Bab 9

Romance Series 3381

Suasana tegang diantara mereka berdua. Masing-masing mempamerkan muka yang serius. Dahi mereka berlapis seperti sedang memikirkan penyelesaian bagi masalah yang melanda.

BEBERAPA MINIT SEBELUM..

Husna memakirkan keretanya berhampiran dengan sebuah kafe'. Dia berjalan memasuki kafe' itu dan memesan air Ice Lemon Tea. Dia kemudiannya pergi ke meja yang kosong.

Husna menghirup segar air kegemarannya itu sambil memerhati sekeliling. Dia tersenyum apabila terlihat sepasang kembar budak kecil sedang mengomel kepada ibu bapa mereka sabil menunjukkan mainan yang berada ditangan mereka.

Secara tiba-tiba suatu perasaan menyerbu dirinya. Perasaan yang sukar untuk digambarkan Perasaan sedih, rindu serta sayu menyerbu secara serentak. Perlahan air matanya mengalir membasahi pipi gebunya. Entah kenapa dia rasa begitu terhadap keluarga bahagia tersebut dia pun tidak tahu.

Dengan cepat dia membuang perasaan itu jauh-jauh dan mengelap air matanya apabila terpandang sesusuk tubuh yang ditunggunya. Susuk tubuh tinggi itu melangkah masuk dengan senyuman yang dilemparkan manis kepada Husna.

"Assalamualaikum Husna Sumayyah." sapanya lembut.

"Waalaikumussalam Doktor Farish. Jemput duduk." balas Husna.

Lelaki yang dipanggil Doktor Farish itu menarik kerusi yang berada didepannya dan duduk disitu berhadapan dengan Husna.

Doktor Farish memiliki rupa yang agak kacak. Rambut yang disisir kemas sesuai dengan bentuk mukanya yang bujur sireh itu. Keningnya yang sederhana lebat dan matanya yang menawan itu sentiasa membuatkan para gadis menyukainya. Hidungnya yang mancung itu terletak elok di wajah putihnya. Ditambah lagi dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya serta tubuh tinggi lampainya.Mana taknya digilai ramai sebab dia juga mempunyai mix arab. Entah mengapa Husna tidak terpikat dengannya walaupun mereka rapat sejak lapan tahun lepas.

"Husna apa khabar? Macammana dengan kehidupan okay ke?" Farish memulakan perbualan.

"Alhamdulillah sihat. Kehidupan pun okay macam biasa. Doktor macammana pula? Dah jumpa kekasih hati ke. " tanya Husna kembali.

Kesian betul doktornya ini hensem tapi tak kahwin lagi. Padahal dah masuk 30 tahun dah. Doktor Farish merupakan doktor psikiatrinya.

"Ish tak payahlah panggil doktor panggil Farish je. Macam tak biasa. Terasa tualah panggil macamtu. Saya sihat juga. Tapi bab kekasih hati ni entahlah belum masanya. Saya sebenarnya masih menunggu seseorang ni tapi tak taulah bila dia nak sedar yang saya sayang dia." balas Farish dalam nada sedih.

"Ouh lupa pula. Dah lama tak jumpa kan. Siapa orang tu mesti lawakan pastu baik. Kalau tak macammana Encik Farish yang hensem ni boleh terpikat. Untungnya dia. Tunjuklah gambar nak tengok juga. Hihi." tanya Husna sambil menghulurkan tangannya. Dia dan Farish boleh dikatakan macam kawan baik jugalah.

"Eh eh mana boleh. Rahsia. Satu hari nanti mesti Husna tahu juga. Gambar dia Farish letak kat wallpaper tau. Haha." balas Farish sambil tergelak. Gelak pun hensem.

"Alaaaa. Nak tengok. Nanti kalau Farish nak melamar ajak Husna tau. Husna jadi photographer. " pinta Husna.

"Yelah yelah. Nanti eh. Farish pun tak tau dia nak terima ke tak. Dia tu seorang yang lawa, baik, comel pastu sopan. Tapi yang paling Farish suka kat dia sebab dia kuat. Banyak dugaan hidup dia tapi dia tetap kuat. Dia hadapi semua dengan senyuman." Farish menggambarkan orang yang dia suka.

"Uishh mesti sesuai korang berdua ni kan. Tak sabar nak makan nasi minyak." teruja Husna.

"Ni sebenarnya kenapa Husna nak jumpa Farish. Ada pape jadi ke?" tanya Farish kembali ke tujuan sebenar mereka bertemu.

"Sebenarnya beberapa harini...." sebelum sempat Husna menuturkan kata, Farish telah memintasnya.

"Mimpi tu datang balik?" pintas Farish dengan muka berkerut seakan menahan marah dan memandang Husna tajam.

Husna hanya mampu menggangguk perlahan sahaja. Kecut juga dia bila Farish memandangnya dengan pandangan tajam bak helang itu.

"Macammana? Apa yang jadi sebenarnya? Husna ingat balik ke benda tu? Dah berapa lama?" tanya Farish. Terpapar riak risau diwajahnya.

"Tak tahulah. Mimpi tu, suara tu. Semuanya tiba-tiba je. Dan lagi satu ada orang lain tahu pasal benda tu." jawab Husna jujur.

"Orang lain? Siapa?" tanya Farish ingin tahu.

"Senior kat kolej. Perempuan dan dia memang tak suka Husna dan Husna tak tau mana dia tahu pasal tu." terang Husna.

Suasana hening menyelubungi mereka. Sunyi. Sepatah kata pun tidak dituturkan di bibir masing-masing.

"Macam nilah. Disebabkan kita tak tahu mana dia dapat tahu perkara tu. Kita biarkan dia dulu. Dan Husna kena jauhkan diri daripada dia sebab nanti takut dia ingatkan Husna tentang benda tu. Dan Husna kena sibukkan diri dengan buat apa yang Husna suka dan elakkan daripada fikir pasal tu. Faham. Farish tahu Husna kuat." nasihat Farish setelah lama memikirkannya. Matanya masih tajam memandang Husna.

"Baiklah. Husna cuba." Husna berkata kemudian menunduk.

Tiba-tiba bunyi telefon berdering meminta diangkat.

Farish mengambil telefon yang berada dipoketnya dan menekan butang hijau untuk mengangkatnya.

Husna hanya memerhatikan Farish. Dia tak dapat dengar apa yang si pemanggil katakan tetapi yang dia tahu mungkin serius sebab muka Farish asyik berkerut sahaja. Tapi masih nampak hensem sebenarnya.
Farish hanya menganggukkan kepalanya sahaja sepanjang panggilan tersebut. Entahlah si pemanggil itu nampak atau tidak.

"Ok." sepatah perkataan Farish sebelum menamatkan panggilan.

"Husna, Farish kena pergi dulu tau. Sebab ada hal. Sorry. Nanti kita jumpa  lagi ok. Husna pastikan hati-hati dengan orang sekeliling tau. Jangan percaya sesiapa pun." Farish meminta diri.

"Maksud Farish?" tanya Husna ingin tahu. Dia rasa macam ada maksud tersirat didalam ayat Farish tadi.

"Tak ada papelah. Bye, Assalamualaikum." Farish memberi salam sambil tersenyum manis. Dia pun berlalu dari situ tanpa menjawab pertanyaan Husna

"Waalaikumussalam" perlahan Husna menjawabnya sambil matanya memerhati Farish keluar daripada kafe' tersebut. Dia masih tertanya sebenarnya.

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhatikan mereka dari dalam kereta.

"Aku takkan biarkan kau bagitahu dia tentang aku. Aku takkan biarkan kau hancurkan rancangan aku dan jauhkan aku dengan kekasih hati aku. HAHAHAHAH." ujar orang misteri sambil tertawa sinis. Dia memerhati figura yang baru keluar dari pintu kafe' tersebut.

Setelah mangsanya berada di kedudukan yang tepat dia memandu laju keretanya. Figura yang sedang melintas jalan itu dilanggar laju olehnya.

"Hope you die, Doktor Farish. HAHAHHA. I'm coming dear. Wait for me. " Dia mengukirkan senyuman penuh misteri. Dia memandang sekilas gambar seseorang yang berada di kerusi sebelah pemandu. Senyuman itu tak lekang dari bibirnya.

hai. sorry lambat update. busy sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience