MH 4 + 0FF DUTy

Romance Series 45163

Hari yang paling aku tunggu-tunggu setiap minggu iaitu CUTI TANPA FIKIR BANGUN AWAL PERGI KOLEJ... SERONOKNYA!!!!

"Cik Muda Castella, boleh uncle masuk?"

"Masuklah uncle Mcall." Castella melihat Mcall membawa seorang pemuda sebayanya masuk bersama ke dalam biliknya.

"Cik Muda Castella, uncle kenalkan, ini Yuda. Bodyguard Cik Muda Castella hari ni."

"Kenapa Yuda gantikan tempat Cam uncle, Cam sakit ke uncle?"

"Sebenarnya Cik Muda, hari ni off duty dia dan sebab tu, uncle gantikan tempat Cam dengan Yuda. Harap Cik Muda Castella tak kisah."

"Ohh, okey la kalau macam tu. Hai Yuda nice to meet you..." Sapa Castella dengan terlampau ramahnya pada Yuda.

Yuda sebaliknya merasa begitu tidak selesa sekali dengan senyuman manis lesung pipit Castella itu kerana firasatnya kuat mengatakan bahawa Castella akan membawa masalah BESAR pada hari pertamanya bekerja di situ.

.................. SHOPPING MALL ...............

"Yuda, saya nak ke toilet kejap."

"Baiklah Cik Muda Castella."

............... 1 JAM KEMUDIAN ...............

"Maaf Tuan, Cik Muda Castella dah lari..." Kata Yuda di talian begitu takutnya pada Mcall.

....... TEMPAT PERMAINAN BOWLING ......

"WOOOHOOOOO!!!! YEAAA STRIKE! Alaaa... Haus la pulak..."

"NAH!" Seseorang telah memberikannya air minuman dari arah belakangnya.

"THANK YOU..." Castella terus mengambil dari tangan orang itu tanpa melihat wajahnya terlebih dahulu.

Dan setelah puas menghirup matanya menoleh ke arah orang itu.

"CAAAM?" Begitu terperanjatnya Castella melihat kemunculan Cam di situ.

"CASTELLA TUNGGU!!!!" Jerit Cam kerana Castella terus melarikan diri daripadanya.

Nampaknya aku memang tak ada istilah off duty kalau waktu cuti pun aku kena deal dengan semua ni. MATILAH AKU MACAM NI...

Cam pening melihat Castella terus-menerus melarikan diri daripadanya tanpa henti dan dirinya mencari jalan pintas untuk menangkapnya.

APA YANG DIA BUAT DEKAT SINI?! TAK BOLEH TENGOK ORANG SENANG LANGSUNG! KALAU DIA BOLEH OFF DUTY KENAPA AKU TAK BOLEH?! AKU JUGAK NAK ENJOY LIFE AKU, TAK BOLEH KE?!!!!

"CASTELLA!!!!" Jerit Cam tercunggap-cunggap kepenatan dari jauh.

Cam yang semakin hampir berjalan mendekatinya dirinya terperanjat besar apabila Castella cuba ingin memanjat tiang besi untuk terjun dari tingkat 5 ke bawah. Begitu pantasnya Cam berlari dan terus mencapai badannya dengan memeluknya kuat dari belakang menariknya turun.

"PUT ME DOWN CAM!!!!" Castella memberontak seperti budak kecil.

"REALLY CASTELLA?! CASTELLA NAK LOMPAT TADI?!"

"CASTELLA MAIN-MAIN JELAH! PUT ME DOWN! SEMUA ORANG TENGAH PANDANG KITA SEKARANG CAM, PLEASE..."

"Okey, Cam akan lepaskan Castella. Tapi Castella kena janji dengan Cam, yang Castella tak akan cuba lari lagi daripada Cam, PROMISE?"

"Promise..."

Cam melepaskannya perlahan dengan menjawab panggilan dari seseorang.

"Aku dah jumpa."

"Thanks man... Kau la penyelamat aku, kalau tak aku tak tahu nak deal macam mana dengan dad kau." Kata Yuda di talian.

"Anytime..." Cam terus mematikan panggilan.

"Please Cam, Castella tak nak balik sebab Castella masih belum puas lagi nak enjoy dengan masa yang Castella ada sekarang ni..."

"KENAPA CASTELLA BERANI KELUAR SORANG-SORANG TANPA PENGAWASAN DARI BODYGUARD?! BILA DENGAN CAM, CASTELLA OKEY JE TAPI BILA DENGAN ORANG LAIN KENAPA CASTELLA BUAT PERANGAI MACAM NI?!"

"SEBAB DIORANG SEMUA TAK SAMA MACAM CAM! CAM LAIN!"

"Lain? Lain macam mana yang Castella maksudkan ni?"

"Castella tak pernah pun pandang Cam sebagai bodyguard Castella sebab Castella dah anggap Cam macam kawan Castella sendiri." Cam terus terdiam mendengar luahan ikhlas daripada hati Castella.

"Castella tahu tak apa yang Castella buat ni bahaya. Kalau betul pun Castella perlukan kawan, Castella boleh je call Cam tadi untuk temankan Castella hari ni."

"Castella cuma tak nak ganggu Cam bukan ke Cam off duty hari ni?"

"Yea, right... Castella patut fikirkannya tadi SEBELUM buat hal."

"Sorry..." Melihat wajah serba-salah Castella melemahkan hati Cam.

"Nak tengok wayang dengan Cam tak?"

"NAK, NAK, NAK!" Cam ketawa geli hati dengan gelagat comel Castella padanya yang begitu gembiranya seperti budak kecil di berikan gula-gula.

......... DALAM PANGGUNG WAYANG .........

Sedang Castella leka menonton dalam gelap tangannya cuba mencapai popcorn dari Cam.

"Thanks Cam..." Kata Castella sambil mengunyah.

"Errr... Sure." Jawabnya.

"POPCORN SEBELAH SINI CASTELLA!" Marah Cam begitu peningnya.

Rupa-rupanya Castella telah tersalah mengambil popcorn dari kotak orang di sebelahnya.

Macam mana aku nak lepaskan kau keluar sorang-sorang Castella. Kau sorang je yang senang betul ambik makanan dari orang kau tak kenal. Which world does this girl live in? HAAAI... CUAI BETUUUL!!!!

..................................................................

Setelah kepenatan berjalan seharian, Castella dan Cam baring di atas rumput dalam taman begitu cantik dengan memerhati bintang bersama-sama.

"Cam?"

"Hhmm..."

"Boleh tak Cam janji dengan Castella sesuatu?"

"Janji apa?"

"Janji yang Cam akan selalu ada di sisi Castella mana je Castella pergi?"

"Perlu ke Cam ada Castella?"

"PLEASE CAM..." Rayu Castella comel.

Kenapa aku susah sangat nak cakap TIDAK dekat kau Castella? Apa yang kau dah buat dekat aku sampai HATI AKU SENDIRI MELAWAN CAKAP AKU?

"Baik la Cik Muda Castella... Saya akan cuba sentiasa ada bersama dengan Cik Muda Castella, HAPPY?"

"REALLY CAM? YEEEAAAAAY!!!! THANK YOU CAM! Sebab daddy cakap Castella boleh pergi mana je Castella suka asalkan Cam ikut sekali!" Castella terus bangun dengan berlari penuh kegembiraannya mendengarnya.

"Sebab tu ke... Castella sekarang ni, dah buat Cam rasa nak tarik balik je kata-kata Cam tadi. Habis la nasib aku lepas ni..." Cam juga bangun lalu mengeluh begitu panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience