BAB 2

Romance Completed 6836

Anis yang terperasan Hijaz asyik merenung wajahnya pantas menunduk memandang lantai simen dan berjalan mengikut Hijaz. Hijaz beristifar dalam hati. Tak baik tengok anak dara orang macam tu. Tapi cute juga budak bisu ni. Eh tapi Damia lagi cantik. Hijaz sudah tersenyum-senyum.

Sampai sahaja di hadapan kelas 5 Sains, Hijaz memberi salam dan masuk ke kelas. Anis hanya menundukkan wajahnya kepada guru yang sedang mengajar di hadapan kelas.

“Nampaknya kelas kamu ada pelajar baru. Saya rasa ramai yang nak tahu nama awak. Kenalkanlah diri awak dekat kelas.” Seloroh Cikgu Bakri. Guru Chemistry 5 Sains.

“Anis Wardiah binti Syaif,” Hijaz membaca nama Anis yang terdapat pada fail yang di berikan oleh Cikgu Rina

“Hai Hijaz, saya tanya dia awak pula yang jawab.” Cikgu Bakri memandang Hijaz yang menyampuk. Memang pantang dia kalau ada yang menyampuk ketika dia sedang bercakap.

“Saya tolong jawabkan. Dia tu salah masuk sekolah. Sepatutnya masuk sekolah pendidikan khas. Tapi tersesat masuk sini” Jawapan dari ketua pengawas a.k.a Hijaz mengejutkan seluruh kelas. Mana pernah Hijaz berkasar, melainkan kalau ada yang pijak wayar dia. Maksudnya yang buat dia marah pada waktu pagi.

Anis hanya memandang lantai tidak membalas penyataan lelaki itu.

Baru sahaja Cikgu Bakri hendak menegur, bunyi deringan telefon bimbitnya membantutkan kata-katanya. Pantas dia keluar kelas dan menjawab telefon bimbitnya yang menjerit-jerit minta di jawab.

Tak sampai beberapa minit Cikgu Bakri masuk seketika kemudian.

Okey Anis awak duduk sebelah Afi. So Hijaz can you move to behind.” Cikgu Bakri memberi arahan kepada Anis dan Hijaz.

“Hah!!!” perlakuan Hijaz membuat semua pelajar di dalam kelas terkedu. Hijaz memang terkenal dengan lelaki yang berbudi bahasa tiba-tiba hari ni buang tebiat.

Anis mengangkat sedikit wajahnya. Semua pelajar terpegun melihat wajah Anis. Comel sangat.

Menyampah Hijaz melihat Anis dengan muka innocent dia. Pantas Hijaz mengambil begnya dan duduk di belakang. Dia baru terperasan yang Damia juga selang 3 buah meja darinya.

Hehehehe…. bagus juga dapat tengok Damia. Kalau selalu dapat tengok pun senyap-senyap.

Anis mengambil tempat di sebelah pelajar lelaki yang di nyatakan oleh Cikgu Bakri. Baru sahaja di duduk sudah di tegur oleh Afi.

“Hai saya Wafiy Hud. Awak panggil saya Afi okey. Awak jangan ambil hati sangat tau dengan Hijaz. Selalu dia tak macam gitu. Tapi tak tau lah datang bulan kot.” Laju mulut Afi berceloteh seperti tidak sombong.

Anis hanya tersenyum nipis. Lalu menundukkan wajahnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience