Bab 12

Romance Series 3381

Husna memusingkan badannya. menghadap suara yang memanggilnya. Terlihat susuk tubuh yang tinggi memakai kot putih sedang tersenyum menghadapnya.

" Kenapa ya doktor?" tanya Husna kepada Doktor Rifqi.

"Saya ada berita baik nak bagitahu. Kita dah dapat dah penderma darah untuk Farish." kata Doktor Rifqi kepada Husna sambil tersenyum.

"Alhamdulillah syukur. Siapa yang dermakan darah tu doktor?" tanya Husna.

"Dia tak bagi saya bagitau awak tapi yang saya boleh bagitau dia pakai baju hitam. Tadi dia kata nak singgah ward Farish." terang Doktor Rifqi lagi.

'Mungkin tadi tulah orang nya.' fikir Husna. Mungkin lelaki tadilah yang dermakan darahnya untuk Farish.

" Husna awak okay? " tanya Doktor Rifqi apabila melihat Husna hanya mendiamkan diri.

" Saya okay. " jawab Husna ringkas.

"Hmm doktor. Saya rasa saya nak balik rumah sebab takut parents saya risau lagipun dah malam. Nanti kalau ada apa yang jadi doktor call saya tau. Bye." pamit Husna pulang.

"Ha yelah. Memang patut pun awak balik. Memang lah parents awak akan risau kalau anak dara dia yang cun melecun ni balik lewat. Bye." balas Doktor Rifqi sambil membuat senyuman yang menjengkelkan.

"Erkk Assalamualaikum. Saya balik dulu." Husna menunduk dan terus berlalu pergi tanpa menunggu Doktor Rifqi bercakap apa-apa. Tak tahulah kenapa dia rasa tak selesa bila ada dekat dengan Doktor Rifqi. Rasa bulu roma tu menegak je. Haihh.

"Waalaikumussalam. Bye Dear." balas Doktor Rifqi memerhatikan gerak langkah Husna yang menjauhinya sambil mengukirkan senyuman yang agak menjengkelkan.

.
.
.

Husna memandu keretanya menuju kerumahnya. Sekarang sudah sekitar jam 9.00 malam. Lama juga urusannya di hospital tadi. Banyak yang perlu diuruskan. Kebiasaannya ibu dan ayahnya mesti akan tanya kemana jika dia pulang lambat. Nasib tadi sempat dia beritahu ayahnya yang dia ada hal tak lah lama dia kena soal siasat pastu adalah orang yang lindungi dia daripada bebelan ibunya itu. Ibu dan ayahnya sangat menjaga dan memantau kemana dia pergi. Dia tahu ibu dan ayahnya risau akan dirinya jadi dia tidak pernah mempertikaikannya. Lagipun ibu dan ayahnya taklah mengokong sangat aktivitinya cuma mereka hendak tahu sahaja lokasi dirinya di mana. Walaupun dah 24 tahun dia hidup tapi ibu bapanya senantiasa menjaga dirinya bagaikan budak darjah 1. Bak kata ibunya, mereka akan tetap begitu sehinggalah dia kahwin yelah umur dah 24 dah tua tapi tak kahwin kahwin. Haih nasib.

Husna menukar channel radio untuk mencari lagu yang best untuk menemaninya ketika memandu dalam kesesakan lalu lintas ini. Biasalah Kuala Lumpur kan selalu sesak.

Tiba-tiba tangannya berhenti apabila terdengar lagu yang sudah lama dia tidak dengari di telinganya. Lagu yang menjadi kisah silamnya. Lagu yang banyak menyimpan kenangannya bersama dia. Kenangan pahit, manis semuanya. Lagu yang pertama kali dinyanyikan oleh dia untuknya. Lagu yang dia persembahkan untuknya semata-mata hendak menarik perhatiannya.

Air matanya mula bergenang. Beberapa detik kemudian, air matanya mula membasahi pipinya.
Sungguh. Dia tidak kuat untuk menahan perasaan dihati. Perasaan rindu, geram, marah, kesal semuanya bergabung yang membuatkan dirinya tidak kuat menahan gelora. Perasaan marah dan geram pada diri sendiri mula timbul kerana tidak dapat mengawal perasaannya sendiri serta telah memungkiri janji yang dia buat dulu. Namun apakan daya dia hanya manusia biasa yang tak kuat melawan rasa.

Dia mengamati bait-bait lirik serta alunan melodi dari lagu itu yang sungguh menyayat hatinya meskipun lagu itu sepatutnya lagu yang ceria.

.
.
.
.
.

Husna memakirkan keretanya di tempat parkir rumahnya. Jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 9.45 p.m. Lama juga perjalanannya dari hospital ke rumahnya. Semuanya disebabkan kesesakan tadi. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit, sudah memakan masa 30 minit lebih.

"Assalamualaikum." baru saja memberi salam, pintu rumahnya sudah terbuka dan terpacullah muka ibu kesayangannya.

"Waalaikumsalam. Mayyah baru balik?. Mayyah pergi mana sampai malam ni, dahlah tak bagitau ibu. Ibu risau tau." tanya Puan Suria bertubi-tubi sambil tangannya menarik lengannya anaknya kedalam kemudian menuju je sofa.

"Mayyah tak pergi manapun. Saja jalan-jalan ambil angin. Dah lama Mayyah tak jalan-jalan keliling KL ni." tipu Husna. Buat masa sekarang dia tak nak beritahu apa yang jadi. Tak nak ibunya risau nanti.

"Betul ni. Tak tipu ibu kan." Puan Suria minta kepastian. Naluri keibuannya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Yelah ibu. Betul. Takkanlah anak ibu yang comel ni nak tipu ibu kan." kata Husna sambil membuat muka comelnya. Dia cuba meraih kepercayaan ibunya.

"Okaylah ibu percaya. Dahlah pergi naik atas mandi pastu makan. Ibu dah masak tu." suruh ibunya.

"Yelah. Mayyah naik dulu tau." Husna terus menaiki tangga untuk menuju kebiliknya.

Dalam tak sedar, ibunya memerhatikan gerak gerinya dengan pandangan yang sayu.

"Kalaulah dia tahu kebenarannya." kata Puan Suria sambil menghela nafas berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience