BAB 9

Romance Completed 6836

“Okeylah, thanks tau Anis sebab belanja makan. Kenyang tiga hari tiga malam.” Suara Afi kedengaran sewaktu mereka beriringan keluar dari Restoran Kasih Anis.

Anis hanya tunduk.

“A,ah Anis terima kasih tau sebab belanja. Kalau nak harapkan budak dua ekor ni… Alamatnya kepunanlah nak makan.” Suara Damia di sambut denga n tawa dua lelaki tersebut.

“Okeylah, aku balik dulu. Damia jom rumah kitakan sehala je.” Afi sudah beransur pergi.

“Okey, bye Anis bye Hijaz” Damia jalan beriringan dengan Afi. Memandangkan sudah pukul 9.40 malam kenalah jalan berteman.

Hijaz dan Anis meninggalkan Restoran Kasih Anis. Anis berjalan lebih cepat dari Hijaz. Hijaz sedaya upaya jalan beriringan dengan Anis. Kadang-kadang macam main kejar-kejar.

“Aku tak sangka restoran tu sebenarnya sempena nama kau.” Hijaz akhirnya dapat jalan beriringan dengan Anis.

Anis hanya diam.

Hijaz tidak berpuas hati pantas menarik bahu Anis. Mereka berdua berhenti di tepi jalan. Tajam Hijaz memandang anak mata Anis.

“Anis aku tahu kau tak bisu. Tapi Anis kau sebenarnya tak terima qada dan qadar yang Allah SWT tetapkan. Anis 11 tahun kejadian tu dah berlalu. Cuba kau terima. Aku tahu apa yang kau rasa, sebab aku pun dah laluinya. Kalau kau kehilangan seorang ibu, aku kehilangan seorang ayah.

Anis kau tak boleh terus membisu macam ni. Kau tahu tak ramai lagi yang sayangkan kau. Semua nak tengok kau ketawa macam dulu. Ayah kau, Mak Som, Mia, Afi dan aku Anis… aku teringin nak dengar suara kau.” Sayu mata Hijaz menatap mata Anis. sungguh dia berharap agar Anis dapat pulih semula seperti 11 tahun dahulu.

“Kau kena ingat Anis, suatu hari nanti kita akan mati juga. Terimalah kenyataan yang seseorang yang meninggal tak akan kembali Anis. Ibu kau meninggal bukan sebab kau, sebab itu yang ditetapkan oleh Allah SWT.” Hijaz mengenggam kedua-dua belah bahu Anis.

Anis mengangkat kepala memandang wajah Hijaz dengan pandangan menikam. Hijaz agak terkejut dengan pandangan Anis. Tak pernah Anis memandangnya dengan sebegitu rupa.

Anis menolak kedua-dua tangan Hijaz yang melekap di bahunya dan terus berlari menyemberangi jalan. Tanpa dia sedar sebuah kenderaan pancuan empat roda laju membelah jalan.

“Anis!!!”

Dush!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience