MH 16 + TRAPPED

Romance Series 45162

____DI BANGUNAN PEJABAT TERBESAR MILIK DATO' LUCA DANTE____

Cam yang mengiringi Dato' Luca untuk ke tempat kerjanya dirinya membukakan pintu kereta untuknya.

"Terima kasih Cam." Ucapnya dengan penuh mesranya pada Cam.

"Sama-sama Dato'." Balas Cam dengan senyuman kecilnya.

"Berapa kali saya ingatkan kamu Cam. Tak perlulah kamu panggil saya dengan gelaran Dato'. Panggil saja uncle sebab uncle dah anggap kamu macam anak uncle sendiri."

"Baik Dato', maaf uncle." Dato' Luca hanya ketawa kecil padanya.

____DALAM LIF____

"So, macam mana dengan kamu sekarang Cam?"

"Baik uncle."

"Sebelum ni, kalau kamu nak tahu, Castella asyik tak berhenti-henti cakap pasal kamu pada uncle. Dan uncle gembira sangat-sangat kamu berkawan dengan dia Cam. Tapi, sejak dari kejadian dekat Mexico tu..."

"KEJADIAN DEKAT MEXICO? APA MAKSUD UNCLE?"

"Huh? Uncle cakap apa tadi?"

"Uncle baru je cakap pada Cam tadi pasal kejadian dekat Mexico. Apa maksud uncle sebenarnya? Dan apa yang berlaku pada Castella uncle?"

"Maafkan uncle Cam, uncle terlampau banyak sangat fikir pasal Castella. Sampai kadang-kadang tu, cakap pun yang bukan-bukan."

Setelah pintu lif terbuka Cam mengiringi Dato' Luca keluar dengan pandangan kelirunya pada Dato' Luca atas kata-kata tadi.

ADAKAH ITU SEBENARNYA PUNCA PERUBAHAN DIRI KAU CASTELLA? AKU HARAP KAU TAK RAHSIAKAN PERKARA BESAR DARIPADA AKU CASTELLA...

____DALAM HOTEL RESTAURAN MEWAH____

"Bukan ke kita boleh je buat wedding kita dekat Mexico babe, tapi kenapa selama 8 tahun babe ubah pulak fikiran babe untuk buat dekat sini?"

"Ini tempat lahir Castella babe. Jadi, tak salahkan kalau Castella nak buat dekat sini?"

"BUKAN DI SEBABKAN CAM?" Vice memberikan pandangan begitu cemburunya pada Castella.

"APA YANG BABE MENGARUT NI?" Pertanyaannya mengundang kemarahan Castella yang terus menarik ketat wajahnya terhadapnya dan ianya benar-benar membuatkan Vice merasa teramat serba-salah.

"I'm so sorry babe... Vice tak sepatutnya cakap pasal hal ni dalam date kita. I'm sorry okay?"

"It's okay babe. Castella pun nak mintak maaf kalau babe rasa macam tu... Cam, dia hanya bodyguard peribadi Castella babe dan jugak kawan baik Castella masa kami berdua sama-sama menuntut di kolej dulu. Tak lebih pun daripada tu... PLEASE BABE, TRUST ME..." Castella cuba memujuk lembut Vice dengan memegang erat kedua-dua belah tangan Vice memberikan sentuhan ajaibnya untuk meredakan kemarahannya.

"I TRUST U..." Jawab Vice lembut sambil tersenyum lega mendengarnya.

"THANK U..." Castella membalas semula dengan senyuman manis lesung pipitnya.

____WAKTU YANG SAMA___

Sedang Dato' Luca sibuk dengan mesyuarat paginya dirinya di kejutkan apabila seseorang telah menghantar video tentang lokasi Castella berada sekarang.

"KENAPA NI DATO'?" Soal salah seorang pekerjanya.

"KITA TERPAKSA TANGGUHKAN MEETING NI! MCALL! MANA MCALL?!" Dato' Luca terus berlari cemas mendapatkannya.

"ADA MASALAH KE DATO'?"

"ANAK SAYA MCALL, ANAK SAYA CASTELLA DALAM BAHAYA! ADA ORANG SEDANG INTIP ANAK SAYA SEKARANG NI!" Jawab Dato' Luca begitu takutnya.

Perbualan ayahnya bersama Dato' Luca telah di dengari oleh Cam.

"HANTAR LOKASI CASTELLA PADA CAM DAD, NOW!" Arah Cam dengan terus berlari keluar begitu pantasnya menuju ke arah keretanya dan Cam memecut laju.

____DI DEPAN HOTEL___

Sedang Castella menunggu Vice untuk mengambil keretanya yang jaraknya agak jauh sedikit daripadanya.

BAAAAANGGG!!!!

1 das tembakan di lepaskan oleh seseorang untuk membunuh Castella tanpa mengetahui dari mana arah datangnya dan secara serentak juga Cam telah pun muncul dengan memeluk kuat badan Castella. Castella bersembunyi dalam dakapan pelukan Cam dan Cam terus menariknya berlindung di sebalik dinding batu berhampirannya.

"CASTELLA!!!!" Jerit Vice risau dari jauh juga badannya telah di pegang kuat oleh Chase.

"CHASE! BAWAK VICE PERGI DARIPADA SINI SEKARANG! KITA BERPECAH! AKU AKAN LINDUNGI CIK MUDA CASTELLA!" Jerit Cam memberi arahan.

"NOOO LEPASKAN AKU!!!! CASTELLA!!!! Vice cuba memberontak tetapi Chase menahannya kuat.

"HEY.... IT'S OKAY BABE, CASTELLA TAK APA-APA PUN! BABE JANGAN RISAU OKEY? BILA KEADAAN DAH TERKAWAL NANTI, CASTELLA AKAN TERUS JUMPA BABE, PROMISE..." Castella cuba menenangkan kerisauan Vice tentang keselamatannya dan setelah di pujuk atas kata-katanya itu Vice terpaksa menurutinya.

"HATI-HATI CAM!" Balas Chase dengan menarik badan Vice mengikutinya.

"KAU JUGAK!" Cam terus menarik tangan Castella lari bersamanya dan mereka berempat akhirnya berpecah.

____DI TEMPAT TERSOROK BELAKANG BANGUNAN____

"Macam mana Cam?"

"Semuanya terkawal dad." Jawab Cam di alat komunikasi bodyguardnya.

"Kamu tunggu, dad akan hantarkan back up untuk kamu!"

"GOT IT!" Cam terus mematikan talian.

Cam menyedari wajah Castella memandangnya seperti orang asing.

"Cik Muda jangan takut, saya akan lindungi Cik Muda." Kata Cam begitu formal.

"Lengan Cam berdarah..." Castella melihat kot di bahagian lengannya terkoyak dari kesan tembakan tadi.

"Cuma kesan calar sikit je ni, nyaris tak kena tepat tadi." Jawab Cam sambil menilik-nilik lukanya dan tanpa dirinya sedari Castella sedang merenung sayu wajahnya.

"MARI, CASTELLA TOLONG BALUTKAN LUKA TU..." Castella membukakan perlahan kot hitamnya dan terus membalutnya lembut menggunakan skaf lehernya dengan setiap gerak-gerinya hanya di perhatikan oleh Cam.

Cam begitu sedih kerana telah mengingati semula kenangan sewaktu dirinya tercedera di hospital dan Castella pernah berbuat perkara yang sama padanya semata-mata ingin melihat lukanya dengan mata kepalanya sendiri. Dirinya yang teramat-amat merindui sisi lembut Castella melayaninya perasaannya seakan-akan hanyut seketika sewaktu menatapi wajah comel Castella sedang leka merawati lukanya dan tanpa dirinya sendiri sedari bibirnya telah mengucup lembut dahi Castella penuh rasa sayangnya terhadapnya.

"TERIMA KASIH CIK MUDA..." Ucap Cam lembut.

Castella sebaliknya terus memandang wajah Cam penuh terkejutnya atas ciumannya tadi. Dan mereka berdua terus menatapi mata antara 1 sama lain sehinggalah mereka berdua di sedarkan dengan kedatangan 4 orang lelaki iaitu bodyguard bawahan ayahnya.

"Cik Muda tak apa-apa ke?" Soal salah seorang rakan sekerja Cam itu.

"Saya tak apa-apa." Jawab Castella tenang dan dirinya terus beredar meninggalkan Cam mengikuti 4 orang pengiringnya itu sambil matanya masih lagi terikat pada wajah Cam yang juga sedang memerhatikan dirinya daripada jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience