Bab 15

Romance Series 3381

"Awak?" terkejut mereka berdua serentak.

"Awak Zhafran kan. Awak buat apa kat sini?" tanya Husna.

"Saya baru nak tanya awak. Awak pula buat apa kat sini?" tanya Zhafran pula

"Lah saya tanya awak, awak tanya saya balik. Ni saya study kat sini. Awak pula?" Husna menjawab serta bertanya kembali.

"Saya pun belajar kat sini." jawab Zhafran jujur.

"Lah yeke. Saya tak pernah nampak awak pun kat sini. Bila awak masuk?" tanya Husna agak terkejut. 

"Iya tapi saya baru masuk harini. Saya pindah." terang Zhafran ringkas.

"Ouh gitu alkisahnya. Ni awak baru balik dari library ke?" Husna bertanya lagi.

"Haah takkanlah dari hati awak pula." jawab Zhafran selamba.

"Eh eh dia buat lawak pula." Husna menjeling Zhafran.

"Alaa saya gurau je. Janganlah marah." Zhafran menyatukan telapak tangannya sebagai tanda minta maaf sambil tersengih.

"Takda apalah saya saja je tadi." Husna ketawa perlahan kerana baginya Zhafran kelihatan lucu apabila berbuat demikian.

"Ni awak nak pergi library kan. Tadi kata nak cepat." Zhafran mengingatkan Husna.

"Ehh haahlah. Ya Allah saya boleh pula terlupa. Saya memang dah lambat ni. Terima kasih ingatkan. Jumpa lagi nanti ya. Bye." Husna bergegas masuk ke pintu masuk perpustakaan meninggalkan Zhafran yang tersengih sendiri.

"Kita pasti akan banyak berjumpa lepas ni." kata Zhafran perlahan diakhiri ketawa kecil. 

.

.

.

Nani berjalan sendiri menuju ke tangga. Suasana disekitar agak sunyi kerana ramai pelajar yang sudah pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba sesuatu mendorongnya jatuh dari tangga. Badannya bergolek bagaikan nangka busuk diiringi dengan raungan kesakitan. Terasa perit pinggangnya kerana tadi dia dapat merasakan pinggangnya ditendang seseorang. Nani tidak menyedarkan diri apabila kepalanya terhantuk ke dinding batu di penghujung tangga. Badannya dipenuhi luka serta lebam akibat terjatuh tadi.

Husna yang kebetulan lalu disitu segera menolong Nani yang tidak sedarkan diri.

"Ya Allah! Nani. Apa jadi ni?." Husna mula panik. 

Husna segera memapah Nani ke keretanya dan pergi ke hospital yang berdekatan. Dia bimbang jika ada apa-apa yang berlaku kepada Nani.

"Aduh macammana ni. Macammana kalau dia pengsan tak sedarkan diri sampai bila-bila? Hish Husna janganlah cakap benda yang bukan-bukan. Kita kena bersangka baik." Husna bercakap sendirian. Nani yang berada ditempat penumpang siap dipasangkan seatbelt di pandang dengan wajah penuh risau.

.

.

.

"Weyh Husna. Aku dengar yang si Nani tu jatuh tangga. Betul ke?" tanya Batrisya.

"Weyh Isya. Kau nak tahu satu fakta tak? Yang pasal benda tu bukan je kau dengar malah kau orang yang terawal tahu tau. Bukan terawal lagi orang pertama tau. Kau tau tak! Ouh lupa pulak kau kan sibuk keluar dengan si Iman tu sampai lupa apa yang aku cakap kat kau. Hmmmm." perli Husna. Boleh pula si Batrisya ni tanya lagi padahal dah tahu. Pasal Iman tak lupa pula. Sabar jelah.

"Alah maafkanlah patik. Patik ini hanyalah insan lemah yang tak mampu mengingati segala benda. Tapi kalau pasal Iman tu lain ceritalah ya." jawab Batrisya dengan muka tidak bersalah.

"Ehh aku kahwinkan juga korang ni." Husna masih tidak puas hati.

"Kahwinkanlah aku lagi suka." balas Batrisya dengan senyum gediknya.

"Kau ni kan. Dahlah malas nak layan kau. Baik aku layan Kdrama daripada layan kau. Bye." Husna bangkit dan terus berlalu. Malas hendak melayan kawannya yang seorang ini. Buat sakit hati aje.

.

.

.

"Assalamualaikum. Hai Husna." sapa seseorang.

Husna yang sedang membaca novelnya itu segera menoleh kearah suara itu.

"Waalaikumussalam. Ehh hai Zhafran." Husna membalas sapaan itu dengan sopan.

Batrisya yang duduk berhadapan dengan Husna tidak menyedari kehadiran Zhafran. Dirinya sibuk membaca novel yang berada di tangannya sambil mendengarkan lagu.

"Ni kawan awak ke? Siapa nama dia?" tanya Zhafran sopan.

"Isya.. Isya. woi." panggil Husna. Apabila Batrisya mengendahkan dirinya, dia menendang kaki Batrisya kuat.

"Auchh kau ni dah kenapa. Sakit au." marah Batrisya. Nada suaranya menarik perhatian beberapa pelajar yang berada di library itu.

"Weyh diam sikit lah. Library an." marah salah satu pelajar yang berada di situ.

"Tak payahlah nak marah. Halah-halah kecoh lah." bisik Batrisya perlahan. Tak berani dia nak bercakap kuat. Kang nanya je gaduh.

Zhafran yang berada disitu hanya berdiam diri.

Batrisya yang perasan akan figura lain yang berada dekat mereka memandang Zhafran lalu bertanya.

"Awak ni siapa? Kenapa kat sini?" tanyanya.

"Ni Zhafran. Tadi aku nak suruh kau perkenalkan diri tu yang aku terpaksa tendang kau tu. Aku panggil tak dengar." terang Husna.

"Lah kenapa tak cakap?" tanya Batrisya lagi.

"Macammana aku nak cakap kau tetiba jerit." kata Husna membuat muka tak bersalah.

"Salah sape?" Batrisya menjeling tajam Husna. Buat malu dia je. 

"Saya Zhafran. Nama awak ape?" tanya Zhafran.

"Ouhh nama saya Batrisya." balas Batrisya.

Zhafran hanya mengangguk. 

"Awak baru pindah ke. Tak pernah nampak pun sebelum ni." pelik Batrisya.

"Haah saya baru pindah dalam minggu lepas. Baru seminggu saya kat sini." terang Zhafran.

Batrisya mengangguk sebelum menyambung pembacaannya. Tengah bahagian menarik ni boleh pulak orang kacau.

.

.

.

Husna sedang berjalan seorang diri ingin pergi ke tandas. Tiba-tiba dia ditarik oleh seseorang yang menolak dirinya ke dinding. Husna melihat orang yang mengundang kemarahan dirinya itu. Rupanya geng Nani tapi takda Nani.

"Weyh you tolak Nani sampai jatuh kan. Baik you mengaku sekarang." Elly memaksa Husna untuk mengaku.

"Bila masa pula saya tolak Nani. Haih korang ni jangan nak menuduh sembarangan eh." Husna pertahankan dirinya.

"Alah tak payah nak berdalihlah. You tolak dia jatuh tangga sebab you berdendam kan time kitaorang tolak you haritu." marah Elly lagi.

Husna hendak pergi sahaja tapi tangannya susah dipegang kuat oleh Alice. Mahu saja dia rentap tapi tulah kesian nanti tangan si Alice ni terseliuh karang. Dia juga yang dipersalahkan nanti.

"Husna, I malaslah nak layan you. Buat penat I je. Jadi macamnilah ye kalini I lepaskan you tapi nanti tunggulah Nani sihat, I pastikan hidup you dalam neraka. Bye. Love you." kata Elly sinis sebelum berlalu pergi.

"Itch, dah malas tu asal layan aku. Aku tak minta pun kau layan. Tak hamaklah. Hmmm dahlah tetiba tuduh aku tolak Nani. Ehhh manusia ni, aku yang tolong si Nani tu au. Kalau tak, dah mati dah dia kat situ. Ke korang nak aku masukkan kat dalam berita, surat khabar, majalah kat Intagram, Twitter semua yang aku tolong dia. Heh sakit pula hati kita. Huh sabar Husna sabar. Kau kan penyabar. Yang 2 ekor eh 2 orang  tu memang macamtu dari azali nak buat macammana kan. Ingat kalau kita tolong orang tak boleh riak. Kita kena tolong dengan ikhlas. Boleh je aku nak riak sebab orang akan percaya aku tapi tak elok haih sabar jelah." bebel Husna sendiri.

"Kau bebel pasal apa tu? Dari tadi aku dengar. Kau dah gila eh. " tegur seseorang dari belakang.

Bahu Husna terjungkit sedikit akibat terkejut. Dia sudah dapat agak siapakah gerangan yang menegurnya itu. Ingin saja dia menyumpah seranah tapi dia tahu dia takkan menang. Husna menyabarkan diri dan membuat muka selambanya. 

"Ehhh awak cakap dengan saya ke?" Husna berpura-pura tanya walaupun dia tahu yang hanya mereka berdua disitu.

"Ehhh taklah. Bila masa aku cakap dengan kau? Tak ingin aku. Aku cakap dengan saka kau tu. Hai saka!" balas Zharif sambil acah-acah melambaikan tangan ke belakang Husna. 

Husna memandang kebelakang mana tau betul apa yang Zharif cakap.

"Kau ni bodoh ke apa? Dah tentulah aku cakap dengan kau. Haih. Kesian sapa jadi suami kau dapat isteri lawa tapi bodoh." kata Zharif tetapi ayat terakhirnya diperlahankan suaranya seolah berbisik.

"Apa? Saya tak dengar yang terakhir tu boleh ulang balik." Husna meminta agar diulang ayat terakhir sebab dia macam ada dengar perkataan  'isteri'.

"Dah ah kau. Aku takkan ulang. Dasar pekak." balas Zharif.

'Ehhh mamat ni dah dia yang cakap perlahan sangat nak kata aku pekak pula tu. Masalahnya dia cakap macam dalam kelambu. Lainlah kalau telinga aku ni betul-betul depan mulut dia. Masalahnya telinga aku ni satu meter jauh dengan dia. Memanglah tak dengar. Dasar manusia. ' bebel Husna dalam hati. Tak mampu secara zahir. Dia terus beredar dari situ malas nak layan mamat tak betul ni.

"Oi aku tak habis cakap lagi. Haish laju giler dia jalan macam pelesit tahulah badan kecil tapi takyahlah laju-laju. Kang tersungkur, sakit lagi pinggang dia tu. ." bebel Zharif singkat sebelum menyambung perjalanannya ke kafeteria.

Sepasang mata ralit memandang perbualan mereka dari jauh bersama senyuman yang tersirat.

"I'm here."

hyeee. it's me again. Finally ada kekuatan nak sambung buku ni heheh. Akan ada banyak pembetulan dan perubahan yang bakal dibuat dekat bab-bab sebelum ni sebab banyak error penulisan. So hopefully bersabar menunggu bab seterusnya. Kalau ada feedback untuk improve penulisan saya boleh comment tauuu. Jangan lupa bagi star and simpan dalam collections!!! Bye yeorobun!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience