BAB 3

Romance Completed 6836

“Kau rasa kenapa dia tak buka mulut ek?” Afi bertanya kepada Hijaz yang sibuk menelah buku dihadapannya.

“Dah tentu dia bisu nak buat macam mana” Jawapan Hijaz yang tak berapa releven membuat Afi tak puas hati.

“Aku rasa dia tak bisulah. Agaknya pemalu tahap kronik kot.” Afi mengosok-gosok dagunya seperti berfikir masalah dunia.

“Wah baru Mia faham, Thanks tau Anis.” Damia sudah tersenyum-senyum. Hijaz dan Afi memandang ke arah Damia.

“Kau ni kenapa Mia senyum-senyum macam mak cik tukang sapu sekolah kita ni je.” Afi menegur Damia yang yang berjalan di belakang mereka.

Damia mengambil tempat di sebelah Hijaz. Hijaz agak terkejut tetapi dia cuba beriak seperti biasa. Agak mengelabah Hijaz seketika kerana Damia dekat dengannya.

“Korang tau tak selama ni Mia tak faham langsung pasal Chemistry. Anis ajar Mia tadi baru Mia faham.” Bersungguh-sunguh Damia bercerita.

Hijaz dan Afi memandang anatara satu sama lain. Budak bisu tu buka mulut??

“Dia bercakap ke?” Tanya Afi yang kepelikan.

“Tak. Mula-mula tu Mia ingat nak buat dia bercakap. Tapi dia tak buka mulut pun Mia faham. Dia gariskan point point penting kalau Mia still tak faham nanti dia tulis. Kadang-kadang dia cakap tu macam pakai eye contact” Damia seperti teruja yang teramat sangat.

Hijaz hanya mengangguk melihat Anis yang berada jauh di depan yang sedang membaca buku. Gadis misteri. Dah sebulan setengah dia berasa dalam satu kelas tak ada sesiapa pun pernah dengar suara dia. Entah-entah suara dia macam bapok tak. Ish jahatnya mulut kau ni sekarang eh Hijaz. Ni yang kena siasat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience