Bab 7

Romance Series 3381

"Arghh sakitnya." rintih Husna perlahan.

Husna menggosok-gosok pinggangnya yang sakit itu. Kuat juga orang yang menolaknya itu. Dia melihat kearah orang yang menolaknya jatuh tangga. Dahlah tangga tu keras kalau lembut takpa juga. Matanya membesar saat terpandang beberapa susuk yang amat dikenalinya. Sapa lagi kalau bukan Nani dengan sekutunya tu.

"Hahahaha" berdekah tawa Nani dan juga sekutunya. Mereka tersenyum puas dapat menyakitkan orang paling dibenci mereka. Mengapa mereka benci pun tak tahulah.

"Apa masalah korang ni hah?" tanya Husna sedikit kuat sambil perlahan-lahan berdiri. Manalah tahu pekak ke apakan. Yelah ketawa macam nak terkeluar anak tekak tu.

Mukanya merah menahan sakit yang amat. Dahlah dirinya memang tengah sakit pinggang ni pula kena tolak jatuh tangga. Dah macam nangka busuk dah rupanya.

Nasib tak tinggi tangga tu dia pun baru nak sampai bawah jadi taklah tinggi sangat. Tak tinggi pun sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau dorang tolak dari atas. Uish boleh arwah dia dahlah banyak dosa.

" Kau boleh tanya kitaorang apa masalah kitaorang? Masalah kitaorang adalah kau!" balas Nani dengan nada marah. Mereka perlahan mendekati Husna.

"Apa aku dah buat? Aku rasa aku tak buat pape pun kat korang?" tanya Husna kembali.

Jujur dirinya tak tahu apa yang dia buat pada mereka. Rasanya takda lainlah kalau dia simbah asid ke apa bolehlah serang macamtu. Ni tak buat pape kena serang dengan minah-minah sengal ni.

"Kau tak tahu ke kau buat-buat tak tahu hah? Yang kau keluar dengan Zharif haritu. Kau lupa ke hah?" marah Nani lagi sambil menolak-nolak bahu Husna.

"Memanglah aku keluar dengan Zharif. Jadi apa masalahnya? Aku rasa takda masalah kot. Lagi satu dia yang ajak aku. Tak hingin aku nak keluar dengan dia kalau dia tak paksa." bidas Husna. Dirinya tertanya apa masalahnya kalau keluar dengan Zharif. 'Aku bukannya buat papepun kan..' getus hatinya.

"Kau tahu tak yang Zharif tu aku punya. Hanya aku dan dia milik aku. Yang kau pergi gatal dekat dengan dia pahal. Aku tak percayalah cakap kau yang Zharif ajak kau. Entah-entah kau yang menggedik dengan dia kan. Gatal sangat. Aku nak ingatkan kau jangan rapat dengan dia lagi kalau tak kau tahulah apa nasib kau. Kau jangan ingat aku tak tahulah pasal Zahin. Huh aku rasakan sebab Zahin mati semuanya sebab kau kan. Kesiannya lahai nasib dia. Tulah dia tu bodoh sangat cintakan kau. Dan aku rasa kau jadi macamni sebab kau hamak nak attention lelaki lepas si Zahin malang tu mampos. Kau memang perempuan murahan. " kata Nani dengan sinisnya sambil menunjal-nunjal kepala Husna.

"Arghh sakitlah kurang ajar kau." marah Nani sambil memegang pipinya yang sakit selepas dilempang oleh Husna. Kuat sehinggakan hujung bibirnya berdarah.

"Kalau kau nak hina aku dan nak suruh aku jangan dekat dengan sesiapa aku terima tapi jangan pernah libatkan nama arwah Zahin dalam perkara ni. Aku tak tahulah mana kau tahu pasal dia. Tapi aku nak ingatkan kau dan ini amaran terakhir dari aku. Kalau kau sebut lagi nama dia kau burukkan nama dia dan kalau aku dengar lagi sekali kau jangan terkejut kalau esoknya hari pengebumian kau. HAHAHA  Don't try me Nani. Kau tak tahu siapa aku. " Husna memberi amaran kepada Nani sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

Husna pergi meninggalkan Nani dengan tangisan yang hampir terhambur keluar. Perit. Hatinya rasa sungguh perit dan sakit. Sangat sakit bila nama arwah Zahin disebut tadi. Tu yang dilempangnya Nani dengan kuat sehingga tangannya pun sakit.

Husna meluru dengan pantas ke tandas dan manghamburkan segala tangisan yang lama ditahannya. Husna ligat memikirkan kenapa dan bagaimana Nani tahu tentang Zahin. Dia menenangkan dirinya seketika. Tidal mahu kawan-kawannya lihat dirinya dalam keadaan begitu.

Setelah 30 minit berada di dalam tandas, Husna keluar dengan mata yang masih merah. Tanpa disedari seseorang sedang setia menunggunya diluar...

jangan lupa komen tau

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience