25 April 1992
Anis berlari-lari di taman permainan. Bermain, berlompat tanpa memikirkan sekeliling. Puan Linda hanya tersenyum melihat anaknya yang berumur 6 tahun itu. Tak sangka pejam celik pejam celik dah besar dah anaknya. Puan Linda tersenyum sendiri. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Anis yang bermain di buaian terhenti apabila melihat seorang lelaki memanggilnya. Dia melihat sekeliling. Hanya ada dia yang bermain di buaian. Lantas Anis pergi ke arah lelaki itu.
“Adik nak gula-gula?” Lelaki itu memberi lollipop besar kepada Anis. Anis tetarik dengan lollipop yang berwarna-warni itu dan mengambilnya.
“Adik nak lagi tak? Dekat dalam kereta abang ada banyak lagi. Kalau nak jom ikut abang.” Lelaki itu memancing Anis dengan gula-gula.
“Nak!! Nak!! Nak!!”Anis meloncat kegembiraan.
Baru sahaja setapak Anis mengikut lelaki itu, Puan Linda yang teperasaan anaknya mengikut lelaki itu pantas mematikan telefon dan berlari ke arah mereka.
“Anis nak pergi mana ni?!” Puan Linda menarik tangan anaknya.
“Abang tu nak bagi Anis gula-gula.” Anis menunjukkan gula-gula di tangannya.
Puan Linda mengambil gula-gula yang berada ditangan Anis lalu di baling ke arah lelaki itu.
“Baik awak pergi sebelum saya laporkan dekat polis!!” Tengking Puan Linda terhadap lelaki yang tidak dikenali itu. Pantas dia mencapai tangan Anis yang terpinga-pinga dan masuk ke kereta. Dia memakaikan Anis tali pinggan keledar dan masuk ke tempat memandu dan memulakan pemanduan.
“Mama kenapa mama buang lollipop tu. Abang tu bagi tau.” Anis memeluk tubuh. Marah kerana secara tiba-tiba mamanya membaling lollipop itu kepada lelaki itu.
“Mama tak suka Anis cakap dengan orang yang Anis tak kenal!!” Puan Linda mengetuk stering kereta sekuat hatinya. Dia tidak dapat memaafkan dirinya andai anaknya itu menjadi mangsa pemuas nafsu mereka yang tidak tahu dosa dan pahala. Dia tidak mahu anaknya menjadi mangsa memperdagangkan manusia.
“Mama abang tu cuma nak bagi Anis gula-gula aje!” Anis membentak.
“Mama tak nak Anis cakap dengan sesiapapun yang Anis tak kenal! Faham!” Puan Linda meneruskan pemanduan.
Anis membentak-bentak. Dia membentak hingga tidak sedar yang dia telah menekan tali pinggang keledar Puan Linda.
“Anis Wardiah! I don’t teach you to be rude like this.” Puan Linda yang sedang memandu memandang Anis dengan perangainya yang tak sudah.
Tanpa dia sedar seorang pemandu lori yang membawa kayu balak dalam keadaan yang memabukkan telah meluncur laju melanggar lampu isyarat.
Puan Linda yang terdengar bunyi hon yang kuat, tersedar dan terkejut dia melihat sebuah lori yang laju dari arah kanan. Malang tidak berbau lori tersebut merempuh kereta Honda milik Puan Linda…
Share this novel