BAB 1

Romance Completed 6836

Jam di tangan diperhatikan berkali-kali, baru sahaja ingin menutup gate utama seorang gadis meluru masuk melepasi gate. Hijaz menarik nafas dan menggeleng-gelengkan kepala. Ewah-ewah ada juga yang still lambat datang macam ni. Dia memeluk tubuh dan berdiri di hadapan gadis itu yang terbantut untuk berjalan kerana di halang oleh Hijaz.

“Eh awak tahu tak masuk sekolah pukul berapa? Sekarang ni semua pelajar dah masuk kelas. Assembly pun dah tamat!”Tegas Hijaz sambil memandang gadis yang dari tadi tunduk sahaja.

Hijaz memandang gadis yang menunduk itu hanya diam sahaja. Dia melihat di tudung gadis itu tiada lencana. Tengok pun macam bukan budak sini je.

“Saya rasa awak ni budak barukan. Siapa nama awak?” Hijaz sudah mengeluarkan pen dan kertas. Siapa yang tak kenal Muhd Hijaz Faqri. Ketua pengawas yang terkenal dengan perangai tegasnya.

Gadis itu hanya menundukkan wajahnya, tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Hijaz.

“Kau ni pekak ke bisu?! Aku tanya ni!” suara tegas Hijaz tidak menimbulkan apa-apa reaksi pada gadis itu.

Makin bengang Hijaz dibuatnya. Pantang datuk nenek moyang dia cakap dengan orang, orang buat tak tahu aje.

“Aku nak kau ikut aku pergi jumpa cikgu disiplin. Malas aku nak layan orang pekak bisu macam kau!” Pantas Hijaz berlalu dari situ. Gadis itu akur dan mengikut belakang Hijaz ke bilik disiplin.

“Hah Hijaz ada apa-apa masalah ke?” Cikgu Rina menegur ketua pengawas yang berdidikasi itu.

“Entahlah cikgu ni ada budak baru. Saya tanya nama dia langsung tak nak cakap. Entah jatuh dari planet mana entah” Hijaz menjeling gadis yang dari tadi menundukkan kepalanya.

Cikgu Rina mencuri-curi melihat wajah gadis itu yang asyik menunduk. “Awak ni Anis eh?”

Gadis itu mengangguk. Dengar pulak tadi aku tanya diam aje. Hijaz merengus geram.

“Hah Hijaz awak bawa Anis pergi kelas. Dia ni pelajar baru kelas awak.” Cikgu Rina membuka laci mejanya dan mengeluarkan fail kemudian di beri kepada Hijaz. Gadis itu hanya menunduk sahaja.

‘Ish takkan budak bisu ni satu kelas dengan aku. Arhh.. menyibuk betul!’ Hijaz hanya menyambut fail yang berada di tangan Cikgu Rina.

“Okeylah cikgu saya keluar dulu. Terima kasih” Hijaz memberi isyarat kepada Anis untuk mengikutnya.

Anis sempat menundukkan kepalanya kepada Cikgu Rina tanda terima kasih. Lalu mengikut Hijaz yang sudah berlalu keluar dari bilik disiplin.

Cikgu Rina hanya tersenyum melihat pelajar barunya itu. Dia sudah tahu apa masalah gadis itu.

“Kau ni memang tak ada adab eh. Tak reti cakap terima kasih ke dekat cikgu. Ke kau ni memang bisu.” Kata-kata sinis itu keluar dari mulut Hijaz.

Anis hanya mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat wajah Hijaz. Hijaz yang memandang Anis tiba-tiba terpegun melihat wajah Anis yang putih bersih. Di bawah dagunya terdapat tahi lalat yang membuat gadis di hadapannya itu comel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience