MH 18 + WEDD¡NG DAy

Romance Series 45163

____PADANG KOLEJ____

Castella sedang bermain permainan lacrossenya dengan dirinya di perhatikan Cam daripada jauh.

"LONTAR SINI CASTELLA!" Jerit Charlie yang merupakan salah seorang rakan teamnya.

"SAMBUT!" Balas Castella dengan lontaran tepatnya yang begitu padu.

APA YANG PEREMPUAN TU BUAT DEKAT-DEKAT DENGAN CAM MACAM TU? MELUATNYA AKU TENGOK!!!! PATUT BOLA TADI AKU LONTAR DEKAT MUKA DIA! UUGHHH!!!!

Castella tidak dapat fokus setelah melihat daripada jauh seorang pelajar perempuan cuba menggunakan teknik gediknya untuk menarik perhatian Cam.

"CASTELLA SAMBUT!" Charlie melontarkan semula bola padanya tanpa di sedarinya.

"AAAAAWWW!!!!" Jerit Castella kesakitan dengan terus jatuh rebah ke tanah setelah terkena hentaman bola begitu kuat pada helmetnya.

"CASTELLA!!!!" Cam terus berlari cemas mendapatkannya dan cuba membangunkan badan Castella yang berada di atas tanah.

"CASTELLA U OKAY?" Soal Cam teramat risaunya.

"CA...AAAM...?" Jawab Castella separuh sedar memandang Cam kerana kepalanya yang pening di sebabkan gegaran tadi.

"APA YANG AKU NAK BUAT NI? HUH! PANDANG CAM CASTELLA. CAM NAK CASTELLA KIRA, JARI YANG CAM TUNJUKKAN SEKARANG NI ADA BERAPA?" Cam mengarahkan 2 anak jarinya pada muka Castella.

"Huh...? Ada... 2-2?" Castella memberikan pandangan blurnya pada Cam.

"PARAH NI... Jom, Cam bawak Castella pergi ke klinik kolej kita sekarang."

Sedang Cam ingin mengangkat badannya Cam terkejut apabila Castella mengetawakan comel dirinya.

"Kenapa Castella ketawa?" Cam memandangnya pelik.

"Castella cuma bergurau dengan Cam jelah tadi. See... Castella tak apa-apa pun kan..." Castella terus bangun berdiri tanpa bantuan Cam.

Tetapi belum beberapa saat dirinya nyaris-nyaris ingin rebah semula kerana pening sempat Cam menahannya dengan memegang badan Castella daripada terjatuh.

"Baik Cam bawak Castella pergi ke klinik sekarang Cam." Kata Charlie juga risau melihat keadaan Castella sebegitu.

"Naik belakang Cam. Cam dukung Castella." Castella yang begitu lemah dirinya hanya menuruti kata-kata Cam.

Castella berpaut comel di belakang Cam seperti kanak-kanak kecil dengan kedua-dua belah tangannya memeluk erat pada leher Cam. Semasa Cam berjalan membawa Castella ke klinik kolejnya.

"Cam?" Panggil Castella manja.

"Ada apa Castella?"

"CAM BENAR-BENAR AMBIK BERAT SANGAT PASAL CASTELLA KAN?"

"NOOO..." Jawab Cam dengan nada mendatarnya.

"YES U DO!" Mengusik Castella comel padanya.

"NO CASTELLA!"

"YES!"

"I SAID NO!" Tegas Cam kerana dirinya tahu Castella cuba ingin mengenakannya lagi.

Castella tidak mahu mengalah kerana itu dirinya memeluk leher Cam lebih rapat dan begitu kuat sekali sehingga Cam tidak dapat bernafas.

"CAS-TEL-LAAA!" Panggil Cam dengan nada semputnya.

"CASTELLA TAK AKAN LEPASKAN CAM SELAGI CAM TAK NAK MENGAKU!" Kata Castella dengan ketawa comelnya juga gurauannya yang begitu nakal sekali pada Cam.

(FLASHBACK)

Kenangan manisnya bersama Cam itu membuatkan Castella menitiskan air mata kesedihannya kerana menyedari dirinya kini telah pun siap mengenakan dress putih pengantinnya yang begitu mewah rekaannya juga cantik dengan berdiri berseorangan di dalam biliknya.

Tiba-tiba kedengaran pintu di buka oleh seseorang.

"Maaf, Cam ingatkan ini bilik toilet tadi." Begitu terkejutnya Castella melihat kemunculan Cam.

"Kenapa Cam nak tipu Castella Cam, Castella tahu, Cam tak pernah pun lupa bilik Castella di mana."

Cam terus melangkah perlahan merapati Castella dan tangannya membuka veil jarang yang menutupi wajah seri pengantin Castella. Setiap gerak-geri Cam itu hanya di perhati teramat sebaknya Castella memandangnya. Untuk kali ini Cam hanya membisukan diri tangan kanannya memegang lembut pipi gebu kiri Castella dengan merenung sayu wajahnya dan sedikit demi sedikit air mata Cam telah jatuh bergugur perlahan di hadapan Castella.

Situasi itu benar-benar menyayat hati Castella. Kerana tidak dapat menahannya lagi akhirnya Castella juga menangis kecil begitu sebaknya bersama-samanya. Dan mereka berdua saling menatapi sedih mata antara 1 sama lain untuk seketika sehinggalah muncul Serra mama Castella di pintu.

"Sayang?"

Pantas Cam dan Castella mengesat air mata masing-masing kerana tidak mahu Serra menyedarinya.

Cam hanya tersenyum tawar pada Serra yang sedang memandang sedih wajahnya dan Cam terus keluar dari dalam bilik itu.

"KAMU RASA BETUL KE DENGAN KEPUTUSAN YANG KAMU BUAT NI SAYANG? MAMA TAHU KAMU BERDUA SALING MENYINTAI ANTARA 1 SAMA LAIN. DAN DENGAN APA YANG MAMA NAMPAK DARI ANAK MATA CAM TADI, MAMA TAK RASA YANG CAM BENCIKAN KAMU ATAU PUN NAK BUANG KAMU DALAM HIDUP DIA. MALAHAN NALURI MAMA KUAT MENGATAKAN YANG CAM BOLEH TERIMA DIRI KAMU SEADANYA SAYANG." Pujuk Serra begitu yakinnya.

"TAK ADA APA YANG BOLEH UBAH TAKDIR CASTELLA WALAU SEKALI PUN CASTELLA PILIH CAM MAMA." Jawapan lemah Castella itu membuatkan Serra terus terdiam hiba mendengarnya sebagai seorang ibu.

____DALAM DEWAN PERKAHWINAN MEWAHNYA____

Sedang Castella berjalan atas kapit menuju ke arah Vice matanya tidak berhenti-henti mencari keberadaan Cam dan alangkah terharunya Castella melihat Cam sentiasa setia menantinya di barisan hadapan juga memerhatikan dirinya masuk daripada jauh untuk menemaninya. Cam sememangnya begitu berpegang pada janjinya dan ianya benar-benar mengembirakan hati Castella.

Sewaktu upacara Castella ingin menyarungkan cincinnya pada jari Vice Castella tidak berhenti-henti memandang wajah Cam daripada jauh. Cam yang tidak sanggup lagi menyaksikan Castella menjadi milik Vice dirinya terus berjalan keluar meninggalkan Castella di belakang dengan perlahan-lahan air matanya menitis.

Castella yang melihat Cam berlalu pergi hatinya seolah-olah ingin menjerit sekuat-kuatnya untuk menahannya tetapi apakan daya dirinya begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu, Castella hanya memerhatikan sedih Cam daripada jauh.

"CASTELLA!!!!" Jerit Vice.

Keadaan menjadi kecoh apabila Castella telah rebah di dalam pelukan Vice belum sempat dirinya menyarungkan cincinnya pada jari Vice dan jeritan kuatnya itu membuatkan Cam menoleh terkejut ke arahnya.

"CASTELLA!!!!" Cam terus berlari ke arah Castella.

"MACAM MANA DENGAN KEADAAN CASTELLA VICE?"

"Jangan risau uncle, Vice boleh handlenya." Vice mengangkat Castella dalam keadaan Castella pengsan tidak sedarkan diri.

"KENAPA DENGAN CASTELLA UNCLE, VICE?" Soal Cam begitu cemas.

Vice tidak mempedulikan pertanyaan Cam padanya dirinya terus membawa Castella keluar dari dalam dewan.

"Jangan risau Cam, Castella tak apa-apa." Dato' Luca memegang bahu kiri Cam cuba meyakinkannya dan dirinya terus beredar bersama isterinya Serra.

AKU TAHU ADA YANG TAK KENA DAN AKU AKAN CARI SENDIRI RAHSIA APA YANG MEREKA SEMUA CUBA SEMBUNYIKAN DARIPADA AKU SELAMA NI. AKU AKAN SIASAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience