MH 3 + MR.P0PU|_AR

Romance Series 45163

Sejak date malam tu, aku perasan yang Cam semakin selesa dengan aku bila kami berdua. Aku HAPPY sangat-sangat akhirnya dapat jugak aku lihat sisi lembut dia. Dan yang paling penting sekali, dia bukan lagi CAM MCALL yang FORMAL macam sebelum ni. CUMA... 1 je yang buat aku RASA SESUATU bila ada je girls dekat kolej cuba-cuba nak TACKLE dia. JEALOUS... Patut ke aku ada perasaan macam tu? Sebab, dia bukan BOYFRIEND aku pun... PERLU KE AKU MARAH?

"Hi Castella!"

"Hey Jess... What's up?"

"I dengar Cam Mcall tu BOYFRIEND u sebab 1 kolej ni perasan, asyik nampak u berdua je dengan Cam, betul ke?"

Well... Inilah dunia aku yang sentiasa menjadi PERHATIAN! Menyibuk betul la diorang ni tak ada kerja lain ke selain nak jaga hal aku. UGHHH!!!!

"Sebenarnya... CAM MCALL BODYGUARD i..."

"W-WHAAAT!!!!" Semua pelajar lelaki dan perempuan yang berada di situ terperanjat besar mendengarnya.

..................................................................

"Hi Cam!"

"Hey..."

"Cam okey?"

"Kenapa Castella tanya?"

"Insiden hari tu, semua orang jauhkan diri daripada Cam di sebabkan tugas Cam."

"Terpulang pada diorang nak fikir apa pun, i don't care."

"Tapi, Castella pedulinya Cam. Kalau diorang tak nak berkawan dengan Cam sekalipun, Castella kan ada..."

Cam tersenyum terharu pada Castella mendengarnya.

............DALAM BILIK CASTELLA........

"Apa yang Castella nak tunjukkan pada Cam tadi?"

"Castella ada beli beg online tapi, warna dia tak sama macam yang Castella nak. Jadi, daripada Castella buang, Castella ingatkan nak bagi dekat Cam. Cam nak tak?" Soal Castella takut-takut atas pandangan curiga Cam yang seakan-akan Cam tahu niatnya.

Cam mengambil beg dari tangannya dan membelek-beleknya di depan Castella.

"Cam tak tahu pulak yang cita rasa Castella macam lelaki. Sebab beg ni tak nampak macam beg perempuan pun..."

"Cita rasa Castella memang macam ni. Macam lelaki sikit. Cuma Cam je yang tak tahu." Castella ketawa mengelabah takut dirinya tertangkap kerana cuba membohonginya.

Aduh... Mati malu la aku kalau dia terus-menerus soal aku yang bukan-bukan. Alasan apa lagi yang aku nak bagi dekat dia ni... KENAPA SUSAH SANGAT DIA NAK TERIMA HADIAH PEMBERIAN AKU? AMBIK JELAH!!!!

"Beli beg mahal-mahal semata-mata nak buang dekat tong sampah. DERMAKAN JE DEKAT ORANG LAIN..."

"CAM NANTI!" Castella menahannya kerana melihat Cam ingin beredar tanpa menerima hadiah pemberiannya.

Akhirnya Cam terpaksa mengalah di sebabkan PUPPY EYES Castella padanya.

..................................................................

"Why is everyone staring at me? Atau ianya cuma perasaan aku je..." Cam yang sedang leka membaca di laluan loker, beberapa pelajar lelaki dan perempuan asyik memerhatikan dirinya.

"Hey korang! Beg yang Cam Mcall pakai tu bukan limited edition ke?"

"Yelah, yang aku tahu dalam negara kita ni cuma ada 5 je beg macam tu dan paling mahal dalam pasaran."

"Kau rasa beg tu tiruan ke?"

"Itu beg ori la... Aku tahu la aku kan pakar dalam mengenal beg-beg mahal ni..." Gosip antara 2 orang pelajar lelaki dan perempuan dalam group itu.

"Hey man... Cantik beg." Sapa salah seorang pelajar lelaki.

"Err... Thanks man..."

Cam merasa janggal apabila dirinya terus di kerumuni begitu ramai pelajar lelaki dan perempuan seakan-akan seperti selebriti popular dalam kolej itu hanya kerana begnya.

"Mr.Bodyguard kita bertukar jadi Mr.Popular?" Kata Castella seorang diri sambil ketawa kegembiraan melihatnya daripada jauh tanpa pengetahuan Cam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience