Mereka berempat beriringan masuk ke dalam restoran. Damia dduk di sebelah Anis manakala Hijaz duduk di sebelah Afi. Sekarang mereka seperti susah nak berenggang. Yalah, kawan baik katanya.
Seorang pelayan wanita datang ke arah mereka dan memberi menu. Apabila Anis mengangkat kepala mengambil menu tersebut…
“Eh Anis, Mak Som ingat siapa tadi.” Pelayan wanita yang dalam lingkungan 40 tahun itu menyambut tangan Anis apabila ingin bersalaman.
“Anis nak makan macam biasa ke.” pertanyaan wanita itu di jawab dengan anggukkan. Kemudian mereka mula bermain mata.
“Okey, sekarang ni awak semua cakap je nak makan apa. Sebab hari ni Anis nak belanja awak semua makan.” Wanita itu tersenyum menyatakan hasrat hati Anis. Macam mana dia boleh tahu. 15 tahun dia menjadi orang gaji di rumah Tuan Syaif, kenal sangat makanan kegemaran Anis.
“Erh.. betul ke ni?” Afi seperti ragu-ragu. Ya je makcik ni, Anis tak cakap apa pun di boleh tahu.
“Betul Makcik tak tipu. Betul tak Anis?” Pertanyaan Mak Som sekali lagi di jawab dengan anggukkan.
“Waaa… bestnya dapat makan free.” Damia bertepuk-tangan. Siapa tak suka dapat makan free.
Setelah memesan makanan mereka. Mereka berborak sakan. Hanya Anis aje yang diam. Tidak berkata. Jawapan mereka hanya dijawab dengan tundukkan dan anggukan. Itu sahaja.
“Weh kejap eh.” Hijaz tiba-tiba sahaja bangun.
“Nak pergi mana. Hisap rokok eh…” Damia menghayunkan jarinya.
“Muka Hijaz ni ada macam orang hisap rokok ke Mia?” terangkat keningnya apabila jarinya dihala ke mukanya.
Damia hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.
Hijaz tersenyum melihat Damia yang comel bila tersenyum seperti tadi. Kalau Anis senyum macam mana agaknya. Mesti cute. Ah sudah…
Hijaz terus ke tepi dapur secara senyap-senyap. Misi utamanya untuk mencari Mak Som. Dia melihat Mak Som sedang membuang sampah di belakang restoran tersebut. Pantas Hijaz mendahului Mak Som.
“Asalamualaikum.” Hijaz menegur Mak Som.
“Waalaikumsalam. Eh anak ni kawan Anis kan?” Pertanyaan Mak Som di jawab dengan anggukkan. Dah macam Anis dah. Cakap sikit angguk. Cakap sikit tunduk. Hish…
“Saya Hijaz… saya nak tanya sikit boleh.” Hijaz memulakan mukadimah.
“Nak tanya apa?” Mak Som berdiri di hadapan remaja yang boleh tahan kacak rupanya. Muka dia pun serupa macam arwah anaknya.
“Macam mana Mak Som tahu makanan kegemaran Anis? Macam mana Mak Som tahu yang Anis nak belanja kita orang makan?” Hijaz mula menbertanya soalan latih tubi.
Mak Som tergelak. Tak sangka ada juga yang prihatin dengan anak tuannya yang mungkin mereka beranggapan Anis itu bisu.
“Untuk pengetahuan Hijaz, Anis tu dulu anak majikan Mak Som. Lepas mereka berpindah dekat sini. Mak Som di tawarkan oleh ayah Anis untuk memulakan perniagaan. Cuba Hijaz tengok nama restoran ni, ‘Kasih Anis’. Restoran ni sebenarnya milik ayah Anis. Mak Som cuma usahakan aje.” Wanita tua itu tersenyum.
Terkebil-kebil Hijaz mendengarkannya. Biar betul?
“Okeylah Mak Som, saya masuk dulu.” Hijaz tersenyum kepada Mak Som.
Share this novel