BAB 11

Romance Completed 6836

8 Tahun kemudian..

18 September 2011

Anis mengurut kepalanya. Ada pulak anak Datin Jamilah nak buat baju pengantin ala-ala snow white. Macam budak-budak. Nasib baik Datin Jamilah pelanggan tetap butiknya kalau tak, memang tak lalu dia nak buat baju remeh-temeh ni.

“Cik Anis oh Cik Anis… Cik Farah dengan tunang dia datang nak test baju diorang. Dekat mana Cik Anis letak baju diaorang.” Yani, gadis 22 tahun. Bekerja sudah hampir 4 tahun di Butik milik Anis.

Mata Anis tertacap pada kertas lakarannya. Tapi tangannya menunjukkan ‘2’ dan jari kelengkingnya yang bermaksud dalam bilik tingkat 2. Yani hanya mengangguk dan terus ke tempat yang di maksudkan oleh bossnya.

Anis tersenyum. Alhamdulilah. Atas usahanya selama 4 tahun berhempas pulas belajar di New York akhirnya dia di gelar pereka Fesyen terkemuka di Malaysia. Dan selepas itu, Anis membuka butiknya sendiri.

Anis menatap lakarannya. Tangannya mula memainkan peranan. Tendungnya yang kekandang terlorot ditarik ke belakang. Tiba-tiba matanya tertacap sepasang kekasih masuk ke dalam butiknya. Anis hanya membiarkan sahaja. Bukan tidak mahu melayan pelanggan tapi ramai pekerjanya yang boleh melayan daripada dok goyang kaki je.

Anis hanya melihat Maria pekerjanya yang baru 5 bulan bekerja di sini melayan pelanggannya. Anis meneruskan lakaran bajunya. Sikit lagi nak siap.

Anis menatap pasangan kekasih tersebut. Dia tersenyum. Sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Yang gadis tinggi macam model. Anis meneliti gadis tersebut. Macam pernah nampak. Ahhh… Pelanduk dua serupa kot.. Yang lelaki…

Anis membesarkan matanya. Seperti tidak percaya apa yang dia lihat. Tak mungkin. No.. No.. No.. Tak mungkin. Ridiculous!

“Hijaz?” Nama itu meniti bibirnya lagi setelah 9 tahun tidak menguturkannya.

Entah kenapa peristiwa lama berlayar kembali. Anis memejamkan matanya. Entah macam mana air matanya mengalir. Di matanya bagai terlayar peritiwa 8 tahun dahulu.

Anis seperti terkilan. Selepas kejadian tersebut, dia tidak sempat melihat keadaan Hijaz kerana malam itu juga dia terpaksa mengikut ayahnya ke New York. Di atas awan biru hanya air mata dan doa sahaja menemani dirinya.

Alhmadulilah Ya ALLAH .. Lelaki itu masih bernafas. Kalau tak dia tidak dapat memaafkan dirinya.Anis meneliti wajah itu. Apakah benar itu lelaki yang menyelamatkannya. Lelaki yang menjadi Supermannya. Ya. Mata redup itu yang menyedarkannya. Anis hanya menitiskan air mata. Kemudian dia menutup mukanya dengan kertas lakarannya. Tidak sanggup melihat wajah lelaki itu. Wajah yang amat dia rindui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience