BAB 12

Romance Completed 6836

Setengah jam kemudian pasangan tersebut keluar dari butiknya. Maria kemudian dia duduk di sebelah bosnya. Anis pantas mengelap air matanya. Dia memandang pekerjanya kemudian mengangkat keningnya.

“Yang tadi tu Encik Hijaz dengan Cik Damia. Diaorang nak tempah baju kahwin. Awal bulan depan diaorang kahwin. Diaorang minta baju ready make punya Cik Anis.” Maria memandang bosnya. Dia berbangga memiliki bos yang tidak banyak kerena walaupun jarang bercakap. Bukan jarang bercakap. Tak pernah bercakap. Tapi bosnya walaupun berumur 25 tahun sudah menempatkan namanya di pesada antarabangsa.

Anis terkedu. Jadi gadis itu Damia. Mia?! Tak terkata bagaimana mahu dia ungkapkan. Dia tidak tahu apakah dia di belenggu rasa bersalah terhadap Hijaz ataupun rasa rindu setelah 8 tahun tidak bertemu.

Anis akui yang dia benar-benar merindui Hijaz. Kerana setelah 11 tahun kematian ibunya, nama Hijaz yang pertama di sebut setelah lama membisu. Setitis air matanya jatuh di pipi.

“Cik Anis. Cik Anis okey? Kenapa ni Cik Anis? Cik Anis tak sihat ke?” Tanya Maria.

Anis hanya bangun dan berlalu ke pejabatnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience