MH 30 -> G00DByE

Romance Series 45162

----DALAM PERJALANAN----

Cam yang sedang menunggang motorbikenya dirinya menyedari betapa eratnya pelukan tangan Castella pada badannya dengan memegang kuat jaketnya seakan-akan Castella tidak mahu melepaskan dirinya dan ianya benar-benar menyayat hati Cam.

----TIBA DI KAWASAN BUKIT KERING TANAH LAPANG----

Cam melihat Vice telah pun tiba bersama seorang lagi lelaki merupakan pemandu helikopternya sedang menunggu kedatangan mereka berdua untuk menjemput Castella seperti dalam perjanjiannya dengan Cam sebelum ini.

"CASTELLA TAK NAK CAM... TOLONGLAH JANGAN PAKSA CASTELLA MACAM NI... PLEASE CAM... TOLONG JANGAN BIARKAN VICE BAWAK CASTELLA PERGI CAM... CASTELLA CUMA NAK CAM..." Castella menangis sepenuh hatinya dengan menarik-narik jaket Cam tanpa melepaskannya.

Untuk kali terakhir sebagai ucapan selamat tinggalnya Cam terus memeluk erat badan Castella lalu memberikan ciuman pada bibirnya penuh rasa cintanya terhadapnya sebelum membiarkan Vice membawanya pergi manakala Vice yang melihatnya menjeling tajam begitu cemburunya pada mereka berdua dari jauh.

"JUST GOOO CASTELLA!" Cam terus menolak badan Castella dengan melangkah kakinya berundur ke belakang cuba menjauhkan diri daripadanya wajah Cam hanya tertunduk ke bawah penuh rasa bersalahnya terhadapnya setelah menciumnya.

Reaksi Cam itu benar-benar menyakitkan hati Castella memandangnya tangannya perlahan-lahan membuka kalung di lehernya dan Castella merapati Cam semula dengan memegang tangan kanan Cam untuk memulangkan hadiah pemberiannya.

"Kalau betul Cam nak Castella pergi, Castella tak boleh pakai kalung ni lagi Cam. Sebab kalau Castella pakai kalung ni, Castella akan ingat pada Cam." Kata Castella penuh sebaknya dengan menatap sayu wajah sedih Cam padanya.

"KITA DAH TAK ADA MASA LAGI! JOM IKUT VICE BALIK CASTELLA!" Sergah Vice yang terus menarik kasar tangan kanan Castella di depan mata Cam membawanya secara paksa ke arah helikopter.

"CAAAAAM CASTELLA TAK NAK PERGI CAM!!!! TOLONG CASTELLA CAM!!!!" Castella menjerit-jerit merayu pada Cam tanpa henti sepanjang dirinya di tarik oleh Vice.

Betul ke apa yang aku buat ni? Adakah aku benar-benar sanggup nak lepaskan Castella pada tangan Vice setelah apa yang aku tengok sekarang ni?

Cam yang menggenggam kuat kalung Castella matanya memerhati tajam wajah Vice daripada jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience