“Selepas kemalangan tu isteri Uncle meninggal di tempat kejadian. Anis hanya cedera ringan . Lepas dari kejadian tu Anis langsung tak pernah bercakap. 11 tahun pekara itu berlalu tapi Anis masih macam gitu. 11 tahun jugalah uncle berubat dari moden sampai traditional tapi tiada hasil.” Uncle Syaif meraup wajahnya. 11 tahun juga dia rindu untuk mendengar suara manja anaknya.
“Doktor kata Anis trauma sebab isteri Uncle meninggal depan matanya.” Uncle Syaif memandang anaknya yang diam duduk di buaian.
Hijaz memandang Anis yang duduk di buaian. Ternyata penderitaan yang dilalui oleh Anis lebih sadis daripada apa yang dia jangkakan.
Share this novel