BAB 15

Romance Completed 6836

27 November 2012

Anis melukis beberapa rekaannya di atas meja. Sudah 3 rekaan terbarunya di lakar atas buku sketchnya. Tiba-tiba sahaja mendengar bunyi loceng pintu berbunyi.

“Asalamualaikum.” Suara garau lemak manis memberi salam.

Anis menjawab salam dan menyambut supermannya pulang.

“Hai anak-anak daddy. Macam mana dekat dalam tu. Sihat tak? Dah makan belum? Ada kacau mama buat kerja tak?” Hijaz memegang perut Anis yang memboyot kerana sudah menjangkau 6 bulan. Mana taknya 2 sekali.

“Amboi tanya anak-anak dia aje mama dia ak ada tanya.” Suara kartun Anis menyapa. Hijaz tersenyum. Mana tak senyum dengar suara kartun isterinya yang comel sangat tu. Ish geram aje.

Hijaz menarik tangan Anis duduk di sofa. Kemudian mengucup pipi Anis. “So isteri kartun abang ni macam mana. Dah makan?” Hijaz menyakat isterinya.

Anis menarik muka masam lalu mencubit pipi Hijaz sekuat-kuat hatinya. Geram! Suka panggil dirinya kartun. Nanti orang jadi bisu lagi baru padan muka.

“Arhh.. Arhh sakitlah sayang! Ish ganas betul. Okey sorry ya isteri abang yang cantik lagi comel menawan ni.” Di rangkul pinggang milik Anis. Kemudian dia memerhatikan lakaran terbaharu milik Anis sambil dia mengusap perut isterinya. Tak sabarlah gamaknya. Mana taknya. Damia dengan Afi dah ada seorang hero. Tapi dia lagi hebat kembar sekaligus.

Anis mengusap pipi suaminya. Ya dia bahagia sangat berada di samping suaminya a.k.a Supermannya kerana menyelamatkannya dari mimpi buruk yang lama dan menawan hatinya. Anis mengucup pipi suaminya.

Sesungguhnya segala yang terjadi adalah sebahagian daripada melodrama antara dia dan suaminya, dia tahu hubungan ini pasti ada turun dan naik, suka dan duka, apapun yang terjadi dia bahagia berada dalam melodrama mereka ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience