Bab 3

Romance Series 3381

  Husna menunggu kehadiran Batrisya di kelas. "Mana pulak budak ni? Dah dekat sejam tunggu dia.. Dahlah tadi main tinggal je aku sensorang.... Siap dia nanti dengar lah kau bebelan aku hahahhahaha..Entah hidup entah ek dia tu... huhu jahatnya aku." bebel Husna sendirian.     

"Weyh Husna kau bebel ape hah" sergah Batrisya. "Ya Allah tercyduk aku kau tahu tak.. ni lagi satu kau pergi mana tadi dahlah kau main tinggal je aku sendu hidup aku. huhu. pastu dahlah hmmmm..." bebel Husna. "Hmm dah start dah dia ni.. Alaa sorrylah aku lupa tadi aku tunggu kau sebab.... malulah nak bagitahu kau. " balas Batrisya sambil tersipu malu. " Elehh kau malu-malu kucing konon. ape yang jadi... Baik kau bagitahu aku." pinta Husna.

  "Yelah aku bagitahulah ni. Tadikan aku sebenarnya pergi kafe dengan Iman.. hihi" terang Batrisya. "Iman mana? ooooo Iman Syakir ke? seriouslah?" Tanya Husna. Batrisya sudah mula blushing pun mengangguk. Husna mempamerkan wajah terkejut. "OMG macammana korang boleh gi kafe sesama? " Tanya Husna meminta penerangan.

"Camni kan aku tunggu kau yang lama bebenor tu dalam bilik air aku tak tahu lah kau buat apa dalam tu. Lepastu Iman Syakir pun lalu pastu dia bagi salam kat aku.. Serious muka aku dah blushing giler waktu tu tak tahu lah nervous oi.. dahlah dia senyum. dia tak tahu ke yang senyuman dia tu boleh buat aku terfell in love buat kali kedua dengan dia huhu. Pastu dia ajak aku gi kafe aku ikut jelah. Sapa taknak makan dengan crush..peluang sekali seumur hidup huhu. Pastu bila dah sampai tu kitaorang pun berbuallah tapi aku serious rasa awkward gilerr waktu tu. Rasa happy tambah dengan rasa malu.. haha . Pastu kau tahu tak dia mintak no. phone aku pastu aku cam diam je pastu dia kata tak pelah kalau tak sudi. pastu dia bagi no. phone di kat aku. Aku pun ambik. Pastu aku call yelah nak pastikan je pastu dia jawab and dia cakap tq sweetheart. Aku be like... AAAAAAWWWWWWWW I'M MELTINGG. Aku cam tak caya dia cakap camtu. Sweet kan . Pstu dia ajak aku keluar hujung minggu ni. Pastu aku setuju jelah hihi jarang dapat date ni haha perasan jap.. pstu kn dia hantar aku sampai depan kelas. bila aku masuk je kelas aku nmpk kau tengah membebel sensorang.. Itulah citer dia.." cerita Batrisya panjang lebar.. Mukanya tak habis lagi blushing dari tadi.

"AWWWWWWWW Sweetnye citermu ituu.. " balas Husna dengan muka terujanya. " Hah aku lupa nak tanya apa jadi tadi waktu aku tinggalkan kau.. Citerlah." pinta Batrisya.  "Ish kau ni yelah-yelah." pasrah Husna. Batrisya sudah mula teruja. 

Husna menceritakan apa yang sudah terjadi.

" Kau tahu tak geramnya aku dengan mamat giler tu. Dahlah main rampas je phone aku. Tadi kalau pecah phone aku tu aku campak dia dalam gunung berapi. Teman kau." marah Husna.  "Ehh asal teman aku pulk? " pelik Batrisya. "Yelah teman kau sebb kau tinggalkan aku. huh. tapi nasib sayang kalau tak aku dah humban korang dalam gunung berapi tu." balas Husna. "Hihi sorry. Tapikan kau jadi ke nak keluar dengan dia. " Tanya Batrisya. "Entahlah aku tak nak pergi tapi cam hmm entahlah malas nak pikir." jawab Husna.

"Oooo tapikan sweetlah cerita korang ni." kata Batrisya. Tiba-tiba lengannya terasa dicubit. "Ouch sakitlah" rintih Batrisya. "Hah tahu pun sakit yang kau cakap benda merepek tu kenapa." marah Husna. "Betullah sweet tau cam citer korea gitu." balas Batrisya. "Korea hang mcm cerita hantu adalah. Dahlah dia tu menyeramkan misteri lak tu" kata Husna. "Btw kau pergi tak date dengan si Iman tu." Tanya Husna pula. "Pergi kot tapi aku kena tanya abang Im dulu sebab dia kata kalau nak keluar dengan lelaki bagitahu dia." jawab Batrisya. "Ehh nama dorang sama kan Iman tapi abang sedara kau tu Iman Syafuan crush kau pulak Iman Syakir." kata Husna. "Hihi jodohlah katakan." balas Batrisya, gedik. "Gatal eh"usik Husna.

------------

Malam hujung minggu, 

Berbunyi telefon Husna minta diangkat. "Ish sapa pulak call malam-malam buta ni." marah Husna kerana deringan itu mengganggu lenanya. Baru nak mimpi kahwin dengan anak raja. Huhu.. Panggilan diangkat tanpa melihat siapa yang menelefonnya. 

"Hai Husna.." Suara yang garau serupa lelaki menyapa pendengaran Husna. Terus membulat matanya bila mendengar suara garau itu. "Siapa ni?" Tanya Husna cemas. "Kau tak save number aku ke?" Tanya pemanggil itu lagi. "Err tak " jawab Husna jujur. "Kau ni memanglah. Btw saja nak ingatkan tentang date kita esok ye.." balas lelaki itu. 'Date.' Husna teringat sesuatu. "Whatt! Awak Zharif ke?" tanya Husna terkejut. "Ye sayangku Husna." jawab Zharif. "Bende awak ni."geram Husna. "Kau mesti lupakan tentang date kita?" duga Zharif. "Sejak bila pulak saya kena date dgn awak." balas Husna. "Kau lupa ke janji kau hah.. Kau jgn pernah sesekali lupa Husna." Kata Zharif. "Ouh.. saya dah ingat tapi kita bukan date cuma keluar je untuk tebus kesalahan saya yang tak disengajakan je." terang Husna. "Yelah tak kisahlah yang penting aku anggap tu sebagai date.. Esok aku ambik kau pukul 10.00 pagi kat rumah kau. Jangan lambat pulak siap." arah Zharif. "Tapikan awak bukannya tahu rumah saya kat mana pun." kata Husna.

"Sape kata. Rumah kau banglo 2 tingkat, warna kuning. Atap kau warna merah pastu kat depan ni ada taman kecik, kolam ikan dengan kolam renang. Pastu ada kereta BMW warna kelabu satu dengan Alphard warna hitam kan.  Dan Honda City warna putih iaitu kereta kau tapi kau tak selalu guna. Biasanya kau akan naik kereta Farina atau public transpot untuk ke kolej betul?" terang Zharif panjang lebar secara terperinci dan padat. Husna dah tergamam. "Mana awak tahu alamat saya. Dan rumah saya."  tanya Husna seakan tak percaya. Ye memang betul dia tak selalu guna keretanya sebab malas nak memandu. "Hahahahh adalah.. For your information aku ada kat depan rumah kau sekarang. Kalau kau tak percaya tengoklah kat luar rumah kau ni." kata Zharif dengan selamba. Husna sudah terkejut bergegas ke tingkap biliknya.

Diselak langsir sedikit dan dia nampak dengan jelas ada seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan hoodie yang menutupi kepalanya sedang bersandar di kereta hitamnya sambil memegang telefon. 'Gila ke apa lelaki ni Ya Allah pukul 3.00 pagi depan rumah orang.' desis hati Husna. "Percaya tak?" tanya Zharif. "Awak ni dah gila ke apa hah pukul 3.00 pagi terpacak kat depan rumah orang." marah Husna. "Hahahhahahha.. saje je lagipun aku cuma nak pastikan yang kau keluar dengan aku esok je. Kalau kau tak nak keluar dengan aku esok aku boleh je bagi salam depan rumah kau ni biar mak bapak kau bangun pastu aku cakap jelah yang kau suruh aku datang huh." kata Zharif bangga kerana rancangannya berjaya. "Awak tak payah buat kerja gila eh. Saya pergi ngan awak esok, tapi awak kena balik sekarang. " arah Husna. "Kalau aku taknak" kata Zharif seakan mencabar. 

"Ish pape jela awak ni malas saya nak layan saya dahlah ngantuk pastu kena layan awak yang gila tahap dewa ni. Dahlah bye. Assalamualaikum. " balas Husna geram. " hahahah yelah bye goodnight sayang hahahah. Waalaikumussalam. " ujar Zharif bahagia. Husna dengan pantas mematikan panggilan. " Ingatkan tak reti jawab salam huh." kata Husna sendirian. "Tapi macammana dia boleh tahu rumah aku hah. Dan macammana dia boleh lepas guard. " pelik Husna. "Arghhhhhh pape jelah aku ngantuk ni. Baik aku tidur dari pikir pasal tu." malas Husna. Beberapa saat kemudian, Husna sudah lena dibuai mimpi. Ngantuk betul lagaknya. 

-----------------

Pada pagi itu, Husna bangun seperti biasa pukul 6.00 pagi walaupun matanya berat nak dibuka tapi terpaksa juga untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat, Husna terus tidur balik walaupun tak elok tapi nak buat macammana dah terlampau ngantuk. 

Beberapa jam kemudian, 

Tepat pada pukul 9.30 pagi Husna terjaga dari lenanya. Husna menggapai telefonnya dan melihat jam. "Ouh baru pukul 9.30a.m." kata Husna. Kemudian dia menjerit. "hah 9.30a.m OMG aku dah lambat. Alahai Husna kenapa kau ni terlajak tidur ni. Kan dah lambat." bebel Husna sendirian. Dia bergegas ke bilik air untuk mandi. 15 minit kemudian, dia keluar dari bilik air terus ke almari bajunya mencari baju yang tak perlu digosok. Dicapainya palazzo hitam dan blouse pink pastel berbunga merah. Setelah selesai, dia memilih tudung bawal berwarna merah. Nasib baik ada tudung yang dia dah gosok. Tanpa membuang masa Husna terus meratakan compact powder keseluruh mukanya dan memakai lip bum di bibirnya. Husna memang tidak suka memakai make up walaupun ada je mamanya belikan dia barang make up tapi dibiarkan saja biar jadi perhiasan. Kemudian dia memakai style yang paling mudah dan cepat.

Tiba-tiba kedengaran suara ibunya kedengaran dari bawah. "Mayyah cepat sikit bersiap tu kawan kamu tengah tunggu kat bawah ni" jerit Puan Suria. Terkejut Husna. 'Takkanlah' bisik hati Husna. Husna dengan pantas terus turun kebawah untuk pastikan sama ada sangkaan dia betul atau tidak. Malangnya sangkaan dia sangatlah tepat. Terlihat Encik Idan sedang berbual mesra dengan manusia bernama Muhammad Zharif Isaac.

Zharif hanya memakai hoodie putih dengan seluar hitam Bersama dengan topi putih yang melengkapkan lagi pemakaiannya. Walaupun simple tapi cukup menarik. " Hah turun pun. Kenapa bangun lambat ni. Kesian Zharif dari pukul 8.00 pagi tadi dia tunggu Mayyah tau. Siap breakfast lagi dengan kami. Mayyah belum breakfast lagi kan nah makan ni. Ni pun tadi Zharif yang tolong ibu masak tau. Nak harapkan kamu lambat lagi." terang Puan Suria panjang lebar. Lagi terkejut Husna dibuatnya.

'Seriouslah awalnya datang pukul 8.00 a.m. Tapi yang pelik lagikan ajaib ni. Macam mana ibu ngan ayah ni boleh sesenang je bagi si Zharif ni masuk. Setahu aku ibu ngan ayah tak suka aku nak keluar dengan lelaki ni lagi lagi berdua pastu dorang bukannya layan sangat lelaki yang dorang tak kenal. Ni siap tolong masak lagi ni. Aish demam lah mak bapak aku harini. ' bebel hati Husna. "Apa yang dimenungkan tu makanlah cepat." tegur Puan Suria. Yelah dari tadi Husna termenung sambil pandang Zharif macam nak telan lagaknya. Husna cepat-capat memakan sarapan paginya. Setelah selesai makan, mereka meminta izin untuk keluar.

------------

Sesampainya di mall,

"Kita nak pergi mana je ni?" tanya Husna. "Jom tengok wayang ada citer baru." balas Zharif. "Errr okay jugak tu dah lama saya tak tengok wayang." setuju Husna. Mereka pun pergi ke panggung wayang. Sementara Zharif memilih cerita, Husna membeli popcorn sebagai kudapan ketika didalam nanti. 

"Awak ni bukan cerita pasal serial killer ke?" tanya Husna. "Haah kenapa? Kau tak suka ke cerita camni. Kalau aku memang suka cerita pembunuhan ni." balas Zharif sambil tersenyum manis. Errr sebenarnya senyuman yang lebih kepada menyeramkan. "Ouh okay eh jomlah kita masuk dah nak start tu." kata Husna menghilangkan perasaan seram. 'Huh takutlah tu' perlahan saja kata Zharif. 

Sepanjang tayangan filem, ramai yang menjerit melihat kekejaman si pembunuh itu. Husna berpaling menghadap Zharif. Kelihatan Zharif sedang khusyuk menonton filem itu tapi yang memelikkan Husna ialah kelihatan Zharif tersenyum kemudian gelak kecil bila pembunuh itu melakukan pembunuhan. Tiba-tiba Zharif berpaling menghadap Husna. Husna dengan pantas memalingkan mukanya ke hadapan. Nasib tak terseliuh. Husna sambung menonton filem walaupun sebenarnya fikirannya sedang memikirkan perasaan malu yang amat . Sampaikan blushing pipinya. 

Setelah filem tamat, 

"Jom makan aku lapar." ajak Zharif. "Err okay." setuju Husna. Husna memegang perutnya. Perutnya memang sudah berbunyi minta diisi. 

Husna memilih untuk makan sushi sahaja. Dah lama dia tak makan sushi. Heheh. Nasib Zharif pun setuju. Sunyi sahaja suasana meja selain daripada bunyi chopstick. "Err cerita tadi tu seram jugak kan." Husna cuba menceriakan suasana. "Tak seram langsung, lawak adalah." jawab Zharif bersahaja. Husna kebingungan. " Apa yang lawaknya. Rasanya takda part yang lawak pun." bingung Husna. "Part yang mangsa tu mintak tolong tu lawak tau. Dah tahu diri tu tak dapat lepaskan diri buat apa nak jerit mintak tolong  tapi last-last mati jugak. Hahahah padan muka. " balas Zharif sambil ketawa. Husna rasa nak sepak pun ada si Zharif ni. Orang kesian dia boleh gelakkan. Dasar gila mamat ni.  "Cepat makan aku nk balik." Kata Zharif. "Ehh cepatnya" pelik Husna. "Yelh takkan kau nak keluar dengan aku 24 jam. Ke kau mmg nk spendtime dengan aku. Huh." Tebak Zharif sambil tersenyum sinis. "Ehh mane ade jomlh balik." Blushing Husna dibuatnya.

Macam mana ok tak. Tunggu tau apa yang jadi nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience