Bab 8

Romance Series 3381

"Kau okay tak?" tanya seseorang kepada Husna secara tiba-tiba apabila gadis kecil itu  keluar dari tandas.

"Ya Allah terkejut aku." Husna mengelus-ngelus dadanya perlahan akibat terkejut. Dia memandang gerangan yang kurang asam itu. Sesuka hati saja tegur orang tanpa bagi salam.

"Awak ni dah kenapa terpacak kat depan tandas perempuan ni? Terkejut saya tahu tak?" marah Husna kepada manusia itu. Siapa lagi kalau bukan mamat psiko yang tak habis mengacaunya. Zharif Isaac.

"Aku tunggu kaulah kat sini. Buat apa lagi. Kau tu lama sangat dalam tandas tu buat apa. Dekat setengah jam aku tunggu. Tahu tak?" balas Zharif. Tak tahulah nak kata dia marah ke tak. Sebab reaksi muka dia tu sama je. Muka dinginlah katakan.

"Yang awak pandai sangat tunggu saya kenapa. Saya tak suruh pun. Awak lah yang pandai sangat pastu nak marah orang pulak. Dan lagi satu macam mana awak tahu saya ada kat sini?" tanya Husna pelik. Rasanya dia takdalah jumpa dengan Zharif waktu ke tandas.

"Aku tahulah apa yang jadi kat kau tadi. Aku nampak dan dengar semuanya sampailah yang kau tampar minah gedik tu. Pastu aku ikutlah kau kesini." terang Zharif dari awal hingga akhir.

Husna terkejut. 'Maksudnya dia tahulah pasal arwah Zahin..' bisik hatinya.

"Ni aku nak ingatkan kau jangan pernah nak larikan diri dari aku dan jangan pernah ikut cakap minah bodoh tu. Kalau tak kau tahulah apa aku akan buat kat kau." ugut Zharif.Dia perlahan jalan mendekati tubuh kecil Husna.

'Halah-halah yang sorang suruh jauh yang lagi sorang suruh jangan jauh pulak. Mana aku nak ikut ni minah sengal ke mamat psiko ni. Halah yang dia ni kenapa makin dekat pulak.' rungut Husna.

Husna perlahan menjarakkan diri kebelakang namun malang sekali dibelakangnya ada dinding yang menghalangnya.

'Zaman bila pulak dinding ni wujud? Kenapa ek takda orang lalu kat sini sekarang? Time macam ni jugaklah takda orang lalu. Yang mamat ni dah kenapa dengan senyumnya tu. Dahlah aku tengah sakit ni dia macamni. Nak tolak memang tak laratlah pulak dahlah tangan aku sakit. Tulah lempang orang lagi. Fikir Husna fikir.' rungut Husna lagi sambil memikirkan cara melarikan diri.

Husna akhirnya mendapat akal untuk melarikan diri. Dia menendang sekuat hati perut Zharif menggunakan kakinya sehingga lelaki itu berganjak kebelakang sedikit.

Husna mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri. Puas hatinya tapi tulah sakit juga kaki dia. Tangan sakit, kaki sakit pastu pinggang pulak sakit lepasni tak tahu apa yang sakit.

'Padan muka kau. Tulah cari pasal lagi ngan aku. Ingat kau besar kau boleh buat apa je. Aduhh sakitnya.' rintih Husna sambil tersenyum puas.

'Kau takkan terlepas dari aku Husna Sumayyah. Kau milik aku dan kau akan jadi milik aku walau apa pun jadi. Berani kau buat aku macamtu. Kau tunggu apa nasib kau. Kau rupanya insan yang aku cari selama ni. Kau takkan terlepas sayang..' kata hati Zharif kemudian mengukir senyuman yang penuh misteri.

Husna berjalan menuju ke keretanya. Harini dirinya rajin hendak membawa kereta sendiri lagipun dah lama keretanya terbiar. Takut rosak dan takut dirinya lupa pula bawa kereta nanti. Tak pasal-pasal kena ambil lesen balik.

Husna menerobos masuk kedalam keretanya dan menghela nafas lega. Penat dirinya harini.

Sebenarnya tadi dia berjumpa dengan pensyarahnya lepas habis kelas tu yang lambat balik. Bila nak balik jumpa pulak manusia-manusia gila. Haih macam-macam dugaan menimpa.

Dengan sakit hati campur sakit satu badannya. Tu tak termasuk lagi sakit kepalanya. Lama-lama boleh jadi gila dia. Tak pasal-pasal masuk hospital sakit jiwa balik.

Husna termenung seketika mengingati setiap butir kata yang dilemparkan Nani tadi. Dia tahu tak sepatutnya ambil kesah tapi dia masih terfikir macam mana Nani tahu tentang arwah Zahin.

Setahunya yang tahu hal itu hanyalah ibu bapanya dan juga Batrisya dengan Farina sebab mereka kawan baiknya dari sekolah menengah. Malah Maria pun tidak mengetahuinya.

Macam mana perempuan yang tak ada kena mengena dengannya tahu. Dia dapat rasa sesuatu yang akan jadi. Dia cepat menggelengkan kepalanya bagaikan membuang segala perasaan negatif dari menguasai diri.

Doktornya sentiasa ingatkan dirinya supaya tidak berfikiran negatif dan juga menjauhkan diri dari perkara yang mengganggu emosinya. Kerana takut penyakitnya datang balik disebabkan emosinya yang tidak stabil.

Doktor juga melarang dirinya dari mengingati penyebab traumanya. Disebabkan itulah Husna sentiasa berkelakuan gembira dan tersenyum walaupun disebalik senyuman manisnya itu menyimpan seribu satu keperitan.

Husna tersenyum pahit apabila mengenang kembali peristiwa gelap dirinya. Jarinya lincah menaip sesuatu di telefon pintarnya. Kemudian, dia terus memecut laju keretanya untuk menemui seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience