MH 11 + MEM0Ry

Romance Series 45162

____DI KOLEJ____

Castella menyaksikan Cam yang sedang bertarung dalam pertandingan seni mempertahankan dirinya iaitu TAEKWONDO.

"COME ON CAM, U CAN BEAT IT!!!! JANGAN MALUKAN NAMA CAM MCALL!!!!" Jeritan annoying Castella itu membuatkan Cam mengeluh pening mendengarnya kerana dirinya yang tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pihak lawan.

"CASTELLA CAN U JUST SHUT YOUR CUTE MOUTH!" Marah Cam.

"NO. COME ON MCALL U CAN DO IT!!!" Sekali lagi Cam mengeluh pening pada jeritannya.

"Ohh, Shit! SORRY..." Begitu terkejutnya Cam.

Annoying Castella itu membuatkan Cam telah terlepas tumbukkannya begitu kuat pada pihak lawan sehingga pengsan dan akhirnya kemenangan berpihak padanya.

Setelah selesai dan tinggal mereka berdua di dalam gelanggang.

"WAAAH... HEBATNYA CAM! BOLEH CAM AJAR CASTELLA TAK?"

"NO. Cam nak kemas barang kejap, lepas tu kita balik."

Castella yang melihat Cam leka mengemas dirinya terus menggeletek badannya dari belakang sehingga mereka berdua terjatuh dan Castella berada betul-betul di atas badannya.

"Apa yang Castella buat ni?" Cam mengeluh kepenatan.

"Castella nak Cam ajar Castella jugak." Paksanya comel.

"Cam cuma tak nak cederakan Castella."

"Selagi Cam tak cakap YES selagi tu Castella tak akan bangun."

"She's going to be the death of me." Bisik hati Cam.

(FLASHBACK)

Kenangan itu mengganggu fikirannya yang sedang menumbuk punch bag di dalam gym tempat latihannya tanpa henti dengan keadaannya begitu marah.

"Dad dah agak akan jumpa kamu dekat sini Cam."

"DAD?" Cam terkejut dengan kemunculan Mcall.

"Sehari suntuk kamu bermain benda tu Cam. Kamu baru je nak pulih dari kecederaan kamu. Sudahlah Cam, nanti kamu jatuh sakit pulak. Mama kamu pun risau tengok keadaan kamu macam ni."

"Cam tak apa-apa dad. Dad tak perlulah risau pasal Cam. Cam okey. Ada apa sebenarnya dad cari Cam dekat sini?"

"Dad sebenarnya..."

"Kenapa ni dad?" Cam menyedari wajah serba-salah ayahnya padanya.

"Cik Muda Castella tak perlukan kamu lagi untuk jadi bodyguard dia. Atas permintaan dia, dad terpaksa gantikan tempat kamu dengan orang lain."

"KENAPA DAD YANG BERITAHU CAM PASAL HAL NI DAN BUKANNYA CASTELLA SENDIRI DAD?!" Cam tidak dapat menahan kemarahannya lagi.

"Kawal diri kamu Cam. Kamu kena ingat yang kita hanya berkerja untuk keluarga Dato' Luca. Jadi kamu kena tahu tempat kamu di mana Cam." Mcall cuba menenangkannya.

"CAM TAK PEDULI DAD, KALAU CASTELLA NAK PECAT CAM SEKALIPUN DIA YANG SEPATUTNYA CAKAP SENDIRI PADA CAM DAN BUKANNYA DAD!"

"KAMU NAK PERGI MANA CAM!" Mcall memegang lengan kanannya cuba menahannya.

"CAM TAK BOLEH TERIMA SEMUA NI DAD."

"JANGAN BUAT PERKARA BODOH CAM! INI ADALAH ARAHAN DAD!"

"MAAFKAN CAM DAD, CAM TAK DAPAT NAK IKUT ARAHAN DAD KALI NI."

"CAM! CAM!!!!" Jerit Mcall teramat risaunya melihat Cam yang telah hilang kawalan di sebabkan kemarahannya.

****

Kau fikir kau boleh buang aku macam tu je dalam hidup kau Castella. Aku tak akan biarkan kau buat macam tu selagi aku masih hidup. Mungkin di sebabkan 8 tahun begitu mudah sekali kau lupakan aku. Aku akan buat kau ingat semula pada kenangan kita bersama dulu. AKU AKAN BUAT KAU INGAT PADA NAMA CAM MCALL!

Cam terus menunggang motorbikenya dengan meluncur begitu laju untuk menemui Castella malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience