BAB 14

Romance Completed 6836

Anis memasuki Hotel yang di katakan oleh Hijaz. Setiap langkah yang di tuntun sangat berat. Begitu berat. Dia membetulkan baju kurung moden putih berbunga hijau muda. Selendang di kepalanya di betulkan sedikit. Kemudian Anis yang baru memasuki ballroom terlihat pelamin yang di hiasi indah. Pelamin yang bakal di duduki oleh Damia dan Hijaz. Ya ALLAH kuatkan lah Anis.

Baru setapak memasuki ballroom tersebut…

“Oh My God.. Is that you Anis? Anis Wardiah?” tiba-tiba seseorang menepuk bahunya.

Anis melihat gadis yang menepuk bahunya. Memakai gaun putih bermanik biru. Baju rekaannya. Memang tepat apa yang dia jangkakan. Sesiapa yang memakai gaun tersebut terserlah kecantikan semula jadi. Dan dia yakin gadis yang menegurnya itu Damia binti Rasyid

Anis mengangguk.

“Anis!! Rindunya Mia dekat Anis. Mana Anis pergi. Where have you been since 8 year past?” Damia memeluk Anis yang kecil molek. Teruja sangat melihat Anis.

Anis berasa serba salah melihat Damia seperti hendak menangis. pantas Anis mengusap air mata Damia yang hendak mengalir di tubir matanya. Kemudian mengeleng kepala. Dia tidak mahu Damia menangis kerananya.

“Owh ya. Mia nak kenalkan Anis dengan suami Mia. Jom!” dalam suara sendu Damia menarik tangan Anis ke suatu sudut.

Jantung Anis sudah berdegup kencang. Hatinya meronta tidak mahu melihat Hijaz. Anis melihat seorang lelaki membelakangi mereka.

“Sayang kenal tak siapa ni.” Damia menepuk bahu lelaki itu.

Dup Dap Dup Dap…

Apabila lelaki itu pusing.

“Hah Anis kenalkan ni suami Mia Wafiy Hud. Rasa Anis kenalkan.” Damia memeluk lengan milik lelaki yang dikatakan Wafiy itu.

Berkerut dahi Anis. Wafiy? Afi? Habis Hijaz?

“La Anis! Lama tak jumpa. Dah 8 tahun rasanya. Eh sorang je ke? Tunang ke boyfriend ke suami ke tak ikut?” Afi tersenyum gembira melihat sahabat lamanya yang hilang bergitu sahaja.

Jawapan Afi di jawab dengan gelengan kepala. Banyaknya tunang boyfriend. Kenapa tak cakap atuk sekali. Anis tersenyum sendiri.

“Okey Damia, I got your wedding present. I hope you like it.” Suara garau lemak manis menegur mereka dari belakang.

Anis memandang ke belakang. Dush!!! Hatinya di tusuk panahan kerana melihat wajah kacak di hadapannya. Owh My God!

Hijaz senyum memandang Anis. Bertahun dia mencari gadis bisu ini akhirnya dapat juga dia temui kerana Damia berhajat kalau dia kahwin dia nak Anis jadi pengapit. Tapi tak sempat pula.

Anis meneguk liurnya. Mana tidaknya melihat Hijaz yang WOW! Gila kacak! Hijaz yang memakai baju melayu hijau muda memang memukau. Eh! Boleh sedondon pula dengan Anis.

“Well… Can you excuse us.” Hijaz memberi senyuman bermakna kepada Anis. Terkedu seketika Anis melihat senyuman itu. Lagi terkejut apabila Hijaz menarik hujung lengan baju kurungnya.

“Ish kau ni Hijaz! Aku baru nak manja-manja dengan Anis! Rindu tau!” Damia mencebik bibir. Gila tak rindu. Lepas makan dekat restoran tu. Anis terus menghilang macam tu aje. Damia memeluk lengan Anis seperti tidak mahu melepaskan.

“Tak apa, bagilah Hijaz tu nak cakap dengan Anis. 8 tahun dia tunggu. Kalau dah rindu sangat ni abang ada ni. Abang pun rindu dekat sayang.” Afi menarik Damia dan meletakkan lengannya di bahu Damia. Makin panjang Damia mencebik.

“Dah tak payah nak mencebik sangat. Nanti orang ingat aku dengan Anis ni pulak pengantin. Dah lah sedondon. Seri kita orang mengalahkan pengantin.” Sempat pula Hijaz ni buat lawak yang tak berapa lawak. Mereka ketawa. Anis hanya senyum yang resah gelisah. Siapa yang tak gelisah orang buat lawak macam tu.

“Dah dah dah. Aku nak pergi jumpa mak mertua aku. Dah pergilah. Hijaz Good Luck!” Damia menepuk bahu Hijaz.

“Good Luck tau Hijaz!” Afi pula yang menepuk bahu Hijaz. Hijaz hanya tersenyum simpul mendengar kata semangat rakan-rakannya.

Good luck? Apa yang Good Luck? Ish diorang ni teruk betul? Bukan nak jemput aku makan pergi tinggalkan aku pulak! Anis membebel dalam hati. Hish Anis ni sejak balik Malaysia ni dah pandai nak membebel.

“So… Jom!” Hijaz menarik hujung baju kurung Anis. Merah muka Anis apabila beberapa orang memandangnya. Aduh kenapa orang duk tengok ni?!

Hijaz membawa Anis berdekatan dengan swimming pool. Anis hanya duduk di tepi kolam air sambil merenung ke dalam kolam tersebut. Damai sahaja. Kalau bawa buku sketch ni, mesti dah berdozen baju dia lakar. Hish sempat pula fikir pasal kerja. Anis terasa seseorang duduk di sebelahnya.

Hijaz menghadiahkan sebuah senyuman buat Anis hingga terpana Anis dibuatnya. Anis meneliti wajah Hijaz. Tak banyak sangat berubah masih tetap mata yang sama. Nampak matured + maskulin. Dilihat tubuh Hijaz yang tegap. Wow… Sexy! Bina badan ke mamat ni? Rambutnya kemas sahaja sisirnya.

“Dah habis belum?” Suara garau lemak manis menegur.

Erk? Apa dia cakap? Terangkat sebelah kening Anis memandang Hijaz.

“Dah habis belum awak tengok muka saya ni?” Hijaz tersenyum manis memandang muka Anis.

Merah padam muka Anis lalu menunduk memandang ke dalam kolam. Ish tulah dok belek muka anak teruna orang sampai tak sedar. Ish malunya.

“Awak tau tak saya ni masih marahkan awak!” Tiba-tiba sahaja suara garau lemak manis itu menengking.

Tersentap Anis. Siapa tak tersentap tiba-tiba aje orang menegking-negkingnya. Hampir mengalir air matanya. Yalah Anis ni mana boleh orang marah sikit. Meleleh aje.

“Awak tau kenapa saya marahkan awak? Sebab lepas kemalangan tu saya langsung tak nampak awak tahu tak! Awak pergi mana? Awak tahu tak saya hampir-hampir gagal SPM tahu tak sebab awak. Nasib baik Afi dengan Mia tu ada kalau tak tak tahu apa jadi dengan saya sekarang!” Hijaz membebel. Dari dia duduk sebelah Anis hingga berdiri bercekak pinggang di sebelah Anis.

Hijaz memandang Anis dengan mata yang menikam. Anis yang menatap muka Hijaz menunduk kerana ketakutan dengan pandang Hijaz.

“Kenapa tunduk! Rasa bersalah?! Awak tahu tak selama saya dekat hospital, awak langsung tak melawat saya. Saya berharap sangat awak datang dan sebut nama saya lagi. Itu aje yang saya harapkan dari awak. Tapi hampa. Awak hilang entah ke mana. Tinggalkkan saya. Tinggalkan kami semua. Awak langsung tak tahu perasaan saya masa tu.” Suara Hijaz yang menengking bertukar menjadi sendu.

Anis memalingkan mukanya kerana tidak mahu Hijaz melihat air matanya yang mengalir di pipi. Bagaimana pula dengan perasaannya. Memang dia ke New York tapi hatinya masih tertinggal di bumi Malaysia.

Setelah setengah jam menyepi terdengar keluhan dari mulut Hijaz. Kemudian Hijaz melangkah perlahan berlalu dari situ.

“Hijaz!” Suara kecil yang seperti kartun memanggilnya membuat kaki Hijaz terhenti dan terpaku. Suara yang sentiasa bermain dalam mimpinya.

Anis mendekati Hijaz. Dia berdiri dihadapan Hijaz dan mendongak memandang Hijaz yang tinggi darinya. Air matanya yang sedikit mencacatkan maskaranya membuat muka comot itu nampak comel.

“Hi..Hijaz.. Sa..ya..tak.. tahu.. nak..cakap ma..macam..mana.” Suara kartun dari mulut Anis membuat Hijaz terpana. Sungguh dia tidak sangka bibir itu yang berkata-kata.

“Sa…saya.. cin..cintakan..aw..awak.” Air mata Anis mengalir di pipi. Dia tidak tahu apa mahu dia katakan. Adakah maaf? Atau terima kasih kepada supermannya itu. Tapi dia langsung tidak menyangka bibirnya akan menguturkan awak tu.

Hijaz terpana. Kini dia pula yang membisu dan terkedu dengan kata-kata Anis itu. Jantungnya yang sejak tadi berdegup laju bagai terhenti dan ingin meletup.

“Awak? Cintakan saya?” Kata-kata itu keluar dari bibir Hijaz membuat Anis tertunduk. Malu!

Anis mengangkat kepalanya dan menatap mata Hijaz. Jantungnya berdegup laju. Kemudian Anis menghadiahkan sebuah senyuman buat Hijaz.

Bagai ingin melompat hati Hijaz melihat senyuman Anis. bagai ingin di peluk sahaja gadis dihadapannya. Tapi tak boleh. Hatinya perlahan-lahan menguturkan ayat seterusnya yang dia langsung tidak menyangka akan menuturkannya.

“Anis Wardiah binti Syaif, Sudi tak awak jadi ibu kepada anak-anak saya suatu hari nanti? Menjadi isteri kepada Muhd Hijaz Faqri bin Muhd Firdaus. ” Hati Anis pula yang laju berdegup ingin meletup. Tidak semena-mena airmatanya mengalir lagi.

“Terima kasih… terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab dulu awak pernah selamatkan saya yang hampir dirogol. Terima kasih sebab awak pernah selamatkan saya dari kena langgar. Terima kasih sebab awak sedarkan saya. Terima kasih…” Belum sempat Anis menghabiskan ayatnya bibirnya ditutup.

“Cukuplah, nanti penat pula awak cakap. Yalah dari bisu terus banyak cakap macam ni.”

Mereka berdua ketawa bahagia bersama air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience