Bab 11

Romance Series 3381

"Cik Husna." tegur satu suara.

Husna memalingkan badannya susuk tubuh yang menegurnya. Sebaik sahaja dia memandang kebelakang dua susuk berpakaian seragam mengisi ruang matanya.

"Ya saya" balas Husna. Dia yakin dua orang ini merupakan polis yang akan menyiasat kes langgar lari Farish.

"Perkenalkan saya Inspektor Daniel dan ini Detektif Naim. Kami yang akan siasat tentang kes ini dan kami memerlukan keterangan Cik Husna memandangkan cik orang terakhir bertemu mangsa. Selamat berkenalan." ujar Inspektor Daniel perkenalkan diri.

"Selamat berkenalan." balas Husna kemudian membongkokkan sedikit badannya tanda hormat.

"Boleh kami menanyakan beberapa soalan?" tanya Detektif Naim dengan sopan.

"Boleh." jawab Husna ringkas.

"Marilah kita ke sana." kata Inspektor Daniel menunjukkan kerusi dan meja yang berada berdekatan dengan mereka.

Husna hanya mengikuti langkah kedua polis yang tinggi lampai itu.

'Kenapa ek polis ni tinggi-tinggi pastu ramai pulak yang hensem. Lagi satu awatlah Inspektor Daniel ni putih kulitnya tu. Kantoi ah tak buat kerja. Jealous aku. Huhu.' monolog Husna sendirian.

"Cik Husna." panggil Inspektor Daniel sambil melayangkan tangannya di hadapan muka Husna untuk menarik perhatian gadis itu.

"Ha ya saya." jawab Husna gelabah.

"Duduklah. Banyak kerusi ni. Takkan nak berdiri je sampai besok." perli Inspektor Daniel sambil senyum mengejek.

"Daniel. Behave." marah Detektif Naim sambil mencubit lengan Inspektor Daniel.

Husna dengan pantas duduk dihadapan kedua polis itu. Sempat dia menjeling kearah Inspektor Daniel yang sudah muncung akibat dimarahi Detektif Naim tadi. Dirinya terkejut sebenarnya dengan perwatakan kedua mereka. Tak pernah seumur hidup dia bertemu polis seperti mereka.

"Maaf ya cik Husna. Dia ni memang macamni." terang Detektif Naim.

Husna hanya mampu menangguk.

"Baiklah mari kita mulakan soalan ya. Soalan pertama say.." Detektif yang memegang buku nota itu terputus ayatnya akibat seseorang menepuk lengannya.

Detektif Naim dan Husna serta merta memandang gerangan yang menepuk tadi. Inspektor Daniel hanya menayangkan sengihan kerang busuk. Detektif Naim hanya membuat isyarat 'benda?'.

"Hmm Naim nak lollipop boleh? Kau kan bawa lebih. Please.." kata Inspektor Daniel sambil menyatukan kedua jarinya???????? sambil membuat muka comel. Bagaikan budak kecil yang meminta sesuatu daripada ibu bapanya.

Husna sudah membeliakkan matanya seakan tak percaya apa yang baru terjadi. Dia rasa bagai berada dialam mimpi. Tak sangka seorang Inspektor boleh melakukan perkara begitu ketika sedang bertugas.

Detektif Naim hanya menepuk dahinya dan menggelengkan kepala sebelu berkata "Kau ni kan memanglah. Macam-macam. Behave sikit boleh tak. Kan kita tengah bertugas."

"Alaaa kedekutlah kau ni. Lollipop pun tak nak bagi. Kan aku dah behave. At least aku tak nyanyi lagu Blackpink. " balas Inspektor Daniel sambil memuncungkan bibirnya. Bagaikan kanak-kanak yang merajuk.

Husna sudah tercengang mendengar jawapan itu. Biar betul. Dia mengebil-ngebilkan matanya tidak percaya.

" Ishh kau ni kan. Memanglah kau tak nyanyi atau tanya orang Blink ke tak tapi.. Ergh yelah nah makan elok-elok." Detektif Naim pun mengalah lalu memberikan lollipop kepada Inspektor Daniel.

"Thanks Naim." katanya lalu tersenyum.

"Maaf ya cik Husna. Dia ni memang macamni susah sikit nak jadikan dia serius. Tapi kalau dia makan lollipop terus jadi serius." terang Detektif Naim.

"Ohh takpe." Husna hanya mengangguk. Dia masih pelik dengan perangai mereka. Dia memandang kearah Inspektor Daniel yang sedang membuka plastik pembalut lollipop itu lalu memasukkan ke mulutnya. Pada mulanya dia tersenyum namun riaknya berubah kepada riak yang serius. Wahhh seriuslah dia boleh jadi serius bila dapat lollipop. Luar biasa  betul.

"Kita mulakan siasatan sekarang ya." bicara Inspektor Daniel dengan suara yang serius. Hilang segala yang kebudakan tadi. Sungguh ajaib.

Husna hanya mampu mengangguk.

.
.
.
.
.
.
.
.

Setelah sesi soal siasat selesai, mereka bertiga pergi ke kafe' hospital untuk mengisi perut yang kelaparan. Husna tak nak ikut sebenarnya tapi dah dipaksa si Inspektor Daniel tu nak buat macam mana. Tadi sepanjang sesi soal siasat punyalah serius bila habis je terus manja balik. Nak aiskrimlah apalah. Macam-macam. Rupanya dorang berdua ni sepupu patutlah si Inspektor Daniel tu manja semacam dengan Detektif Naim. Pastu mesra semacam.

"Kitaorang balik dulu ye. Nanti kalau ada pape call saya tau. Hihi. Bye." kata Inspektor Daniel sambil membuat peace. Haih perangai.

"Yelah saya pun nak pergi ward balik. Bye." balas Husna sambil melambaikan tangan kepada kedua orang itu.

Mereka hanya melambai dan mula bergerak keluar kafe' itu.

Husna kembali naik ke ward untuk menjaga Farish. Apabila sampai dia terlihat ada seorang lelaki diluar ward Farish. Orang itu memakai serba serbi hitam. Lelaki itu seakan perasan kehadiran Husna dia memalingkan wajahnya kearah Husna kemudian berjalan pergi. Husna hendak memanggil namun lelaki itu telah jauh tinggalkannya. Dia tertanya siapa lelaki itu. Kenapa berada dekat ward Farish? Pelbagai soalan muncul.

"Cik Husna." ada suara yang memanggilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience