Anis membuka matanya. Bagai renjatan elektrik yang berlaku pada dirinya. Terkejut dia melihat Hijaz yang terbaring berlumuran darah. Di mata Anis bagai berlayar tragedi ngeri yang berlaku 11 tahun dahulu.
Anis pantas berlari ke arah Hijaz. Kepala Hijaz yang berlumuran darah di tarik ke pangkuannya. Dia melihat Hijaz sedaya upaya cuba membuka matanya.
“Hi…Hi..Hijaz..” menitis air mata Anis melihat wajah Hijaz yang sangup menyelamatkannya dari di langgar kereta. Akhirnya Hijaz yang menjadi mangsa.
“Ka..kau.. ca.. cakap…?” Hijaz cuba menahan matanya. Tetapi akhirnya dia menutup matanya.
“Hijaz… Hijaz… Ya Allah… Hijaz!!” Anis menggoncangkan tubuh Hijaz. Air mata yang mengalir di pipinya tidak mampu dihalang.
“Adik kita bawak dia pergi hospital! Cepat!!” Seorang lelaki terus membantu Anis membawa Hijaz ke Hospital.
Share this novel