Bab 2

Romance Series 3381

  Kelas pada pagi itu berjalan seperti biasa. Selepas habis kelas, Husna terus mengeluarkan novelnya daripada begnya. Husna gemar membaca novel bergenre misteri, seram dan cinta.

Sedang leka membaca novel, tiba-tiba perut Husna terasa memulas. Dia memandang Batrisya."Isya teman aku pergi toilet, dah tak tahan ni!" pinta Husna. "Nanti-nanti je lah aku malaslah." balas Batrisya. "Kau kalau aku terkeluar kat sini kau lap eh." ugut Husna. "Ish kau ni pergi jelah bukannya ade hantu pun." balas Batrisya. "Alaaaa jomlahhh! Kalau tak aku jerit kau sape crush kau" ugut Husna lagi. "Ish yelah yelah." balas Batrisya. Kalau Husna cakap sape crush dia kat orang, uish naya weyh. Dahlah Husna famous mesti cepat je tersebar. Tersenyum Husna sebab ugutannya berjaya. Huhu.

"Aku masuk kau tunggu kejap eh kat luar. Jangan tinggalkan aku" kata Husna. "Yelah" jawab Batrisya malas. Semasa menunggu Husna, tiba-tiba crush Batrisya lalu seorang diri. Crush Batrisya bernama Iman Syakir. "Assalamualaikum Batrisya." sapa Iman sambil tersenyum manis yang boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya cair huhu.. Batrisya dah mula blushing. 'Macam mana dia tahu nama aku? Aduhai cair aku tengok senyuman dia ni... I'm melting... awwwww' kata hati Batrisya.   " Walaikumussalam..." balas Batrisya dalam gugup. Tersipu-sipu malu dia jadinya. Sapa je yang tak malu bila crush tegur.

"Awak buat apa kat sini.?" tanya Iman. " Ouh sa..ya...tak buat pa...pe pun. Sa...ja jalan-jalan." balas Batrisya gagap. 'Aduh sejak bila kau gagap ni oi' kata hati Batrisya. "Ouhh awak takda kelas ke sekarang?" tanya Iman lagi. 'Banyak tanya pulak mamat ni.' bisik hati Batrisya. "Hmm takda tadi pun baru je habis kelas." balas Batrisya jujur. "Kalau macam tu boleh tak kita pergi minum kat kafe. Kalau awak sudilah." tanya Iman. 'Seriouslah apa yang aku dengar ni. Dia ajak aku pergi kafe dengan dia. OMG.... AAAAAA nak jerit.. mimpi ke ni. Ya Allah. Kalau mimpi janganlah terbangun...' jerit hatinya. "Awak sudi tak? Kalau tak sudi takpalah." tanya Iman meminta jawapan. "Ehh saya okey je. Lagipun saya free je sekarang ni." balas Batrisya memberi jawapan. 'Okey ni bukan mimpi waaaaahhhh bestnyeee... huhu!' berbunga hatinya.  "Jomlah nanti lambat pulak." ajak Iman sambil tersenyum manis. 'Janganlah senyum camtu. cair aku. Ish aku dah fell in love dengan untuk kali kedua. huhu.' kata hati Batrisya bahagia. Mereka berjalan beriringan ke kafe. 

Beberapa minit kemudian,,,

"Weyh sorry lambat. Aku tak taulah aku makan apa semalam. Ehh mana minah ni. Ni mesti tinggalkan aku nih. Haish sabar jelah. Nasib sayang kalau tak aku dah humban kau dalam gunung berapi." marah Husna. Dia pun berjalan sendiri. Tiba-tiba tangan dia ditarik oleh seseorang dari dalam stor. 

Husna bergelut dengan tangan yang menariknya tadi. Tangan sasa tadi menolaknya ke dinding. Husna membuka matanya untuk melihat gerangan yang kurang ajar tu. "Zharif" kata Husna. Zharif hanya memaparkan senyuman sinis. 'Uish senyuman... kau pikir kau tu hensem ke. Tapikan dia memang hensem pun. Hish apa aku merepek ni hah? Kita serious k' bisik hati Husna. "Awak ni kenapa hah?" marah Husna. "Comellah kau ni bila marah" bisik Zharif pada Husna. Meremang bulu roma Husna mendengar bisikan itu. 'Gila ke apa mamat ni aku marah pun kata comel. Tapi aku memang comel hahahha. Just kidding.' bisik hati Husna. "Gila eh?" tanya Husna.

"Haah memang aku gila.. Aku gilakan kau. Hahhahah." balas Zharif sambil ketawa sinis. ' Sah memang gilalah mamat ni.' marah Husna dalam hati. "Sah lah awak ni gila. Lupa makan ubat eh?" kata Husna. "Kan aku dah cakap aku gilakan kau." kata Zharif sambil tersenyum sinis. "Ke awak nak saya call kan ambuulans suruh hantar awak kat tanjung rambutan." peril Husna. Geram hatinya. "Kau ni kelakarlah." kata Zharif sambil ketawa.. 'Aduhai mamat ni aku perli dia, dia boleh kata aku kelakar pulak.. haish.. Tapikan handsome jugak dia ni bila ketawa. huhu..Ya Allah Husna.. fokus oi..' kata Husna dalam hati.

"Haish malaslah nak layan awak tepilah." arah Husna meminta Zharif memberinya laluan untuk keluar. "Kalau aku taknak?" cabar Zharif. "Hish dia ni kan" marah Husna. Panas betul hatinya. "Bak sini phone kau." pinta Zharif. "Awak nak buat apa?" Tanya Husna. "Bagi jelah" Zharif merampas phone yang berada di tangan Husna. 'Ish mamat ni main rampas-rampas pulak. Nasib phone aku tak jatuh tadi.. Dahah mahal, IPhone kot.  Kalau jatuh tadi menangis tak berlagu aku.. huhu.. Pastu aku campak mamat ni dalam gunung berapi.' bebel Husna dalam hati.

"Kau mesti mengumpat aku dalam hati kan?" Tanya Zharif sambil mengangkat sebelah keningnya. "ehh macam tahu-tahu je.." balas Husna. Zharif hanya memandangnya dengan pandangan kosong. " Bagilah balik phone saya " pinta Husna. Tiba-tiba telefon milik Zharif berbunyi. Dia ambil telefonnya dan tunjukkan dekat Husna. Husna melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefon itu dan terkejut sebab tu nombor telefon dia. "Aku dah save nombor aku dalam phone kau, nnti pape call je aku. Kalau kau tak call aku sekalipun, aku akan call kau sebab aku dah dapat nombor kau" kata Zharif bangga.

"Sesedap cukup rasa je awak ambik nombor phone saya" marah Husna. "Bagi balik phone saya" pinta Husna lagi. Entah berapa kali lah Husna minta phonenya. " Kalau aku taknak cane?" Tanya Zharif. "Eh eh dia ni orang minta elok-elok  tak nak bagi pulak. Bagilah" marah Husna. Dia cuba mencapai telefonnya dari tangan Zharif tapi malangnya dia lagi pendek dari Zharif. Memanglah dia tak dapat capai. Dia cuba menggapai tangannya ke atas untuk mengambil telefonnya kembali.

Tetapi malang tidak berbau, Husna tersadung kemudian jatuh. Husna segera menutup matanya kerana takut dia akan tersembam ke lantai. Sakit oo kalau kena lantai. "Ehh kenapa tak sakit pun dan lagi satu aku jatuh kat apa ni?" Tanya Husna dengan mata yang masih ditutup. " Oii bangunlah!! Sakit lah badan aku... Dahlah kau berat ringan takpa jugak.." marah Zharif. Husna segera membuka matanya. Mukanya mula merona merah. Malu.. 'OMG aku terjatuh kt mamat gila ni..Malunyaaaaa Ya Allah aduhai Husna oii' bisik hati Husna.

"Sorry saya tak sengaja" pinta maaf Husna sambil tertunduk. "Senang je kau mintak maaf eh. Aku tak kira aku nak kau bayar ganti rugi" kata Zharif. "Ya Allah mamat ni orang dah mintak maafkan. Awak nak saya bayar berapa kat awak? Tapi takyah lah mahal-mahal eh?" Tanya Husna. Sebenarnya dia malas nak gaduh dengan mamat gila tu. "Aku nak kau keluar dengan aku hujung minggu ni. Boleh?" Tanya Zharif. "Tapi.." baru nak membantah boleh pulak ada suara menghalang sapa lagi kalau bukan Zharif. "Takda tapi-tapi ikut je" pintas Zharif pantas. "Iyelah" Husna akhirnya mengalah. 'Akhirnya' bisik hati Zharif sambil tersenyum puas.

Nak tahu tak apa yang jadi lepas ni. Apa yang akan berlaku ek bila dorang dating nanti.. opss. Stay tune..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience