Bab 10

Romance Series 3381

Suasana kecoh diluar kafe' itu menarik perhatian Husna untuk melihatnya. Perlahan langkahnya menuju ke pintu kafe' tersebut. Matanya liar melihat apa yang telah terjadi. Dirinya dapat melihat yang ada sekujur tubuh yang telah terbaring dengan dipenuhi darah. Namun dia tidak dapat melihat gerangan orang itu. Tiba-tiba dia dapat melihat dengan jelas wajah mangsa. Dengan pantas dia berlari dan menyelit dicelah-celah orang ramai disitu. Dia mendekati tubuh yang terbaring lemah itu seraya dia terduduk lemah ternyata memang betul sangkaannya. Mangsa itu merupakan Farish. Orang yang baru dijumpanya tadi. Tidak sangka perkara sebegini terjadi. Dari jauh kedengaran siren ambulans sedang menuju ke kafe' itu.

Husna hanya mampu mengalirkan airmata sahaja ketika Farish sedang diuruskan oleh petugas kesihatan itu.
Dia diminta menemani Farish hingga ke hospital kerana dia adalah orang terakhir yang menemui Farish sebelum kemalangan.

Pihak polis juga sudah penuh disitu melakukan siasatan di tempat kejadian. Farish disyaki dilanggar lari. Keadaan lebih menyulitkan untuk membuat siasatan kerana cctv di kawasan tersebut mengalami masalah  teknikal yang menyebabkan pihak polis tidak dapat melihat semula kejadian.

Husna asyik mundar-mandir diluar wad kecemasan sambil otaknya ligat mencerna apa yang sedang berlaku. Dia tidak tahu untuk memberitahu perkara itu kepada siapa kerana Farish sudah kehilangan ibu bapanya  sedari kecil. Dia hanya mempunyai seorang kakak sahaja tapi kakaknya sedang melanjutkan belajar di Amsterdam. Husna tahu semua itu disebabkan dia dah rapat dengan Farish sehingga menganggapnya sebagai abang sendiri. Kakak Farish iaitu Kak Dayah sendiri pun sudah rapat dengan Husna jadi dia tahulah serba sedikit keluarga diorang.

Kusut Husna memikirkannya. Nak bagitahu saja dekat Kak Dayah takut dia risau pastu tergesa-gesa balik. Dah lah tahun ni tahun last dia. Nak bagitahu ibu ayahnya pula. Ayahnya kerja, ibunya pula mesti sibuk dekat rumah. Lagipun dia tak nak risaukan ibu ayah dia. Kang tak pepasal dia yang kena marah.

Husna memutuskan untuk diamkan sahaja perkara ini terlebih dahulu. Nanti sajalah dia beritahu. Dia akan selesaikan benda ni sendiri. Dia tak nak menyusahkan semua orang.

Seketika kemudian doktor yang merawat Farish keluar dari wad kecemasan itu. Husna bergegas mendapatkan doktor tersebut. Dia ingin menanyakan tentang keadaan Farish.

"Doktor macammana dengan Farish?" tanya Husna gelabah.

"Awak waris dia ke?" tanya doktor itu pula.

"Tak. Saya kawan dia. Saya Husna. Jadi dia okay tak?" tanya Husna lagi.

"Nama saya Doktor Rifqi. Nampaknya kesan dari kemalangan itu, dia kehilangan darah yang sangat banyak dan juga terdapat kesan hentakan yang kuat pada kepala dia. Peluang dia untuk hidup hanyalah 50 percent sahaja. Dan jika dia hidup,akan ada kemungkinan dia akan mengalami koma selama beberapa bulan serta ada kemungkinan dia akan mengalami amnesia ketika bangun kelak. " terang Doktor Rifqi tentang keadaan Farish dengan sekali nafas.

Husna sudah terkejut tambah dengan tercengang. 'Rap ke apa doktor ni laju nau cakap tu' tanya Husna dalam hati.

"Habistu macam mana ni doktor?" soal Husna cemas.

"Kami sedang cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan dia. Cuma kami tidak menjumpai darah yang sesuai dengan darah dia. Kami kehabisan stok darah jenis itu di hospital ini." kata Doktor Rifqi.

"Darah jenis apa tu doktor?" tanya Husna. Dia berharap darahnya sama.

"Jenis O. Kenapa darah kamu sama jenis ke dengan dia?" tanya Doktor Rifqi meminta kepastian.

'Alah tak sama. 'rungutnya dalam hati.

"Erghh tak sama doktor. Darah saya jenis A." Husna mempamerkan muka kecewa.

"Kalau macam tu. Takpalah saya akan cuba selamatkan dia. Kamu jangan risau ya." ujar Doktor Rifqi itu. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Husna sebelum berlalu pergi.

'Doktor Rifqi ni dah kenapa senyum macam tu. Macam senyum nak cairkan orang gamaknya. Hmm. Dia hensem lah juga, tinggi, baik, pandai pula tu. Doktor kan takkan tak pandai. Mata dengan senyuman dia tu yang boleh buat para gadis cair. Tapi kan hmmm Zharif Isaac lagi hensemkan. Dahlah tinggi pastu mata dia unik sangat warna hazel macam dia. Sejuk je mata memandang. Ehh Husna apa benda merepek kau cakap ni. Kau demam ke apa. Tetiba pulak masuk pasal Zharif. Kau kena ingat dia adalah musuh nombor satu kau. Jangan lupa. Haish. ' monolog Husna sendiri sambil mengibas-ngibas kedua tangannya. Serupa orang tak betul. Nasib tak da orang yang melihatnya kalau tak dah lama dia masuk dalam Tanjung Rambutan.

' Yang Farish ni pun satu kenapalah kau darah O. Tau tak darah O tu susah nak cari. Haish.' monolog Husna lagi.

"Cik Husna." tegur satu suara garau.

Sorry ye lambat. Ada masalah sikit sebelum ni. Maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience