Bab 6

Romance Series 3381

Husna bersembunyi disebalik dinding bersama seseorang.

"Mayyah, Mayyah duduk sini bersembunyi kat sini. Zahin kena pergi sana tau. " arah Zahin.

"Zahin jangan pergi sana bahayalah. " halang Husna. Tubir matanya sudah mula mengalirkan air matanya.

"Mayyah, dengar cakap Zahin. Zahin kena pergi selamatkan dia kalau tak kesian dia nanti. Takpa Zahinkan kuat boleh lawan orang jahat. Lagipun dia sorang je. Zahin nak selamatkan perempuan tu ok. Mayyah, maafkan Zahin kalau Zahin ada buat salah dengan Mayyah dan Mayyah kena janji dengan Zahin yang Mayyah akan kuat walau apa pun jadi lepas ni. Maafkan Zahin. Zahin buat ni pun untuk keselamatan Mayyah. Bye Husna Sumayyah. " pujuk Zahin lagi dan berlalu pergi.

Husna cuba menarik lengan Zahin namun gagal. Dia pun membiarkan kepergian Zahin diiringi dengan air mata.

Tiba-tiba dia terdengar ada orang bergaduh. Dia pun menjengah ternyata Zahin bersama dengan seorang lelaki memakai pakaian hitam dan juga pelitup muka hitam beserta topi, jadi dia tidak dapat mengecam rupa orang tersebut. Di belakang orang itu ada seorang perempuan yang sedang menutup mukanya menggunakan lututnya.

Dengan tak semena-mena lelaki misteri itu mengeluarkan sebilah pisau kemudian, merodok perut mangsanya iaitu Zahin.

Husna sudah menggigil hendak saja dia menjerit namun, mulutnya bagaikan terkunci dan kakinya pula seperti lumpuh tidak mampu berdiri.

"Mayyahhhhh!! " jerit Zahin kuat sebelum rebah mencium tanah.

"Zahinnnnn!! " jerit Husna kuat sebelum terjaga dari mimpinya.

Tiba-tiba ada suara menyapa "Bye dear. " Husna tercari-cari suara tersebut namun bilik tidurnya itu hanya ada dirinya.

Itu adalah suara yang sentiasa menghantui dirinya. Suara yang telah merenggut kebahagiaannya. Suara itu dimiliki oleh pembunuh Zahin Irsyad.

Husna menangis teresak-esak kerana dia berasa sedih dan takut yang amat. Peristiwa kelam itu sentiasa menghantuinya sampaikan dirinya disahkan mengalami Post-traumatic stress disorder (PTSD).

Empat tahun dia mengalami trauma yang amat sampailah sekarang. Dulu, dia sentiasa bermimpi mimpi yang sama hari-hari. Setiap kali pejamkan mata, peristiwa itu bagaikan diulang tayang di hadapan matanya. Namun sekarang, mimpi itu sudah tidak datang lagi tapi tiba-tiba saja datang yang mengembalikan rasa takutnya.

"Zahin, maafkan Mayyah sebab Mayyah tak sempat selamatkan Zahin. Mayyah tak halang Zahin waktu tu. Kalau tak mesti Zahin masih ada dengan Mayyah..isk.. isk . " tangis Husna.

Zahin adalah orang yang terakhir memanggilnya dengan nama Mayyah. Semenjak peristiwa itu, Husna tidak bagi sesiapa pun memanggilnya dengan nama Mayyah kecuali ibubapanya sebab bagi dia panggilan tu mengingatkan dia tentang Zahin.

Husna berjalan perlahan sambil mengusap air matanya daripada terus gugur. Dia menuju ke bilik air mengambil wudhuk untuk menunaikan solat tahajud memandangkan jarum jam baru menginjak ke pukul 4 pagi.

Selesai solat, dia berdoa supaya Zahin tenang kat sana dan memohon agar Allah menguatkan hati dia, mental dia dan juga fizikal dia untuk melalui semua itu. Agar dia terus kuat untuk melawan memori silamnya dari terus menghantuinya.

Kemudian, dia mengeluarkan sebuah kotak yang agak besar dari bawah katilnya. Dia mengambil patung unicorn yang bersaiz sederhana kemudian, memeluknya erat. Dan perlahan matanya mengalirkan air mata kemudian, dengan perlahan dia pun terlelap.

Jam tepat menunjukkan pukul 6 pagi. Husna pun bangun dari lenanya selepas mendengar jam locengnya berbunyi. Dia pun segera pergi ke tandas lalu membersihkan dirinya dan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat subuh.

Setelah selesai solat, dia mengeluarkan sebuah kotak yang lebih kecil dari dalam kotak besar tersebut. Dia membuka kotak tersebut lalu tersenyum. Di dalam kotak tersebut terdapat sepasang baju kurung cotton berwarna pink pastel dan juga bunga yang berbagai warna menghiasi baju tersebut dipadankan lagi dengan tudung bawal berwarna pink. Husna terus memakai baju kurung tersebut dan memakai tudung setelah menggosoknya.

Husna berdiri di depan cermin sambil meneliti baju yang dipakainya sambil tersenyum. Namun, sekelip mata sahaja air matanya mengalir ke pipi putihnya. Husna mengelap air matanya kemudian turun ke bawah untuk bersarapan sebelum ke destinasi yang hendak ditujunya.

"Wah ayunya anak ibu harini nak pergi mana? Bukan takda kelas ke?" tanya Puan Suria.

"Lepas sarapan ni Mayyah nak pergi melawat kubur Zahin, ibu. " jawab Husna tenang. Cuba menjadi kuat di depan ibubapanya. Wajah kedua ibubapanya sudah berubah riak.

"Ooooh. Mayyah pergi sorang jeke? " tanya Puan Suria lagi.

"Haah. Mayyah memang nak pergi sorang je. " ujar Mayyah dengan senyuman yang dipaksa.

"Hati-hati tau Mayyah. Mayyah kuatkan diri ye sayang. Mayyah kan kuat. " pesan Encik Idan.

"Ok ayah. Ibu dengan ayah jangan lah risau. Mayyah dah ok. Mayyah janji Mayyah takkan jadi macam dulu. " Husna menyakinkan ibubapanya.

"Dah makan. Ni ibu masak makanan favourite Mayyah. Kuew tiaw goreng. " kata Puan Suria menghilangkan suasana yang tegang sebentar tadi.

"Wah sedapnya." Husna makan dengan berselera sambil diperhatikan oleh kedua ibunya.

Setelah selesai makan, Mayyah pun meminta izin untuk pergi ke destinasinya.
. .
. .
. .

Husna berjalan perlahan menyusuri kawasan perkuburan tersebut untuk pergi ke kubur arwah Zahin.

"Assalamualaikum. Hai Zahin Irsyad. Mayyah datang ni melawat Zahin. Dah lama Mayyah tak melawat Zahin kan. Sorry.. " Husna sudah mula mengalirkan air mata.

"Zahin, Mayyah pakai baju dengan tudung yang Zahin bagi kat Mayyah waktu birthday Mayyah dan ni jugalah last hadiah yang Zahin bagi kan. Zahin nak sangatkan tengok Mayyah pakai baju ni. Mayyah dah pakai ni. Terima kasih tau bagi hadiah ni dekat Mayyah. Mayyah suka sangat. " ujar Husna sambil teresak-esak menangis.

Kemudian, dia pun memulakan bacaan yassin. Setelah selesai, dia mengusap batu nisan yang bertulis 'Muhammad Zahin Irsyad bin Muhammad Izhar' itu.

"Zahin nak tahu tak kat kolejkan ada sorang ni tau nama dia Zharif Isaac. Mayyah tak tahulab kenapa dengan dia. Asyik kacau Mayyah je takda kerja. Tapikan bila Mayyah dekat dengan Mayyah rasa something yang Mayyah sendiri tak tahu. Mayyah rasa sayu je hati ni. Entahlah. Tapikan Mayyah geram sangat dengan dia. Rasa nak tumbuk je muka dia yang nak kata hensem entahlah Mayyah pun tak tahu. Dia dengan Zahin banyak beza tau. Zahin cakap lembut je pastu muka tu asyik senyum yang dia ni cakap punyalah kasar pastu muka tu dingin je. Kalau senyum pun tak habis senyum sinis dia tu. " rancak Husna bercerita tentang Zharif.

Husna tersenyum sendiri dan mengusap-usap batu nisan yang ada disitu. Dengan tak semena-mena air matanya mengalir lagi.

"Mayyah nak minta maaf dengan Zahin tau kalau Mayyah ada buat salah pada Zahin. Mayyah akan cuba jadi kuat untuk Zahin." Husna tersenyum sambil mengelap air matanya.

"Mayyah pergi dulu eh. Nanti Mayyah datang lagi tau. Bye. Assalamualaikum Zahin." Husna bangkit dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu dengan hati yang luluh.

Tanpa disedari seseorang telah melihat semua apa yang Husna lakukan ketika berada dikubur Zahin tadi.

'Takkanlah...' getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience