Bab 4

Romance Series 3381

Setelah Husna sampai dirumahnya, dia mendapat mesej dari Mr. Psycho. Ya, dia save nombor Zharif dengan nama 'Mr. Psycho' sebab perangai Zharif memang macam orang psiko dan gila yang baru keluar tanjung rambutan.

Berkerut muka Husna membaca mesej tersebut.

-thanks temankan aku harini sayang. Best dapat spendtime dengan kau. Nanti kita date lagi ok. Lagipun aku dah minta permission dari mak ayah kau. So, no excuse baby.????- Mr. Psycho

Macammana, bila, bagaimana, apakah... Husna buntu. Apa jadi ni. Dia pun bergegas berjumpa dengan ibu dan ayahnya.

"Ibu, Zharif ..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Puan Suria sudah mencelah.

"Tadi dia ada minta izin ibu dengan ayah nak bawa Mayyah keluar lagi kalau ada masa lapang. Pastu ibu dengan ayah bagi jelah sebab ibu tengok budak Zharif tu baik budaknya, hormat orang tua, berbudi bahasa, baik pulak tu jadi takda masalahlah untuk ibu benarkan. " panjang lebar Puan Suria berkata. Husna sudah terdiam.

"Ibu, macammana pagi tadi dia boleh masuk rumah kita?" Tanya Husna.

"Ooo dia haritu dia datang rumah dia kata dia jiran kita rumah dia kat hujung tu pastu dia cakap dia kawan Mayyah pastu dia minta izin bawak Mayyah keluar, jadi ibu dengan ayah bagilah sebab dah kenalkan. Dekat je rumah dia dengan kita rupanya." Terang Puan Suria.

Husna sudah tercengang. 'Seriouslah dia duduk dekat sini patutlah dia boleh lepas guard uish. Makin bahaya ni. Ibu dengan ayah dah bagi restu mesti dia makin berani ni.' bisik hatinya.

"Macam mana date tadi?" tanya Puan Suria secara tiba-tiba yang mampu membuatkan Husna hampir terbatuk.

"Sejak bila pulak Mayyah date ni keluar makan je pun." balas Husna.

"Alaa apa salahnya kalau date sekalipun ibu tengok si Zharif tu elok budaknya hensem, tinggi, kaya, pandai pulak tu. Pastu rajin tolong orang, hormat orang baik pulak tu. Uish kalau jadi menantu sesuai tu." Puji melambung Puan Suria.

"Haah baik sangat." Bisik Husna perlahan. "Apaa ibu tak dengar." tanya Puan Suria meminta anaknya mengulang.

"Takda pape cuma melambung-lambung eh ibu puji dia. Anak ibu ni jarang ibu puji huhu." Kata Husna sambil mencebik.

"Alah.. memang patut pun dia tu dipuji, kamu ni dahlah malas nak tolong ibu kat ruamh ni..pas.." bebel Puan Suria tergendala.

"Uwarghhh.. ibu Mayyah ngantuklah Mayyah gi tidur dulu eh dah lewat ni. Good Night sayang ibu. Muahh." Pintas Husna mahu larikan diri. Dia dengan pantas naik masuk ke biliknya.

"Dah buang tabiat ke apa anak aku ni?" Puan Suria memandang tingkap kemudian telefonnya. "Baru pukul 5 petang dia dah ngantuk?? Pastu siap kata Good Night lagi. Sah anak aku dah gila. Haish." keluh Puan Suria. Tak sangka anaknya muda-muda dah gila.

"Yang kamu ni kenapa mengeluh." Tanya Encik Idan yang baru sampai disitu.

"Takdalah bang saya rasakan saya kita tu dah gila."balas Puan Suria.

"Haish apa awak ni."kata Encik Idan. " Tadi saya bual dengan dia pastu bila saya nak bebel dia cakap dia ngantuk dah lewat siap kata good night lagi. Tapi masalahnya sekarang ni baru pukul 5 petang. Dah kenapa dengan si Mayyah tu lahai." Terang Puan Suria.

"Tu bukan gila namanya dia nak lari je dari awak." balas Encik Idan.

"Dah kenapa nak lari." Pelik Puan Suria. "Kalau saya pun saya lari." Berkata Encik Idan perlahan.

"Apa abang cakap tadi?" Tanya Puan Suria. "Erghh takda papelh. Saya naik dululah saya ngantuk nak tidur." Jawab Encik Idan.

Dia pun berlalu meninggalkan isterinya disitu. "Bukan tadi dia bukan baru bangun ke? Takkan nak tidur lagi kot? Haish anak beranak dah gila. Nanti entah-entah aku pun boleh jadi gila layan dorang ni. " bebel Puan Suria sendirian.

OKAY TAK CERITA NI? TUNGGU TAU BAB SETERUSNYA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience