Bunyi hentakkan kuat menyadarkan Anis. Lantas membuka matanya. Anis melihat beberapa orang remaja sudah terbaring di tanah. Tiba-tiba sahaja tangannya ditarik.
“Kau okey ke?” Anis hanya dia apabila melihat lelaki di hadapannya adalah Hijaz?!!
Hijaz melihat ke belakang, semua lelaki yang mengacau Anis sudah tergolek tumbang. Pantas dia melihat Anis. Hijaz membelek-belek tangan Anis. Selepas itu, dia membelek muka Anis yang comel itu. Dia melihat di dahi Anis terdapat calar mungkin kerana di tolak.
“Kenapa kau tak jerit hah?! Nasib baik aku ada kalau tak esok mesti kau masuk surat khabar sebab jadi mangsa rogol!” Hijaz geram melihat Anis yang diam tidak berkata apa-apa. Mujurlah tadi terasa nak lalu jalan ni. Kalau tak…
Pantas Hijaz mengambil beg Anis yang tercampak tadi sewaktu Anis di tolak. Sempat lagi dia menyepak kepala salah seorang remaja yang menjadi habuan penangan penumbuknya itu.
“Nah!” Hijaz memberi beg yang berada di tangannya kepada Anis. Anis masih diam tapi menyambut beg di tangan Hijaz.
Tanpa kata Anis terus berlalu dari situ. Hijaz yang tidak berpuas hati terus mengekori Anis dan berjalan beriringan dengan Anis.
Anis hanya berjalan tanpa menghiraukan Hijaz. Mereka berdua berhenti apabila sampai di sebuah rumah banglo. Hijaz terkebil-kebil melihat rumah yang 2 kali ganda lebih besar dari rumahnya.
Anis terus menekan loceng rumah tersebut. Tidak sampai berapa minit pintu gate itu terbuka secara automatik. Hijaz melihat seorang lelaki lingkungan 30-an berjalan ke arah mereka.
Terkejut lelaki itu melihat Anis yang pakaianannya penuh dengan tanah. Adakah anaknya dibuli?
“Ya ALLAH Anis kenapa baju anak ayah ni kotor ni?” Lelaki itu menyambut huluran tangan anaknya untuk salam lalu di belek tubuh anaknya. melihat dahi anaknya bercalar.
Tanpa kata Anis terus masuk dan duduk di buaian bawah pokok. Dia duduk termenung dan membiarkan angin menyapa dirinya.
“Asalammualaikum pakcik.” Hijaz menghulurkan tangan kepada ayah Anis. Walau macam mana sekalipun yang tua di hormati.
Lelaki itu menyambut salaman Hijaz. “Waalaikumsalam, anak ni siapa?” lelaki itu bertanya.
“Saya Hijaz. Kawan sekelas Anis.” Hijaz tersenyum ramah.
“Pakcik ayah Anis. Panggil je Uncle Syaif.” Uncle Syaif tersenyum melihat remaja yang sama baya dengan anaknya itu. “Boleh Uncle tanya kenapa dengan Anis. Tadi dia kena buli ke?”
Hijaz menceritakan pekara sebenar yang belaku. Dari dia ternampak Anis yang di tarik oleh remaja tersebut hingga akhir. Uncle Syaif meraup wajahnya kesal.
“Uncle maaflah kalau Hijaz tanya sikit. Kenapa Anis tak pernah bercakap. Satu perkataan pun tak pernah dengar dari bibir dia.” Hijaz memandang wajah Uncle Syaif.
Uncle Syaif tersenyum hambar. “Mari masuk takkan nak berdiri tengah panas.” Mereka berdua masuk dan duduk pangkin yang dekat dengan buaian yang Anis duduk.
Uncle Syaif melepaskan keluh. Cerita11 tahun dahulu berlayar di mindanya. Uncle Syaif memandang ke langit.
Share this novel