MH 9 + JEA|_0USy

Romance Series 45163

____DALAM HOSPITAL____

"Sudahlah sayang, daddy dengan mama risau sangat tengok kamu menangis daripada tadi berhenti-henti sayang." Pujuk Luca kerana Castella menangisi Cam yang masih lagi terbaring lemah di atas katil dengan tidak sedarkan diri.

"Castella, jangan risau okey? Bukan ke aunt dah cakap tadi keadaan Cam stabil. Syukurlah peluru tu tak kena pada bahagian jantung dia jadi Cam tak apa-apa sayang." Celine juga cuba menenangkannya.

"Castella tahu, tapi yang Castella tak tahu sekarang, kenapa air mata ni tak nak berhenti menangis daripada tadi aunt, daddy?" Kata Castella yang masih lagi menangis di hadapan daddy, mamanya, Mcall yang memerhatikannya pening lebih-lebih lagi Celine ketawa kecil mendengar jawapannya.

"Saya terhutang nyawa dengan anak kamu Mcall dan saya ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Cam. Kalau tak di sebabkan Cam, saya mungkin dah kehilangan Castella."

"Dah jadi tanggungjawab kami Dato'. Lagi pun apa yang Cam buat pada Castella, itu adalah pilihan diri dia sendiri jugak terbaik untuk Cik Muda. Kalau saya sendiri di tempat dia, saya pun akan buat perkara yang sama. Saya dah anggap Cik Muda macam anak saya kerana Cik Muda Castella membesar di depan mata saya sendiri Dato'."

Luca memeluk Mcall penuh rasa terharunya mendengarnya juga di perhatikan begitu gembiranya Serra dan Celine melihat keakraban mereka berdua.

****

"CAS...TEL... LAAA...?" Cam tersedar dari tidur panjangnya dan dirinya terkejut melihat Castella sedang tidur duduk bersebelahannya dengan tangan kanannya memeluk badannya.

Cam mengambil selimutnya dan menyelimutkannya tanpa membangunkannya. Tangannya mengusap-ngusap lembut rambutnya dengan memerhatikan wajah comelnya yang sedang tidur berdengkur bersebelahannya.

"PRINCESS CASTELLA BERDENGKUR? TERUK BETUL. Castella, Castella..." Cam ketawa kecil padanya.

Walau bertahun lamanya kita berpisah, kau masih tetap Castella yang sama. Castella yang sentiasa ambik berat tentang diri aku. Castella yang terlalu risaukan keselamatan aku. MY SWEET CASTELLA.

____KEESOKKANNYA____

"Macam mana dengan keadaan Cam hari ni, sakit lagi ke? Kalau Cam masih rasa sakit, Castella pergi panggilkan mama Cam?" Soal Castella takut dengan pandangan serius Cam padanya.

"Tunang Castella tak kisah ke Castella semalaman dengan Cam dekat sini?"

"Vice tahu dan dia tak kisah pun sebab kitakan kawan, RIGHT?"

"YEA, RIGHT... Mana dia masa Castella perlukan dia sangat-sangat di sebabkan insiden semalam?"

"Dia... On call sebab tu dia terpaksa pergi tanpa beritahu Castella." Castella semakin merasa tidak selesa kerana Cam terus mendiamkan diri dan seakan-akan membaca raut wajahnya yang cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Macam mana dengan luka Cam?" Castella cuba mengubah topik.

"Sakit, tapi it's okay, Cam masih boleh handle."

"Boleh Castella tengok?"

"W-WHAT? Castella nak tengok?"

"PLEASE CAM..."

"NO CASTELLA!"

"YES I CAN!" Castella mendesaknya comel dan tangannya terus membuka baju hospital Cam secara paksa.

"Castella?" Cam menyedari Castella menyentuh lembut bahagian kecederaannya itu dengan merenung sedih seakan-akan Castella ingin menangis.

"MAAFKAN CASTELLA CAM?"

"Hey, it's okay Castella. Cam betul tak apa-apa."

"Castella nyaris-nyaris kehilangan Cam sebab Castella dah bahayakan nyawa Cam semalam."

"Well, Castella patut dengar cakap Cam dan tak buat Cam kejar Castella semalam."

"Janji dengan Castella Cam, yang Cam tak akan sesekali, bahayakan nyawa Cam lagi di sebabkan Castella?"

"DEMI UNTUK TENGOK CASTELLA GEMBIRA, NYAWA CAM PUN, CAM SANGGUP BERIKAN PADA CASTELLA." Jawab Cam dengan tangan kanannya menyentuh lembut pipi kiri Castella dan mereka berdua saling menatapi sayu mata antara 1 sama lain untuk seketika.

"AHEM! Vice mengganggu ke?" Sapa Vice yang baru memasuki bilik wad itu.

"VICE? Vice buat apa dekat sini?" Soal Castella terkejut.

"Vice sekarang tengah gantikan tempat Dr.Celine."

"Ohh... Uh... Cam, Castella keluar dulu okey? Nanti Castella datang balik. Castella pergi dulu babe."

"Okay babe."

Setelah Castella keluar dari dalam bilik Vice menyedari pandangan tajam Cam padanya.

"Perlu ke aku ingatkan kau, siapa aku?" Soal Vice begitu serius.

"Don't know, don't care." Jawab Cam begitu cool.

"Atau kau nak aku ingatkan siapa kau pada Castella? Kau jangan lupa Cam, yang kau hanya bodyguard dia dan tak lebih pun daripada tu."

"Kenapa kau nak risaukan hubungan aku dengan dia? Kalau betul Castella cintakan kau, buat apa kau nak takut, RIGHT?"

"Kau ingat aku tak perasan cara kau pandang Castella aku tahu kau ada perasaan pada dia. SO, STAY AWAY FROM HER. INI AMARAN AKU."

"Aku hanya menerima arahan daripada Castella sendiri dan bukannya daripada kau."

"CASTELLA TUNANG AKU DAN TAK LAMA LAGI KAMI AKAN KAHWIN! ITU BERMAKNA AKU JUGAK BERHAK UNTUK BERI ARAHAN PADA KAU! JANGAN CABAR KESABARAN AKU CAM! AND I'M DONE WITH THIS SHIT!" Vice terus keluar dengan di perhati Cam begitu marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience