Anis menyemak kewangannya bulan ini. Memandangkan semua pekerjanya keluar makan terpaksalah dia menjaga butiknya. Dia bukanlah majikan yang kejam sampai tak bagi pekerja dia lunch.
“Asalammualaikum…” Anis mengangkat kepala sebaik sahaja mendengar seseorang memberi salam.
Glup…
Lelaki di hadapan kaunter itu hanya memandang wajah gadis yang nampak cantik serta anggun mengenakan baju kurung kapas yang mempersonakan. Dia cuba mengingati wajah gadis itu kerana seperti pernah dilihat.
“Anis… Anis kan Anis Wardiah?” teruja lelaki itu bertanya kepada Anis. Siapa yang boleh lupa gadis yang mempunyai tahi lalat di dagu itu.
Anis sudah tidak mampu mengucapkan apa-apa. Bibirnya cuba menguturkan ayat yang bersarang di mindanya tapi dia kelu. Wajah yang sentiasa menjadi mainan ketika rindu.
‘Hijaz… Anis rindu Hijaz.’ Itu yang bersarang di minda Anis apabila memandang wajah Hijaz yang berpakaian ringkas. Jeans dan T-shirt. Kacaknya!
Hijaz tersenyum. Tak sangka kat sini rupanya dia menghilang. Hijaz menghulurkan kertas di tangannya. Dan kertas itu di ambil oleh Anis.
Anis melihat kertas yang berada di tangan Hijaz. Berkecai hati Anis melihat kertas tersebut. Ingatkan tulis I Love You Anis. Miss You Anis. Rupa-rupanya resit untuk ambil baju yang dia tempah. Hish! Dah pandai dah jiwang-jiwang Anis ni.
Anis mengambil baju gaun putih bermanik biru sangat menyerlahkan kecantikan semula jadi bagi setiap gadis yang memakainya dan baju melayu putih di dalam sebuah bilik yang menempatkan pakaian yang telah di tempah.
Dia kembali ke kaunter. Anis melihat Hijaz tidak berkelip memandangnya. Hati Anis tidak keruan. Hijaz mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeansnya.
“Rasanya belum terlambat nak jemput Anis untuk datang majlis perkahwinan yang penting. Jangan lupa datang tau. Hotel Shangri-La. Ahad ni.” Hijaz memberi kad jemputan dan mengambil 2 pasang baju di tangan Anis.
“Okey… Terima kasih. Jangan lupa datang tau ahad ni. Very important day.” Hijaz tersenyum dan terus keluar dari butik tersebut.
Anis terduduk di kerusi. Masih terngiang-ngiang suara Hijaz menyebutkan satu per satu perkataan di bibirnya. Kad yang berada di tangannya dia buang di tong sampah. Tak mampu untuk membukanya.
Very important day. Berkecai hatinya mendengarkan perkataan yang memilukan itu. Ya… Dia harus kuat. Anis harus kuat.
Share this novel