Bab 14

Romance Series 3381

"Wahhh cik Husna kita ni dah pandai datinglah. Tak sangka. Siapa ajar eh?" kata Farina kemudian tertawa diikuti Maria dan juga Batrisya.

"Benda korang merepek ni hah. Bila masa lak aku dating." marah Husna. Gila ke kawan-kawannya ketawa macam orang gila.

"Elelele tak nak mengakulah tu. Mengaku jelah kau dengan Zharif tu tengah ada something." giliran Maria pula mengusiknya.

"Memang taklah nak ada something. Aku ni rasa nak tolak je dia dalam sungai kau tau tak. Dah lah dia tarik aku macamtu je. Pastu boleh pula aku terlanggar orang. Pastu dahlah aku punya pinggang ni sakit." bebel Husna.

"Alahh lek lah. Aku rasa dia buat camtu sebab suka kau. Aku tanyalah si pujaan hati aku tu, kenapa Zharif dingin je memanjang. Pastu Iman cakap yang Zharif tu memang macam tu. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Pastu dia lebih suka sendiri. " kata Batrisya panjang.

"Ooo. Maksudnya tu memang sifat asli dia lah kan." kat Husna faham.

"Pastu dia curious sikit dengan Zharif ni sebab bila ada kau dia mesti nak dekat dengan kau walau apa pun cara dia akan buat." sambung Batrisya.

Husna hanya buat-buat tak dengar. Malas nak amik tahu.
Takda manfaat pun baginya.

"Wahhh Na dah ada peminatlah. Tahniah. Tak macam kita Maria, takda siapa minat." kata Farina sambil menepuk bahu Maria.

"Tulah kita ni je yang single. Isya yang gila ni pun dah ada." balas Maria. Tangannya sempat mengetuk kepala Batrisya.

"Hmmm. Entah-entah aku ni single sampai aku mati kot." keluh Farina.

"Benda yang kau cakap ni." marah Husna. Hatinya rasa berdebar pabila Farina cakap begitu.

"Aku main-main je." balas Farina sambil tersenyum.

"Weyh korang nak tengok movie tak esok." ajak Batrisya bagi menghilangkan rasa kecanggungan.

"Hmm okay jugak aku join lah." setuju Maria.

"Weyh Farina dengan Husna nak ikut tak?" tanya Batrisya.

"Dah aku housemate dengan Ya mesti aku ikut." balas Farina.

"Aku kalau Ya, Fa dengan Isya ikut. Aku join ah." setuju Husna juga.

"Ok on. Macam biasa nanti Fa ambil kita kan." ceria Batrisya pabila semua sahabatnya mahu ikut. Sebenarnya ada muslihat di sebaliknya.

"Hmm aku kan memang korang punya driver. Padahal memasing ada lesen." pasrah Farina.

"Alah kau ni kau yang paling pro bawa kereta antara kitaorang." jawab mereka bertiga serentak.

"Haih sabar jelah." pasrah Farina.

'Nanti kalau aku dah takda macammanalah korang ni eh. Nanti siapa nak jadi driver korang.' luah Farina di hatinya. Tak sanggup rasanya nak ucapkan secara nyata.

.
.
.

"Waih bukan main lawa kau eh Isya harini." puji Maria.

"Benda yang kau merepek. Aku biasa je. Buta eh." nafi Batrisya.

"Kitaorang tahu biasa je tapi aura kau macam lain ah. Macam berseri-seri gitu." ujar Husna pula.

Belum sempat Batrisya menjawab, seseorang menyapa mereka.

"Hai Isya. Hai korang." sapa orang itu.

"Eh hai Iman." jawab mereka serentak.

"Kau ajak dia ke?" tanya Maria perlahan.

"Ehhh taklah kebetulan je." bisik Batrisya perlahan.

Mereka bertiga hanya mengangguk, percaya.

"Isya dah beli tiket ke kalau belum jomlah beli pastu beli popcorn. Iman belanja." ajak Iman.

"Ouhh kebetulan je eh. Kitaorang bagi peluang kat kau tapi nanti tolonglah jelaskan ya, cik Batrisya." bisik Farina perlahan namun cukup didengari jelas di pendengaran Batrisya.

Batrisya tersenyum kemudian mengangguk. 'Mampos aku.' bisik hatinya.

Batrisya segera mengikuti langkah Iman untuk membeli tiket.

Husna, Farina dan  Maria melihat pasangan itu dengan pandangan yang geram dan menyampah. Sekarang mereka tahu, yang mereka hanya dipergunakan.

.

Setelah membeli tiket dan juga popcorn, mereka pun segera masuk ke panggung wayang itu untuk mendapatkan tempat duduk mereka. Iman semestinya disebelah Batrisya diikuti Farina dan Maria. Husna yang paling hujung diantara mereka berempat namun ada satu kerusi yang kosong di sebelahnya. Disebabkan nak tengok cerita hantu tu yang terpaksa dia duduk hujung. Kawan-kawannya tu semua takut pastu cakap takut ada 'orang' kat sebelah kalau duduk hujung.

Sedang leka Husna menunggu filem bermula, seseorang dengan cepat duduk di kerusi kosong yang ada di sebelahnya.

"Man, sorry lambat." ujar orang itu kepada Iman.

"Ouh takpa belum mula pun." jawab Iman.

Husna pula tercengang. Dia kenal sangat dengan suara tu. Dia pasti pemilik suara itu adalah Muhammad Zharif Isaac. Manusia yang kalau boleh tak nak dia jumpa.

Filem pun mulalah ditayangkan. Sepanjang filem itu ditayangkan,
Maria dan Farina tak habis menjerit setiap kali adegan yang hantu keluar tu. Si Iman dengan Batrisya pulak bukan main sweet lagi. Boleh pula Iman bagi jaket yang dia pakai kepada Batrisya. Tak nak Batrisya sejuklah tu.
Si Zharif pula macam biasa takda reaksi. Muka dia macamtu je. Macam takda perasaan.

.
.

"Weyh korang jom pergi makan. Nak tak?" ajak Iman.

"Boleh je." balas Batrisya.

"Kau nak aje. Aku hempuk satgi baru tau." bisik Husna perlahan ditelinga Batrisya. Batrisya hanya tersengih.

"Kitaorang ikut je." ujar Farina mewakili kawan-kawannya.

.

Setelah memesan makanan yang hendak dimakan, mereka pun berboraklah sesama sendiri.

"Weyh Iman. Macammana eh kau boleh tau yang kitaorang tengok movie harini?" tanya Farina.

"Lah Batrisya tak bagitahu ke. Haih. Macamni semalam kitaorang memang  dah janji nak jalan sama-sama. Pastu saya cakaplah kat Batrisya kalau tak selesa berdua bawa korang sekali sebagai teman." terang Iman tentang perjanjian antara dirinya dan Batrisya.

"Ouhh dah berjanji." serentak Farina, Husna dan Maria memandang Batrisya dengan tajam. Haih nak aje mereka hempuk si Batrisya ni. Sampai hati mengambil kesempatan didalam kesempitan.

"Lagipun kan tak elok kalau jeluar dengan yang bukan mahram." kata Batrisya sambil senyum tak bersalah.

"Dengar tu Zharif." ujar Iman sambil memandang Zharif yang dari tadi menghadap telefon.

"Hmm okay." balas Zharif pendek.

'Tabah jelah dapat kawan macamni. Dasar batu. Baik kau jadi batu monumen je kat sini.' bisik hati Iman sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

Makanan pun sampai dan mereka sambung berbual tetapi tidak bagi Zharif. Dia hanya diam bagaikan halimunan disitu.

.

"Geramnya aku dengan  si Isya tu. Haih nasib dia naik Iman kalua tak aku dah campak keluar dari kereta ni. Sampai hati dia pergunakan kawan-kawan dia yang baik lagikan comel ni semata-mata nak pergi dating. Ada ke patut." bebel Farina sambil matanya fokus pada jalan raya.

"Tak patut betul. Kalau ye pun nak dating cakap jelah kita bukan marah pun. Halah-halah. Nasib sayang." sambung Maria pula.

"Sabar jelah dengan perangai dia tu. Nak buat macammana dah dia tu dilamun cinta tak boleh nak buat apa. Tapi bagus juga dia tipu kita at least duit kita tak terbang melayang semua Iman belanja." kata Husna pula kemudian ketawa diikuti yang lain.

.
.
.

Husna berjalan sendirian menuju ke perpustakaan. Batrisya sudah hilang dari radar jadi dia pergi jelah sendiri. Tak taulah pergi mana.

Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.

" Ehh sorry. Tak sengaja. Saya nak cepat tadi." kata orang yang langgar Husna tadi. Dia turut menolong Husna mengutip bukunya yang jatuh.

"Ehh takpa lagipun awak nak cepatkan." balas Husna.

Setelah selesai, dia menegakkan badannya semula dan memandang orang yang melanggarnya itu.

"Awak?" jerit mereka berdua serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience