7

Other Series 2215

Hari itu Azzy dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak hospital. Dzawin berkeras ingin menemani Azzy. Mujurlah kelas Dzawin telah dibatalkan. Azzy masuk ke dalam kereta dan diikuti oleh Dzawin.

"Azzy nak singgah mana-mana? Nak makan apa-apa?" Tanya Dzawin.

"Tak nak lah. Azzy tak lapar. And Azzy nak balik terus. Rindu rumah. Win takdah kelas hari ni ker??"Kata Azzy.

" Kelas Win kena cancel. Dady kena outstation,Mamy ikut. Katanya seminggu kat sana."

"Kat mana?"Azzy melentokkan kepalanya di bahu Dzawin.

" Jepun."Jawab Dzawin singkat. Aroma wangi dari rambut Azzy membuat jantungnya berdegup sedikit kencang.

"Ohhh Jepun. Nampaknya Azzy sendiri lah kat rumah nanti dengan bibik." Azzy mengeluh.

"Petang ni Win ambik kereta kat kampus. Win teman Azzy kat rumah. "

"Ehhh bukankah 'U' jauh dari rumah. Kan Win malas nak drive?"Azzy memandang Dzawin. Dzawin tersenyum.

" Its okay. Win teman Azzy. Win tak kesah nak drive tiap hari"Dzawin mengelus rambut Azzy. Azzy mengangguk.

Sampai di rumah,Dzawin menemani Azzy hingga ke pintu biliknya.

"Win keluar kejap okay? Ambik kereta kat kampus" Dzawin berpamitan dengan Azzy. Azzy mengangguk.

Petang itu,Dzawin duduk di tepi kolam renang setelah mengambil kereta yang dia tinggalkan di kampusnya. Dia membuka telefon bimbitnya. Ada beberapa mesej masuk dari whatsapp namun dibiarnya tidak berbalas. Entah dari mana saja gadis-gadis itu mengetahui nombor telefonnya. Azzy masih tidak turun. Dzawin membiarkan saja. Takut pula menganggu lena dan rehat Azzy jika dia menemuinya. Dia membelek lagi telefon bimbitnya. Wallpaper di skrinnya di tatap lama. Mada berlalu begitu cepat begitu juga dengan rasa sayang dan cintanya kepada Azzy. Dia tidak pasti kalau perasaan itu diperbolehkan. Kerana Azzy sudah seperti darah daging keluarga Dzawin walaupun mereka langsung tiada pertalian darah. Dzawin mendengus kasar. Lamunannya terhenti apabila bahunya disentuh oleh Azzy dari belakang.

"Dah lama sampai?" tanya Azzy.

"Dah lama dah tadi." Dzawin membalas sambil tersenyum.

"Win dah makan? Bibik ada masak tadi. Azzy tolong panaskan lauk yer?"

"Ehhh tapayahlah. Nanti Win lapar,Win cari makanan sendiri. Azzy rehatlah. "

Azzy tersenyum dia duduk bersila ditepi Dzawin.

"Tak lama lagi Azzy dah nak SPM. Tahun depan Azzy dah nak masuk 'U'.Azzy kena rajin belajar untuk dapat banyak A. Takut nanti Azzy tak layak masuk course Engineering. "Azzy mendengus.

" Jangan risau lah. Win yakin Azzy mesti boleh. Azzy jangan stress sangat. Jaga kesihatan tu."

Azzy hanya mengangguk. Azzy mendongak ke langit. Harapannya sangat tinggi. Dia hanya ingin membalas budi keluarga angkatnya dengan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya satu hari nanti.Dia harus mengapai cita-citanya sebagai seorang jurutera. Dzawin diam-diam memandang Azzy. Hatinya seperti diguris apabila benaknya memikirkan yang Azzy tidak mungkin menganggapnya lebih dari seorang abang. Azzy memandang Dzawin. Mata mereka bertembung.

"Win,you have such a beautiful eyes." Puji Azzy. Dzawin masih tidak berkedip melihat mata Azzy.Jantung Azzy berdegup kencang. Laju dia melarikan matanya dan menunduk.Dzawin tersenyum kecil.

"Oh ya,esok Win tak balik. Win ada kerja kelompok kena siapkan." Dzawin hampir terlupa memberitahu Azzy mengenai tugas kelompoknya.

"Its okay. Azzy okay. Lagipun ada bibik,ada cimong boleh temankan Azzy."

"Lepas present Win balik sini okay?"

Azzy mengangguk sambil tersenyum.

Keesokan harinya,Dzawin berangkat awal ke kampus. Sempat juga dia sarapan bersama Azzy sebelum berangkat. Hatinya berat meninggalkan Azzy namun tugas di kampusnya harus di siapkan. Setelah Dzawin berangkat,Azzy duduk sendirian di ruang tamu. Bik Minah perlahan mendekatinya.

"Cik,saya nak minta tolong cik boleh?"Tanya Bik Minah

" Ada apa bik? Kalau saya boleh tolong saya tolong. ".

" Anak Bik sakit. Boleh Bik balik tengok anak bibik kejap?"

"Lahh,boleh bik. Baliklah. "

"Cik tak apa-apa bik tinggal?Sendirian kat rumah?"

"Azzy okay lah bik. Azzy dah besar. Lagipun Uncle Malik ada kat depan tu. Ada apa-apa Azzy boleh panggil Uncle. "

"Baiklah,nanti bik pesan dengan Uncle Malik tengok-tengokkan Cik Azzy yer?"

"Yelah. Bik hati-hati balik tau. Whatsapp Azzy kalau dah sampai. "

"Baiklah. Terima kasih Cik."

Bik Minah berlalu meninggalkan Azzy. Azzy mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Dia ingin menghubungi Dzawin tapi dia tidak ingin menganggu Dzawin. Dia berjalan naik ke atas.

"Bikkk!Pintu depan jangan lupa kunci."Jeritnya memberi peringatan kepada Bik Minah.

"Baik Cik." Balas Bik Minah dari dapur.

Azzy masuk ke dalam biliknya. Surat MC nya diletakkan di tepi buku latihannya. Besok barulah dia dapat bersekolah setelah diarahkan oleh doktor untuk berehat di rumah beberapa hari setelah keluar dari hospital. Azzy menyusun buku pelajarannya dan diletakkan ke dalam beg sekolahnya. Dia duduk sebentar di meja belajarnya. Dia memandang gambarnya bersama Dzawin yang diletakkan kemas di meja belajarnya. Dia tersenyum. Kerana merasa bosan dia mengemas biliknya dan setelah itu dia tertidur di atas katilnya.


*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience