Anis menyelusuri lorong belakang rumah. Jauh kena menapak dari sekolah nak pulang ke rumah. Sampai di simpang membelok ke rumahnya terlihat sekumpulan remaja sedang duduk melepak berhampiran dengan semak. Anis hanya melihat beberapa remaja lingkungan 20 tahun sudah bertatu. Nauzubilaminzalik.
“Ada awek baru balik sekolah lah.” Suara suara nakal di sambut dengan sorakkan.
“Hai adik sorang je ke? Nak abang temankan?” seorang lelaki berambut perang menegurnya.
Anis berjalan tanpa menghiraukan remaja-remaja tersebut.
Tiba-tiba sahaja Anis dikepung oleh remaja-remaja tersebut yang seramai 5 orang.
“Janganlah sombong dengan kitaorang, jom teman kita semua dekat sini. Duduk duduk ke. Sembang-sembang ke. Tengok adik ni comel lah.” Lelaki yang terselit rokok di celah jarinya mencuit dagu Anis.
Anis menjarakkan dagunya apabila di cuit.
“Amboi jual mahal. Weh apa kata kita kerjakan je budak ni.” Tangan Anis ditarik oleh sekumpulan lelaki tersebut masuk ke semak.
Anis menarik tangannya, bibirnya tidak mengungkapkan apa-apa perkataan. Sedaya upaya Anis menarik tangannya. Beg sekolah di bahunya di campak oleh lelaki tersebut.
Lelaki tersebut menolak Anis ke dalam semak. Anis hanya diam tidak berkutik. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia hanya menutup mata tidak mahu melihat apa yang terjadi seterusnya.
Dushh!!! Dush!!
Share this novel