Prolog

Romance Series 3381

"Nur Husna Sumayyah!! Turun sekarang!!" panggil Puan Suria menyuruh anak gadisnya turun untuk sarapan bersama-sama.

"Ye ibu! Mayyah turun ni!" sahut Husna.
Husna cepat-cepat turun kerana takut emaknya akan membebel kepadanya kerana lambat turun makan.

"Selamat pagi ibu, ayah." sapa Husna. Husna merupakan anak tunggal Encik Idan dan Puan Suria.

"Selamat pagi, Mayyah. Lambat kamu bangun harini ye?" Ujar Encik Idan. Husna hanya senyum seperti kerang busuk.

"Kamu ni Mayyah dah anak dara pun masih bangun lambat. Umur tu dah 21 tahun. Dah boleh kahwin, tapi masih bangun lambat, bukannya nak tolong ibu buat breakfast." Bebel Puan Suria. Marah dia dengan anak daranya ini sudah besar pun masih tak nak tolongnya.

"Ish merepeklah ibu ni. Ada-ada je. Mayyah masih mudalah. Lagipun Mayyah bukannya ada boyfriend pun, crush pun takda. Lagipun kan Mayyah dah cakap yang Mayyah nak fokus study dulu. Bila dah habis nanti barulah Mayyah carikan ibu menantu hihi." Balas Husna.

Husna memang sudah berhasrat hendak habiskan belajar dan berjaya barulah mencari pasangan hidup.

"Ha iyalah Mayyah. Ayah sokong apa yang Mayyah rasa Mayyah patut buat yang penting mestilah keputusan yang baik." ujar Encik Idan.

"Kalau ye pun nak kahwin lepas habis study, kamu tolonglh ibu ni kat rumah. Tolong masak ke, kemas rumah ke, ni tak bila disuruh baru dibuat." Geram Puan Suria dengan anaknya itu.

"Tapi Mayyah tolong jugakkan ibu. Mayyah pandai masak tau. Kemas rumah pun Mayyah pro." bangga Husna.

"Hish memanglah kamu tu pandai masak, pandai kemas rumah semua itu ibu tau, tapi kamu tu jenis yang kalau disuruh baru nak buat." Balas Puan Suria.

Encik Idan menggeleng melihat telatah isteri dan anaknya. Kalau sehari tak perang mulut memang tak sah.

"Sorrylah ibu, okay lepasni Mayyah akan rajin tolong ibu kat rumah masa takda kelas eh." pujuk Husna. Nanti takut makin besar perang mulut ni.

"Ha Mayyah kamu tak ada kelas ke harini?" Tanya Encik Idan.

"Ha'ah tak ada ayah kenapa?" Balas Husna.

"Ohh takde papelah" ujar Encik Idan.
Dia sebenarnya hendak menghentikan perang mulut anak dan isterinya saja.

Seusai sarapan, Husna bersiap untuk keluar bersama kawan-kawannya, memang menjadi kebiasaan mereka akan pergi berjalan-jalan jika tiada kelas.

Husna hanya mengenakan palazzo hitam dan juga blouse warna pink pekat dipadankan dengan tudung bawal berwarna pink cair. Husna memang suka memakai baju yg simple dan selesa untuknya pakai.

"Pinnnnnnn" bunyi hon kereta Farina kedengaran. Husna pun mencepatkan lagi langkah kakinya ke kereta Farina. Kalau lambat tak naya dia kena bebel dengan Farina. Badan je kecil tapi kalau membebel fuhh nombor 1.

"Husna asal lambat" tegur Farina. Ibubapa Husna akan memanggilnya Mayyah tapi bila bersama kawan-kawannya akan memanggilnya dgn panggilan Husna.

"Alah sorrylah aku lambat seminit je"balas Husna.

"Hish kau ni kalau jem aku salahkan kau faham" ugut Farina.

"Yelah yelah"ujar Husna pasrah.

Batrisya dan Maria sudah ketawa kecil melihat Farina yg memarahi Husna.

"Yang korang asal ketawa, ada yang lawak ke?" tanya Farina. Orang serious boleh pulak dia gelak.

"Tak delah comel tengok kau marah Husna tadi.." balas Batrisya.

"Kau baru tau ke yang aku ni memang comel." Balas Farina memuji diri sendiri.

'Dah mula dah' bisik hati Husna.

20 minit kemudian mereka sampai di mall. Mereka bercadang hendak pergi ke kedai buku mencari bahan rujukan.

Sampai di kedai buku, Husna dengan cepatnya mencari novel bergenre misteri. Dia memang gemar akan misteri sebab dia sangat gemar menyiasat.

"Oi Husna kita datang sini nak cari buku rujukan yang kau ni sibuk dengan novel misteri kau tu." bebel Farina.

"Alah biarlah dia Rina. Kau cakap pun bukannya dia kisah. Lagipun kan guna duit dia." Balas Maria.

"Alah kau cakap orang tapi yang kat tangan kau tu apa bukan novel?." tanya Husna. Farina sudah tersenyum malu.

"Hish korang ni kat kedai buku pun nak gaduh ke.." marah Batrisya.

Dialah biasanya yg akan meredakan perang
mulut antara Farina dan Husna.

Adakala geli hati jugk tgk Husna dgn Farina. Husna dahlah suka menyakat pastu melayan kalau Farina membebel. Maria pulak biasanya menjadi penyokong Husna. Macam-macam ragam.

Sedang asyik memilih buku, Husna terlanggar seseorang. Habis jatuh buku-bukunya. Orang yang dilanggar tadi menolong Husna mengutip buku-bukunya yg jatuh.

Setelah selesai mengambil bukunya Husna berdiri dan mengangkat mukanya. Mata Husna dan mata lelaki itu yang lagi tinggi darinya saling bertentangan.

Mata redup lelaki itu penuh misteri baginya. Lama mereka begitu sampailah lelaki itu berdehem. Husna menunduk kerana malu.

"Sorry tak perasan tadi. Awak tak apa-apa ke?" tanya Husna sambil tersenyum kekok.

"Aku okey. Lain kali jalan tengok depan jangan nak berangan. Buta ke apa aku yang tinggi ni tak nampak?" marah lelaki itu.

"Saya dah mintak maafkan. One more thing saya tak berangan pun." marah Husna.

'Annoyingnyaaa.' geram Husna didalam hati.

"Whatever ada nampak muka aku kesah? Takkan." ujar lelaki itu tersenyum sinis.

"Hish tepilah" kata Husna sambil menolak lelaki itu ketepi.

'Lagi lama aku kat situ lagi sakit hati aku. Harap muka je hensem. Huh' marah Husna dalam hati.

"Cantik" gumam lelaki itu sambil memerhati gerak langkah Husna.

Setelah selesai membayar, mereka berempat pergi makan kerana terasa lapar.

"Yg kau ni Husna asal monyok je dari kita keluar kedai buku tadi."tanya Maria.

"Ni mesti ada benda yg jadi ni. Baik kau bagitahu kitaorang." teka Batrisya.

Husna mengeluh dan menceritakan apa yg jadi.

"Macam tulh ceritanya. Geramkan dgn mamat sombong tu." marah Husna lagi.

"HAHAHAHA lawaklah kau ni Husna." ketawa Farina. Husna mencebik.

"Weyh Husna mamat tu hensem tak. Yelah kau kata dia tinggikan mesti hensem." teruja Batrisya.

"Kau ni Isya, pantang eh kau kalau dengar pasal lelaki." balas Husna.

"Alaa aku tanya je. Manalah tau jodoh. Hihi." gedik Batrisya.

"Gatal ehh" Husna mencubit lengan Batrisya.

"Auch, sakitlh" rintih Batrisya. "Kau ni mcm ketamlah sakit tau tak" rajuk Batrisya.

Tiba-tiba mata Husna tertancap pada pintu restoran, tubuh yang tinggi lampai itu amat dikenalinya.

Ya itulh mamat sombong yg dilanggarnya. Lelaki itu masuk bersama 3 org lelaki lain, mungkin kawannya.

Salah seorang daripada lelaki itu menegur Batrisya. "Isya!!" sapanya.

"Ehh..abang Iman buat apa kat sini?" balas Batrisya.

Husna perasan yg mamat sombong tadi asyik memandangnya.

"Ohh abg teman kawan abang ni hah cari buku tadi." balas Iman sambil tersenyum sambil tunjuk ke arah mamat sombong itu.

Husna mencuit lengan Batrisya sambil berbisik "Weyh mamat yang kat tengah tulah yang aku langgar." matanya asyik memandang mamat itu.

"Wahh hensemnya." puji Batrisya.

"Biasa je aku tengok lagipun kalau hensem tapi tak ada adab buat apa? Huh.." balas Husna.

"Yg korang dua ni dah kenapa berbisik je. Ada pape ke??" tanya Iman.

"Erk tak ada pape. Abang tak nak kenalkan ke kawan-kawan abang ni.." tanya Batrisya.

"Ooohh lupa pulak.. kenalkan yang ni Muhammad Zharif Isaac panggil dia Zharif je.. " katanya menunjuk ke arah mamat sombong itu.

'Ooo sedap jugk nama dia Zharif kena dengan muka tapi perangai hampeh' kata Husna didalam hati.

Zharif hanya diam apabila namanya disebut. "Yang ni pulak Imran Fahmi, dan yang tu..." belum sempat beritahu Nazmi telah perkenalkan diri sendiri.

"Hai nama saya Nazmi Harith.." kata Nazmi dengan peramahnya.

Semua ketawa kecil melihat telatah Nazmi kecuali Zharif yg sentiasa bermuka beku.

"Isya nak kenalkan kawan-kawan Isya pulak. Yang ni Maria, yang tu Farina.. Dan yang paling lawa ni pulak nama dia Nur Husna Sumayyah..." terang Batrisya.

"Ish kau ni mengadakan." Husna mencubit lengan Batrisya. Habis blushing dia.

Mereka yang disitu ketawa melihat muka blushing Husna. Biasalah bila muka putih ni senang nk nmpk merahnya.

Husna tidak memerlukan mekap yg tebal kerana mukanya mmg natural beauty. Biasanya dia hanya memakai sedikit bedak dan juga lip bum saja. Zharif yang dari tadi merenungnya dihadiahkan jelingan tajam. Puas hatinya.

'Dari tadi tengok aku macam nak tembus dinding. Aku tahulah aku comel haha bangga jap' bisik hatinya.

'Comel' bisik hati Zharif..

Nak tahu tak apa yang jadi seterusya, Kenalah tunggu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience