Bab 1

Romance Series 3381

Husna bangun dari tidur awal disebabkan dia ada kelas pagi harini. Kemudian dia turun ke bawah untuk sarapan. Takut lapar nnti dalam kelas.

Seusai sarapan dia seperti biasa menyalam tangan kedua ibubapanya dan meminta izin ke kolej.

Apabila terdengar bunyi kereta Farina, Husna terus keluar dari rumah dan naik kereta Farina. Mereka memang akan tumpang kereta Farina kalau waktu kelas mereka sama.

Memandangkn mereka semua jurusan berlainan  jadi jarang mereka boleh pergi bersama-sama. Husna dan Batrisya sahaja yang sama jurusan.  Kalau tak Husna akan menaiki train ke kolejnya.

Setelah sampai mereka pun pergi ke kelas masing-masing. Husna dan Batrisya mengambil tempat duduk ditengah disebabkan tak ramai yang datang lagi mereka dapat tempat duduk kesukaan mereka.

"Weyh aku rasa macam something happen ah" terang Husna.

"Ish kau ni merepeklah takkan ada pape yg akan jadi. Jgn risau ok. Lagipun aku kan ada"pujuk Batrisya.

Beberapa minit kemudian, pelajar yang lain mula memenuhi kelas sebelum lecturer sampai. Setetika kemudian, lecturer pun masuk.

"Assalamualaikum and Good morning class!" Sir Zaim memberi salam.

"Waalaikumussalam and Good morning sir!" jawab para pelajar.

"Okay, sebelum saya start class, saya nak kenalkan awak semua dengan seorang pelajar baru. Dia pindah dari kolej dia yg sebelum ni, awak silakn masuk." pggil Sir Zaim.

Hati Husna dah berdebar-debar ingin melihat budak baru itu. Seorang lelaki tinggi lampai masuk kedalam dan mengangkat mukanya.. Hampir luruh jantung Husna.

Rupa-rupanya mamat sombong tu budak baru tu. "Weyh Isya aku rasa nilah yang aku rasa tu.. Masalah tibaa!!" Bisik Husna kpd Batrisya. 

"Ni bukan ke mamat yang kau citer tu siapa nama dia, hah Zharif kn?" balas Batrisya.

"Sebab tulah aku kata masalah" ujar Husna.

"Uish kuat betul jodoh kau dengan dia ni." Usik Batrisya.

"Ish kau ni jaga mulut tu. Nasib baik ada lecturer kalau tak dah lama aku tonyoh cili padi kat mulut kau. Kau ni kata-kata tu satu doa tau." Marah Husna sambil mencubit lengan Batrisya.

"Auch ..aku gurau je. Hihi" suka Batrisya dapat usik Husna.

"Yang korang berdua tu kenapa buat mesyuarat tingkap ke. Kalau ya saya nak join." tanya Sir Zaim.

"Erkk tak ada pape sir" balas Husna.

"Kalau tak ada pape tu fokus jangan asyik nak membawang je." tegur Sir Zaim.

"Maaf sir." kata mereka berdua.

"Ish kau ni buat malu je" bisik Husna sambil mencubit lengan Batrisya.

"Auch hihi" Batrisya ketawa kecil.

"Ok awak boleh perkenalkan diri" suruh Sir Zaim kepada Zharif.
"Muhammad Zharif Isaac" kata Zharif dengan muka dinginnya.

Para perempuan dlm kelas tu dah tersengih- sengih melihat Zharif kecuali Husna yg membuat muka menyampah.

Yelah Zharif tu hensem, tinggi pastu putih mana taknya ramai yg suka. Zharif pun berjalan ke kerusi lepas perkenalkan diri.

Dia duduk berdekatan dengan Husna. Dia memang ingin dekat dengan Husna. Husna perasan yang Zharif asyik merenungnya.

Husna pun apa lagi dia bagilh jelingan maut dia sebagai hadiah selamat datang ke kelas ni. Huhu puas hatinya.

'Comel' tersenyum hati Zharif bila dihadiahkan jelingan maut tadi.

Sepanjang kelas berlangsung Husna merasakan dirinya diperhati.

Apabila dia melihat sekeliling, dia tahu siapa yang asyik perhatikannya.. Siapa lagi kalau bukan mamat sombong tu.

'Tak habis-habis renung aku. Aku tahulah yang aku ni comel. Haha' puji Husna dalam hati.

Sempat dia bagi jelingan padu untuk si mamat sombong tu. 'Hahah padan muka lu.' ketawa Husna dlm hati.

Selepas kelas tamat, Husna dan Batrisya pergi ke cafe untuk berehat sebentar sebelum kelas seterusnya. Husna sentiasa menjadi daya tarikan para pelajar lelaki mahupun perempuan. Setiap kali berjalan akan ada yg menegurnya, dia akan membalas dengan senyuman manis dan dia akan salam jika perempuan.

Husna dikira terkenal di kolejnya disebabkan dia seorang pelajar yg cemerlang. Dan dia juga lawa, ceria, peramah dan mempunyai lesung pipit yang menambah daya tarikan dalam dirinya.

Sudah 4 tahun dia belajar di situ jadi, ramai yang mengenalinya.

Walaupun ramai lelaki yg suka padanya, dia langsung tak layan disebabkan prinsip hidupnya yg mahu ada hubungan lepas berjaya nanti. Mungkin lepas dia habis PHD. Besar cita-cita dia.

Husna memang mempunyai ramai peminat tak kisahlah lelaki ataupun perempuan. Tapi setiap orang mesti ada haters termasuklah Husna.

"Auch" rintih Husna apabila badannya dilanggar oleh seseorang. Habis bukunya jatuh bertaburan.

Orang yang melanggarnya tadi hanya tersenyum sinis.

Batrisya menolong Husna memungut bukunya kemudian dia bangun.

"Kau asal hah Nani!! Tak habis-habis cari pasal dengan Husna." Marah Batrisya.

Nani smirk sambil menjeling Husna. Husna hanya mendiamkan diri.

Dia malas nak layan si minah perasan ni. Makin dilayan makin menjadi.

Nani merupakan pelajar top jugak dekat kolej tu. Itu pun disebabkan ayah dia kaya sebabtu berlagak sikit, salah banyak. Nani mempunyai geng jugak iaitu Elly, Bella dan Alice. Mereka semua pun sama je perangai macam Nani 2 kali 5 sebab tu satu geng. 

Ramai sebenarnya yang tidak suka akan Nani sebab dia gedik dan cara pemakaian dia agak hmmm sikit. Nani memang tak pernah sukakan Husna. Ada je yang dia tak puas hati. Sebab dia jealous Husna lebih popular dari dia.

"Huh dia ke aku yg cari pasal sekarang ni" balas Nani.

"Kau yg selalu sangat dengki kat dia ni asal hah? Dia tak kacau hidup kau kan?." Geram Batrisya. Panas betul hatinya bila si minah ni asyik cari pasal je.

Dia bukan apa dia takut kalau Husna mula balas. Dia cukup kenal dengan Husna. Husna mmg akan diam je bila dia kena kacau atau kena maki ke apa tapi jangan sampai dia mula balas masatu kau takkan kenal diri dia, dia macam bukan Husna kalau sabar dia dah limit. Dia takut je benda tu jadi sebab bila jadi takkan ada sape boleh tenangkan Husna.

Husna akan lepaskan semua benda dia akan cakap dan masatu memang teruk jadinya.Husna akan jadi terlampau psiko sampai semua orang takut dengan dia. Dia punya balas lagi teruk dari apa yg kau buat dekat dia.

"Siapa kata dia tak kacau hah!! Dia ni saja je berlagak famous padahal huh dahlah penipu, fake. Dia ni selalu bodek lecturer sebab tu lh semua lecturer suka dia huh." marah Nani.

"Bila masa dia bodek hah dia tak payah bodeklah lecturer memang suka dia sebab dia rajin belajar, pandai bukan macam kau datang kolej cuma nak tunjuk muka dengan nak famous je padahal bukannya famous pun. Exam pun kau ingat aku tak tau yg kau sentiasa fail. Aku tahulah kau kaya oppss salah kau tak kaya mak bapak kau yg kaya. Sorry salah. Huh.Habiskn duit mak bapak je. Dahlah malas aku nk layan. Bye sayang muahhh." perli Batrisya habis-habisan sambil hadiahkan senyuman sesinis yg mungkin. Ni belum lagi Husna, kalau Husna tak tau apa jadi kat dorang ni.

"And one more thing aku nak cakap hati hati lah ye jangan sampai korang menyesal dikemudian hari.. byee" pesan Batrisya.

Jadi kalau ada pape jadi kat dorang dia tak ambil tahu sebab dia dah pesan. Batrisya dan Husna berlalu meninggalkan Nani and the gengs yang sedang menahan amarah.

'Tak pe kau tunggu Husna satu hari nanti aku akan musnahkan hidup kau. Sekarang kau ada penjaga yang boleh jaga kau nanti kita tengok bila penjaga kau tak jaga kau nanti. Sekarang mungkin kau menang tapi nanti kita tengok siapa yang kat atas dan siapa kat bawah.' kata Nani dalam hati dengan senyuman sinis.

"Ish geramnya" kata Elly. "Sabar Elly I tau nak buat apa untuk ajar dorang. Huh. Senang jeni" kata Nani kepada gengnya. Dia tak tahu yang dia telah menempah bahaya.

Dia tak tahu siapa Nur Husna Sumayyah sebenarnya. Dari jauh seseorang dari tadi memerhatikan mereka. Orang misteri itu hanya tersenyum penuh misteri...

Ishh kenapa ekk si Nani nih.. Nak tahu sapa orang misteri tu.. Hah kalau nak tahu kenalah tunggu bab yang seterusnya k. Stay tune guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience