Soalnya tenang.

"Saya tak apa-apa. Bukan ke saya dah cakap jangan panggil saya dengan gelaran cik muda?"

"Maaf, Castella okey?"

"Saya yang sepatutnya tanya Cam. Cam tak ada cedera apa-apakan di sebabkan insiden tadi?"

"Jangan risau pasal saya. Saya okey."

"Terima kasih." Ucap Castella dengan senyuman lesung pipitnya yang begitu manis.

Cam hanya menganggukkan kepalanya sekali padanya dan terus beredar.

Kenapalah kau selalu je di timpa nasib buruk Castella? Kau umpama MAGNET yang menarik bahaya. Walau apa pun dah jadi tugas aku untuk pastikan kau sentiasa selamat.

.............................................................

Setiap hari, setiap masa dan setiap tempat, Castella sentiasa di perhatikan oleh Cam daripada jarak 3 batu jauhnya untuk memastikan Castella merasa selesa tanpa dirinya berada berdekatannya.

Aku akui aku memang rasa seronok sangat-sangat dapat bebas tanpa di kawal oleh orang lain umpama burung yang telah di lepaskan oleh tuannya daripada sangkarnya sendiri. Setelah sekian lama aku rasa FREEEDOOOOOM!!!!

..................................................................

"APA RYU TAK JADI DATANG?! RYU TAHU TAK MASUK NI, 2 KALI DAH RYU ROSAKKAN DATE KITA! KALAU RYU RASA RYU ADALAH BOYS PALING HOT DEKAT KOLEJ TU, RYU SILAP! SEBAB ADA LAGI BOYS PALING POPULAR DAN LEBIH TAMPAN LAGI DARIPADA RYU! And 1 more thing Ryu, U CAN GO TO HELL, JERKKK!!!!" Teriak Castella dalam telefon bimbitnya dan terus mematikan talian.

1 jam lebih Castella berdiri di depan pagar rumahnya menggigil kesejukan semata-mata menantikan kedatangan Ryu sebagai datenya yang sebenar. Castella mematungkan diri kesedihan kerana telah di permain-mainkan oleh Ryu yang selama ini dirinya menganggap Ryu benar-benar ikhlas berkawan dengannya.

"Adakah arahan antara jarak 3 batu masih lagi di guna pakai? Sebab rasanya dah lama sangat Castella berdiri sorang-sorang dekat luar ni dan saya langsung tak nampak pun date Castella datang?" Soal Cam formal.

"Saya memang bodoh Cam kerana terlalu percayakan Ryu. Saya akui saya memang miliki segala-galanya Cam. Cuma 1 perkara je yang sampai sekarang saya tak mampu nak milikinya. Iaitu rasa gembira dalam hidup saya. Kenapa susah sangat saya nak hidup normal macam orang lain Cam? Atau mungkin saya memang di takdirkan macam ni..."

Cam membuka jaket kulit hitamnya dan terus memakaikannya pada Castella.

"JOM, KITA PERGI DATE." Kata Cam dengan gaya coolnya.

..................................................................

"NAMPAKNYA CASTELLA SUKA NAIK MOTORBIKE?!" Teriak Cam dengan kelajuan motorbikenya.

"SUKA! SUKA SANGAT! KALAU CAM NAK TAHU INILAH KALI PERTAMA CASTELLA NAIK MOTORBIKE SEUMUR HIDUP CASTELLA! SEBAB SELALUNYA CASTELLA CUMA NAIK KERETA JE, BORING!" Balas Castella juga dengan nada yang kuat.

Castella mengangkat kedua-dua belah tangannya di belakang seakan-akan dirinya terbang penuh girangnya. Cam hanya tersenyum kecil menyedari gelagat comel Castella. Cam menukar gear dan terus memecut laju membawanya berjalan-jalan di setiap tempat-tempat yang mempunyai kilauan lampu-lampu begitu cantik dalam kota raya malam.

.................. DI DALAM CAFE ..................

"Maaflah, Cam tak mampu nak bawak Castella pergi restauran 5 star. Hanya tempat macam ni je yang Cam mampu bawak."

"Siapa kata Castella nak pergi restauran 5 star? Lagi pun Castella lebih suka lagi tempat yang santai macam ni daripada formal. Boriiing..." Jawab Castella sambil leka menghirup air milk shakenya penuh comot di mulutnya.

Gelagat comelnya membuatkan Cam mengetawakannya penuh rasa geli hati.

CAM KETAWA? CUTENYA!!!! Itulah kali pertama aku tengok dia ketawa. Sebelum ni, Cam yang aku kenal terlalu dingin sangat dengan aku. Aku tahu dia cuma jalankan tugas dia tapi, perlu ke sampai terlalu SERIUS SANGAT? Terus-terang aku katakan yang aku sukakan diri dia yang sekarang ni daripada CAM MCALL TERLALU FORMAL...

................................................................

"KITA BUAT APA DEKAT SINI CAM?! TINGGINYA! CASTELLA TAKUT!!!!" Menggigil-gigil Castella memegang tangan kanan Cam.

Cam telah membawanya ke sebuah bangunan begitu tinggi yang dapat melihat pemandangan cantik di bawahnya.

"C'mere. Take a look, you'll like this view." Cam cuba memujuknya dengan menarik lembut penuh perlahan tangan Castella cuba menenangkan ketakutannya.

"TAK NAK, TAK NAK! CASTELLA TAKUT CAM! CASTELLA GAYAT!!!!" Jeritnya.

"Kadang-kadang risiko akan membawa kegembiraan pada kita. Contohnya, kalau kita nak seseorang tu sentiasa berada di sisi kita, kita perlu bahayakan nyawa kita demi dia, betul tak? So, pendek kata, kalau kita nak happy, kita kena berani ambik risiko."

Castella terperanjat besar apabila Cam melepaskan pegangan tangannya dan terus memanjat di atas benteng batu.

"CAM! CAM BUAT APA TU?! TURUN CAM NANTI CAM JATUH!" Castella cemas.

"Hey, it's okay... Jangan takut Cam kan ada. Castella boleh berpaut dekat Cam kalau Castella takut."

Cam terus melompat turun dirinya mengangkat badan Castella dengan mendudukkannya di atas batu membelakanginya dan kedua-dua belah tangan Cam memeluk erat pinggang Castella menahannya daripada terjatuh.

"YELAH, PEMANDANGANNYA CANTIK SANGAT... BETUL KAN CAM?" Begitu terujanya Castella melihatnya dengan badannya di peluk kuat oleh Cam dari belakang.

"See? It's not that bad. Castella masih takut lagi ke?" Bisik Cam lembut di cuping telinga kanan Castella.

"Selagi Cam berada di sisi Castella, Castella rasa selamat sangat Cam..." Balas Castella semula penuh rasa gembira di hatinya.

Mereka berdua menikmati pemandangan malam bersama-sama dalam suasana begitu tenang sekali dan senyap-sunyi untuk seketika.

"Cam, Castella tahu yang Cam lakukan semua ni sebab Cam rasa kesian dekat Castella. Tapi apa-apa pun Castella tetap hargainya Cam dan ingatnya sampai bila-bila. Cuma, boleh tak kalau Castella nak mintak 1 lagi permintaan daripada Cam sebab ini adalah date pertama Castella paling hebat yang Cam dah buat untuk Castella."

"Castella nak mintak apa?"

"Kiss me..."

"NO! I mean, Cam tak boleh buat macam tu Castella. Bukan ke ciuman pertama Castella sepatutnya Castella berikan pada orang yang benar-benar Castella cinta, right?"

"I know Cam, but..."

"Okey. Kalau Castella betul tak kisah, Cam boleh berikannya tapi just dekat pipi je okey?" Cam mencium comel begitu lembut pipi kiri Castella sekali.

"Happy?"

"Thank you Cam..." Castella tersenyum kegembiraan yang teramat-amat di samping Cam malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience