Bab 13

Romance Series 3381

Keesokan harinya, Husna menjalani rutin kehidupan sehariannya seperti tiada apa yang telah berlaku. Tubuhnya dan kelakuannya sahaja yang kelihatan biasa namun didalam pikirannya serabut memikirkan tentang keadaan Farish dan tentang pelakunya lagi. Dahlah tak da saksi. Cctv yang ada disitu pun tidak berfungsi. Susah untuk menyelesaikan kes Farish ni.

Ketika Husna baru sahaja menjejakkan kakinya di perkarangan kolej, kawan-kawannya terus menerpa kearahnya. Bagaikan kanak-kanak ribena lagaknya. Malu dirinya apabila orang sekeliling memandang mereka.

"Korang ni dah kenapa? Gila eh?" tanya Husna sambil jarinya ligat mencubit lengan rakannya itu. Biar sedar sikit.

" Auch sakitlah." kata mereka bertiga serentak.

"Kitaorang sebenarnya rindu je dengan kau." kata Farina sambil menyengih.

"Korang ni dah kenapa? Hilang ingatan eh. Baru semalam kita jumpa, yang makan sesama siap berkupas bawang bagai. Takkan dah lupa. Dasar gilalah kawan aku ni. Haih." ujar Husna sambil mengetuk kepala mereka bertiga dengan pen yang dia pegang. Entah dari mana wujudnya pen tu dia tak pasti.

"Alah kau ni best friend sendiri nak rindu pun tak boleh." kata Maria pula sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Kau tahu tak sakit kau ketuk guna pen tu. Kalau aku hilang ingatan macam mana." Batrisya pula menyambung.

" Hahaha. Saja je nak betulkan otak korang. Tapi an siapa yang bagi aku pen ni eh. Dari mana di datang?" pelik Husna tentang kewujudan pennya itu.

" Kau nak cakap kitaorang hilang ingatan. Kau tu lagi teruk baru berapa saat dah lupa. Kan tadi kau yang ambil dari kocek baju kau. Takkan tak ingat. "ujar Farina mengingatkan Husna. Serentak itu, mereka bertiga menjentik kepala Husna. Sebagai balas dendam mereka.

" Aduhh. Sakitnya. Alahh sorrylah aku lupa. Dah kena layan perangai korang, memanglah aku lupa." balas Husna sambil menyengih malu.

" Tulah cakap kitaorang tapi dia pun sama." kata Batrisya dengan nada memerli.

"Memanglah sama, kita kan sahabat." balas Husna. Seraya itu mereka berempat tertawa riang.

Tak jauh dari kedudukan mereka, sepasang mata melihat mereka dengan pandangan yang penuh hasad dengki.

"Kau tunggulah Husna, aku akan pastikan hidup kau akan sengsara. Hahaha." kata Nani sambil ketawa sinis. Otaknya ligat memikir rancangan yang perlu dia buat untuk jatuhkan musuh nombor 1 nya.

.
.
.

"Weyh korang. Apa kata sabtu ni kita pergi jogging. Nak tak?" cadang Batrisya.

"Hmm okay jugak tu. Lagipun dah lama an kita tak jogging tu yang memasing dah gemuk lagi lagi Isya. Hahahha." setuju Farina. Sempat kita kenakan Batrisya.

Batrisya sudah memuncung bila dirinya dikenakan. Yang lain hanya ketawa.

"Nanti jogging tempat biasa kan." tanya Husna sambil berusaha menghentikan tawanya.

Mereka bertiga hanya mengangguk tanda ya. Mereka menyambung makan-makanan masing-masing sebelum pergi ke kelas yang seterusnya.

.
.
.

Seperti yang dijanjikan, Husna sudah bersiap mengenakan pakaian sukan untuk berjogging nanti.

Mereka bergerak ke taman seawal 7. 00 pagi. Bak kata Batrisya embun pagi dapat hilangkan stress dan boleh membetulkan otak mereka yang dah mereng tu.

Sedang mereka menikmati angin pagi, tiba-tiba Batrisya menjerit pelan. Namun cukup kuat di pendengaran mereka.

"Kau dah kenapa? Macam nampak crush pulak." tanya Husna pelik. Nasib baik tak kena heart attack kalau tak innalillah dia mati awal tak sempat nak kahwin.

"Memang pun aku nampak crush. Kau tak nampak siapa yang tengah berjalan kearah kita tu.?" balas Batrisya sabil memuncungkan bibirnya menunjukkan kearah yang dimaksudkan.

Mereka bertiga pandang kearah yang ditunjukkan Batrisya.

"Ehh tu Iman Syakir kan? Mamat yang kau tergila-gilakan tu." tanya Farina meminta kepastian.

"Hah betullah tu dia. Hensem an. Uish mengancamlah bila berpeluh tu. Bertambah hot dia ni. Haih. Ya Allah kau kuatkanlah iman dan jantung aku." kata Batrisya sambil matanya tak lepas daripada memandang Iman Syakir.

"Oi tak elok pandang anak teruna orang macamtu. Aku cucuk kang biji mata tu baru tau." marah Husna. Mana taknya si Batrisya ni pandang Iman tu macam nak tembus aja. Parah bila dapat kawan macamni.

"Alah bukan selalu. Ehh aku macam pernah nampak mamat yang kat sebelah dia tu. Macam familiar sangat." Batrisya mengecilkan matanya untuk mengenal pasti lelaki yang sedang bersama Iman itu.

"Ehh Nak, tu bukan mamat yang kau kata sombong tu ke?  Zharif an nama dia. " tanya Maria.

"Ehh haahlah Husna tu Zharif an." Batrisya menyenggol lengan Husna meminta jawapan.

"Hmm betullah tu mamat tu. Asal lak kena jumpa dia kat sini juga." ujar Husna tak puas hati. Baru nak hidup tenang.

"Batrisya." laung Iman Syakir dari jauh sambil tangannya melambai-lambai kearah mereka tetapi lebih tepatnya kearah Batrisya.

"Hai Iman." Batrisya hanya tersenyum malu bila dipanggil Iman.

Iman terkedek-kedek berlari kearah mereka meninggalkan Zharif kesepian sendiri.

"Assalamualaikum. Hai awak." sapa Iman.

"Waalaikumussalam. Hai. "balas Batrisya perlahan.

" Awak buat apa kat sini? " tanya Iman ramah.

" Saya tengah masak. Tak nampak ke?" jawab Batrisya loyar buruk.

Iman hanya ketawa geli hati.

" Awak pulak buat ape?" tanya Batrisya pula.

" Ohh saya datang sini nak cari jodoh." jawab Iman selamba.

"Ohh dah jumpa ke jodoh tu?" tanya Batrisya lagi.

" Dah dia tu kan comel, baik, ceria. Hah pastu sekarang ni dia ada depan saya." jawab Iman tenang.

"Hah depan awak? Mana tak ada pun." Batrisya memusingkan kepalanya mencari siapakah orang bertuah yang dimaksudkan Iman itu tadi.

"Comellah awak ni. Orang tu kan awak. Awak je yang kat depan saya ni cik Batrisya oi." kata Iman sambil menunjuk kearah Batrisya.

Pada mulanya, Batrisya masih blur. Namun beberapa ketika kemudian mukanya memerah menahan malu.

"Ehemm korang saja nak cakap yang kat sini bukan ada korang je ada ni kitaorang berempat masih berdiri tegak, utuh kat sini menyaksikan adegan drama cintan cintun korang ni. Kalau korang nak bercinta pergilah date sana. Tak payah kat sini. Nanti takut banyak semut. " bebel Farina sambil menunjukkan mereka bertiga termasuk Zharif yang berdiri di sebelah Husna.

Lagi merah pipi Batrisya apabila Farina berkata begitu.

" Batrisya, nak tak kita jalan-jalan kat sana?" tanya Iman.

" Hmm boleh jugak. "balas Batrisya malu.

" Jom." Iman pergi mendahului Batrisya sebelum Batrisya menyusul.

Kini hanya tinggal mereka berempat menyaksikan Batrisya dan Iman berlalu meninggalkan mereka sambil gelak tawa.

" Err, Na aku dengan Farina nak pergi toilet kejap. Kau tunggu sini eh. " Maria berkata sambil menarik tangan Farina untuk pergi.

" Weyh jangan tinggal aku. Nak ikut." Husna mengikuti langkah kawannya.

"Tak bolehlah. Mana boleh pergi rumah setan ramai-ramai. Tak elok. Dahlah  bye." Maria dan Farina berdesup lari meninggalkan Husna yang terpinga-pinga bersama Zharif.

Husna pasrah dengan keadaan dirinya. Haih kenapalah perangai rakan-rakannya begini. Dia tahu yang kawannya yang dua tu tak ke toilet pun tapi saja tinggalkan dia dengan musuh dia ni. Haih nasib sayang kalau tak dah campak kawan-kawannya ke dalam sangkar harimau biar kena ngap.

Masing-masing hanya diam tak berkutik bagaikan patung cendana.

Husna yang sudah bosan menunggu sahabatnya mengeluarkan phonenya lalu menaip sesuatu.

'Tak bosan ke kat sini?'

'Ting' bunyi notifikasi yang menandakan mesej masuk didengari dari telefon Zharif.

Zharif melihat nama penghantar lalu memandang Husna kemudian membalas mesej itu.

'Waalaikumussalam. Kau dah kenapa buang tebiat ke. Aku punyalah elok tercegat kat sebelah kau ni yang kau mesej pahal.'

'Ting' telefon Husna pula berbunyi. Dengan pantas dia membaca mesej itu.  Dia pun pantas membalas.

'Alah biarlah hidup saya bukan hidup awak.'

Husna merenung Zharif yang sedang membalas mesejnya.

'Ting' notifikasi yang menandakan mesej masuk berbunyi. Husna segera membuka mesej itu.

'Memanglah hidup tapi kau mesej aku jadi secara saintifiknya mengacau hidup aku. Dan lagi satu tak elok anak dara pandang anak teruna orang macamtu.'

Husna dengan segera memusingkan badannya bertentangan dengan Zharif setelah membaca mesej tersebut. Tak tau nak reaksi apa. Nak malu ke nak gelak. Rasa kelakar dengan dirinya sendiri sebab tadi tegur Batrisya ni dia yang buat. Kelakar baginya.

"Jom" ajak Zharif.

"Nak pergi mana?" tanya Husna sambil mengerutkan dahi.

"Dating." lantas Zharif menarik hujung lengan hoodie Husna untuk mengikutinya.

Husna terkejut mendengar jawapan Zharif dan dengan tindakan yang tak terduganya namun dia terpaksa mengikuti langkah Zharif yang laju itu. Nasib dia tak jatuh. Husna cuba menarik lengan kanannya namun kuat pula Zharif genggam. Disebabkan hoodie itu oversize jadi banyaklah ruang yang Zharif boleh genggam.

"Pale hotak awak nak dating. Lepaskan sayalah." Husna menarik tangannya hingga terlepas tapi malangnya dia terlanggar seseorang sehingga terjatuh.

"Aduh" Husna mengaduh perlahan sambil menutup matanya. Husna berkerut menahan kesakitan yang dia rasakan. 'Aduh sakitnya, dahlah sakit haritu jatuh tangga belum baik ni jatuh lagi. Menyesal aku tarik tangan aku tadi.' keluhnya dalam hati.

"Cik okay tak?." tanya seseorang.

'Dia boleh tanya aku sakit ke tak. Tak nampak aku tengah macam nak mati ni. Ehh tapi kenapa macam lembut sangat je suara pastu panggil aku Cik. Tak mungkin mamat tu.' Husna membuka matanya perlahan dan terpaparlah wajah seorang lelaki yang dia yakin itulah orang yang dia langgar tadi. Lelaki itu tersenyum manis.

"Cik nak saya tolong?" tanya lelaki itu sopan.

"Ehh takpa saya boleh bangun sendiri." Husna bangun dengan susah payahnya.

"Sorry tau saya terlanggar cik tadi." Lelaki itu meminta maaf.

"Ehh salah saya. Saya yang patut minta maaf." Husna menundukkan sedikit badannya sebagai tanda minta maaf.

"Ehh takpalah awak tak salah pun." Lelaki itu tidak menyalahkan Husna.

"Memang saya tak salah pun. Yang salah dia." Husna menundingkan jarinya kearah Zharif yang sedang bermain game.

Zharif yang perasan kedua manusia itu memandangnya, dia pun mengangkat kepalanya daripada telefon.

"Benda." tanyanya. Yelah tak pasal-pasal pandang. Tahulah dia hensem.

"Awaklah yang salah sampai saya terlanggar Encik ni. Yang awak boleh pulak kat situ siap main game." Marah Husna.

"Asal pulak salah aku. Kau yang tarik tangan asal. Lagi satu aku main game sebab lama sangat tunggu korang berdrama. Ni dah habis berdrama belum?" jawab Zharif dengan muka tak bersalah.

"Ehh awak tak yah gaduhlah. Benda kecil je ni." lelaki itu menenangkan mereka.

"Nasib baik ada awak. Kalau tak dah lama saya telefon polis tangkap dia ni." Husna cuba menenangkan dirinya.

"Asal nak suruh polis tangkap aku? Sebab aku dah curi hati kau eh." kata Zharif sambil smirk.

"Pale hotak awak. Memang taklah. Tak hingin saya dengan awak. Boleh mati saya." Husna membuat muka menyampah.

"Emm nama saya Zhafran. Zhafran Haziq. Awak?" lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Zhafran.

"Ouhh. Nama saya Husna. Selamat berkenalan." giliran Husna pula memperkenalkan dirinya.

"Sedap nama awak." puji Zhafran sambil tersenyum manis.

"Terima kasih." Husna menundukkan badannya sedikit tanda berterima kasih.

"Jom blah. Panaslah kat sini."  ajak Zharif sambil tangannya ligat mengipas diri sendiri.

"Awak dah gila ke apa. Ni pagi lagi baru pukul 8.30 dah kata panas. Saya punyalah sejuk." pelik Husna.

"Alah jomlah. Sebelum aku angkat kau baik kau ikut." ugut Zharif.

"Haih yelah." Husna mengalah. Kang nanti tetiba si Zharif angkat dia mati dia. Dahlah tak boleh caya dengan dia ni.

"Bye Husna. Nanti jumpa lagi ya." Zhafran melambaikan tangannya kepada Husna.

"Bye. Insya Allah." Husna melambaikan tangannya juga. Kemudian langkah cepat mengikuti Zharif yang sudah agak jauh di depan.

Sorry panjang sangat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience