11

Other Series 2215

Azzy menarik bagasinya.Hari itu, Arvie akan menjemputnya. Azzy berkeras ingin memandu ke kampus tapi Arvie memujuknya untuk ikut bersama. Arvie sudah meminta kebenaran Aidyn agar mereka sekumpulan tidak mengikuti bas yang disediakan. Lagipula, Arvie akan mabuk jalan jika dia menaiki bas. Azzy juga senang mabuk jalan. Tambahan itu pertama kalinya megikuti aktiviti luar.Setelah beberapa minit menunggu akhirnya Arvie tiba juga.

"Hey princess." Arvie turun dari kereta dan membantu mengangkat bagasi Azzy.

"Nice car" Azzy memuji kereta Range Rover berwarna putih milik Arvie.

"Nahhh, you also have nice car. Actually i want you car for real. But i also want Range Rover." Arvie melirik kereta Mercedes Benz berwarna merah milik Azzy di parkiran rumah mereka.

"Bersyukur dengan apa yang ada. Ini pun lebih dari cukup" Azzy masuk ke dalam kereta.

"Azzy you duduk kat seat depan dengan i boleh?"

Azzy yang sudah masuk ke bahagian tempat duduk belakang memandang Arvie sambil mengeleng.

"Sama jer lah nak duduk belakang ke depan." Azzy membuka pintu dan beralih ke tempat duduk bahagian hadapan.

"Dah cepat. Nanti lambat. Tan dah kat tempat Ziqri tu. Mereka dah tunggu kat rumah Ziqri" Azzy memakai tali keledar.

"Aik sejak bila Tan kat tempat Ziqri pula?" Arvie menghidupkan enjin keretanya.

"Tan tidur kat rumah Ziqri semalam. Dia takut terlambat. Sebab dia susah sikit nak bangun"

"Ohhh. Kenapa i tak tahu?" Arvie mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dorang ada kot cakap kat group. Tak buka lah tu. Sibuk chat dengan awek"

"Azzy i takdah awek okay.?" Arvie menepis tuduhan Azzy.

"Baiklah" Azzy tersenyum tidak percaya. Tidak berapa lama kemudian, mereka sampai ke perkarangan rumah Ziqri. Tan dan Ziqri yang duduk bersila di halaman rumah mereka berdiri sambil membawa barang-barang mereka.

"Bonet bonet bonettttt!" Jerit Ziqri. Arvie mengeleng dan membuka bonet keretanya. Setelah itu mereka masuk ke dalam kereta.

"Good morning Princess. Good morning Tuan Vie" Ziqri mengucap selamat pagi sambil tertawa. Sempat juga dia mencuit pipi Azzy yang melihat ke arahnya.

"Morning Azzy, Vie" Giliran Tan pula mengucapkan selamat pagi.

"Good Morning gaiz"Jawab Azzy. Arvie tidak memjawab sebaliknya mengangkat tangan kirinya dan kedua keningnya.

" Uhhhohhhh Mr Cool"Ziqri menyindir Arvie. Arvie hanya tersenyum. Dia menghidupkan enjin dan mulai fokus kepada pemanduannya. Setelah hampir sejam perjalanan, Azzy dan yang lain tiba di kampus. Pelajar lain yang mengikuti bas yang disediakan juga sudah berkumpul di situ. Azzy dan yang lain turun dari kereta. Mata Azzy menangkap sosok Dzawin dan Aidyn yang sedang berbicara di tepi kereta Audi Hitam milik Aidyn.

"Guys korang pergi dulu. Saya nak jumpa Aidyn jap" Arvie, Tan dan Ziqri mengangguk dan berjalanan ke kawasan berkumpul.

"Morning Win, Dyn" Azzy tersenyum. Dzawin menoleh melihat Azzy. Dia membuka tangannya layaknya Jack dan Rose dalam lakonan filem Titanic. Azzy tersenyum. Dia tahu Dzawin ingin memeluknya. Azzy memeluk Dzawin sebentar dan meleraikannya.

"Did you know each other?" Tanya Azzy

"Mmm yup. Win dengan Aidyn kawan dari tahun pertama lagi." jawab Dzawin

"Ohhh. Aidyn kiteorang tak ikut bas tau. Arvie nak drive. Dia ajak sekali saya dengan Ziqri dan Tan"

"I know. it's okay. Tapi bagitahu Arvie supaya hati-hati. Kita jalan jauh tau." Aidyn memberi peringatan. Azzy mengangguk.

"Uhhh Azzy kalau ada apa-apa yang buat awak tak selesa bagitahu saya atau ahli kumpulan awak tau. Saya risau kalau-kalau awak ada apa-apa nanti."

"Okay Sir" Azzy menunjukkan "thumbs up" kepada Aidyn.

Azzy kembali lagi melihat Dzawin. Dzawin memegang erat bahu Azzy.

"Kalau tak boleh jangan paksa. Call Win. Win ambil Azzy kat sana."

"Baiklah. Jangan risau sangat okay"

"Mmm. Sweater ada bawak? Selimut? Ubat Azzy semua tu?"

"Ada. Azzy ada bawa semua"

Dzawin menghulurkan sekantong plastik berisi snek kepada Azzy.

"Jangan lupa makan. Jangan jalan sendiri. Kalau malam jangan keluar khemah. Torchlight Azzy jangan tinggal. Jangan pergi tempat yang gelap sendiri. Stick with Arvie and the others. Ada apa-apa bagitahu Aidyn cepat-cepat."

"Baikkk tuanku" Azzy mencubit pipi Dzawin.

"Dahh, hati-hati. Jangan lupa pesan Win. Tu Aidyn dah panggil Win pun nak masuk kelas dah ni" Dzawin membelai rambut Azzy.

"Mmm okay. Bye Win"

Dzawin mengangguk dan melambai tangannya ke Azzy. Dia kemudian bergegas ke fakultinya.

"Can i have a hug from you too?" Arvie merangkul bahu Azzy.

"No!" Azzy menepis tangan Arvie. Arvie tertawa. Setelah diberikan taklimat, mereka mula masuk ke kenderaan masing-masing. Setelah itu mereka memulakan perjalanan.

"Mmm Azzy remember jangan jalan sendiri tau.Terutama kalau dah gelap. You minta kawan dengan senior perempuan kalau nak buang air ke apa ker kalau malam." Arvie berbicara namun tetap fokus pada pemanduannya.

"Baiklah" Azzy menjawab. Senior dan ahli kumpulannya sudah tahu mengenai fobia Azzy terhadap kegelapan. Namun tidak pula Azzy memberitahu yang dia takut akan petir. Azzy hanya mampu berharap yang cuaca akan baik-baik saja. Setelah beberapa jam memandu, Arvie berhenti di Stesen R and R untuk mengisi minyak kereta dan makan tengah hari.

"Vie, kamu nak saya ganti pandu lepas ni?" Tanya Tan.

"Boleh juga. Saya penat dah ni" Balas Arvie

"Laparrr" Ziqri menarik tangan Azzy masuk ke medan selera R&R tersebut. Azzy hanya menurut sambil tertawa.

Mereka duduk bersama di meja. Masing-masing membuka dan bermain telefon pintar masing-masing. Azzy saja yang tidak memeriksa telefonnya. Dia fokus melihat sekeliling. Mata Azzy tertancap pada kaunter menjual Corndog Cheese kesukaannya.

"Guys, saya pergi kat sana kejap ehh" Azzy berdiri namun tangannya di tarik oleh Tan. Hampir saja dia terduduk kembali.

"Awak nak pergi mana? Nak saya teman?" tanyanya.

"Saya nak pergi beli makanan kat depan sana jer. It's okay"

"Dah jom saya teman awak" Tan berdiri dan memimpin tangan Azzy. Arvie memandang Tan dengan pandangan tajam. Namun pandangan Arvie tidak dihiraukan oleh Tan.Azzy dan Tan beriringan sambil berpimpin tangan. Azzy tidak pula melepaskan genggaman tangan Tan kerana dia merasa selamat diperlakukan begitu. Azzy tau Arvie, Ziqri dan Tan orang yang baik. Walaupun perkenalan mereka masih singkat Azzy merasa selesa dengan mereka bertiga.

"Which one?" Tanya Tan. Azzy memandang Corndog di depannya. Semua pun kelihatan menyelerakan.

"Semua pun sedap lah Tan. Tak tahu nak pilih yang mana" Jawab Azzy.

"You can eat all of it?" Tanya Tan lagi. Azzy mengeleng sambil tersengih.

"Okaylah. I choose this one" Azzy menunjuk Corndog Double Cheese sambil tersengih lagi.

"Miss, can i have 4 set of this one?" Tan memesan.

"Tan tak payah lah beli yang set. beli 4 stick jer. Sapa nak makan banyak-banyak"

"Tu ada dua godzila lagi. Tak pelah yang ni saya belanja awak dan yang lain. Next time awak belanja lah saya" Tan membelai rambut Azzy. Azzy mengangguk lalu tersenyum.Mereka kembali ke meja mereka. Makanan yang mereka pesan juga sudah sampai.Azzy melihat rakan-rakannya. Banyak juga siswi baru fakulti lain yang iri kepada Azzy. Mana tidak baru saja minggu orientasi dia sudah di kelilingi oleh 3 jejaka kacak di fakultinya. Bukan saja kacak mereka juga dari keluarga yang berada. Azzy menyuap nasi ke dalam mulutnya. Yang lain menikmati makanan mereka dengan senyap. Setelah selesai Azzy dan yang lain bertolak ke destinasi mereka. Kali ini Tan pula yang memandu kereta. Azzy beralih ke tempat duduk belakang setelah dipaksa oleh Arvie. Setelah hampir dua jam perjalanan mereka, Azzy sedikit kelelahan. Dia merasa mual dan ingin muntah. Cepat-cepat dia menyuruh Tan berhenti di bahu jalan. Tan memberhentikan kereta. Cepat-cepat Azzy keluar dari kereta dan memuntahkan seluruh isi perutnya di longkang tepi jalan mereka berhenti. Arvie, Tan dan Ziqri bergegas ke arah Azzy. Tan menepuk-nepuk belakang Azzy. Azzy bercangkuk sambil mengambil beberapa keping tisu yang dihulur oleh Arvie.

"Sorry gaiz." Azzy meminta maaf.

"No need to say sorry princess. Dah,mari i tolong you" Arvie memapah Azzy masuk ke dalam kereta.Sepanjang perjalanan, Azzy tidur di pangkuan Arvie. Arvie mengelus lembut rambut Azzy sambil melihat pemandangan di luar. Tan hanya fokus pada pemanduannya dan Ziqri telah lama diulit mimpi indah. Telefon Azzy berdering. Arvie melihat telefon Azzy. Tertera nama Aidyn di layar skirn. Arvie menyambut panggilan Aidyn.

"Yes Sir" Jawab Arvie

"Ehhh, Azzy mana?" Suara Aidyn berubah panik bila mendengar suara lelaki di hujung talian

"Azzy tidur. Saya ni Vie." Arvie cepat-cepat memperkenalkan diri.

"Ohhh awak Vie. Azzy okay tak? Korang kat mana??? Kiteorang dah nak sampai ni"

"Kami kat belakang awak semua. Azzy okay. Cuma dia mabuk jalan tadi"

"Uhhh???" Aidyn terkejut

"Tapi jangan risau. Azzy okay sekarang. dia tidur"

"Mmm ada apa-apa awak bagitahu saya okay Vie"

"Baik tuan" Arvie bersuara sedikit tegas.

Aidyn menamatkan panggilan.Teringat perbualannya bersama Dzawin pagi tadi. Dia berjanji tidak akan membiarkan apa-apa yang buruk terjadi kepada Azzy. Aidyn mendengus kasar. Matanya kembali meliar melihat pemandangan di luar. Mereka akan tiba tidak lama lagi. Tan memberhentikan kereta tepat di belakang bas rombongan fakulti jurutera. Arvie keluar sambil merangkul bahu Azzy.

"It's okay Vie. Saya boleh jalan" Azzy tersenyum

Arvie melepas rangkulannya. Azzy berjalan perlahan ke arah bonet.

"Ehhh takpelah. Saya tolong awak" Tan menghalang Azzy mengangkat bagasinya.

"Takpelah Tan. Saya boleh lagi ni" Azzy mencapai beg plastik miliknya.

"Princess dengar cakap please." Ziqri merebut kantong plastik dari tangan Azzy. Azzy akhirnya akur dan membiarkan saja Arvie dan yang lain mengurus barang-barangnya. Azzy memandang sekeliling.Di depannya terdapat hutan belantara yang dia rasa agak menyeramkan.
Azzy dan rombongan yang lain diberitahu bahawa mereka akan mendirikan khemah tidak jauh dari situ dan akan memulakan aktiviti pada esok hari. Sebelum masuk ke dalam hutan, mereka diberi peringatan agar lebih berhati-hati dan sentiasa bergerak dalam kumpulan. Setelah itu, mereka berjalan beriringan masuk ke dalam hutan. Azzy mengenggam erat tangan Tan sambil memandang sekeliling. Ziqri dan Arvie berjalan di belakang Azzy dan Tan. Setelah sampai di tapak perkhemahan, mereka masing-masing mendirikan khemah. Azzy hanya melihat kerana khemahnya dipasang oleh Arvie. Aidyn mendekati Azzy setelah lama memerhati Azzy dari kejauhan.

"Azzy, awak dah okay?" tanya Aidyn
Azzy terkejut kerana Aidyn tiba-tiba menyergahnya.

"Uhhh mmm yeahh saya okay" Balas Azzy.

"Good. Ada apa-apa bagitahu Aidyn okay?" Aidyn membelai lembut rambut Azzy.

"I have my three knight here, senior.Don't worry." Azzy tersenyum Aidyn hanya mengangguk dan berlalu pergi. Sempat juga dia melirik Arvie yang sibuk mendirikan khemah. Azzy membantu Arvie dan yang lain dengan menjaga barang mereka. Setelah selesai mendirikan khemah, Arvie duduk bersila di tepi Azzy sambil mengipas-ngipas wajahnya mengunakan topi yang dipakainya. Tan dan Ziqri juga sudah selesai. Azzy menghulurkan air mineral kepada Tan dan Ziqri. Arvie sudah beberapa kali meneguk air sirap yang dihulur oleh Azzy sebentar tadi. Arvie melentokkan kepalanya di bahu Azzy. Azzy hanya membiarkan saja. Arvie memejam matanya. Tubuhnya lelah dan dia merasa mengantuk. Tan melirik Azzy dan Arvie.

"Azzy" Panggil Tan. Azzy menoleh.

"Mmm?" Jawabnya.

"Sebenarnya saya nak tanya awak something tapi saya takut awak terasa ker apa" Tan membuka ceritanya.

"Ehhh it's okaylah Tan. Tanya jer" Azzy semakin tertarik dengan Tan.

"Pasal awak fobia dengan gelap. Boleh saya tahu kenapa?"

Azzy terdiam dan tertunduk. Dia mengimbau kembali kenangan pahitnya. Seketika hatinya merasa sakit dan sedih.

"Sorry Azzy. No need to answer then. Sorry" Tan merasa serba salah apabila melihat perubahan
wajah Azzy. Azzy memandang Tan dan mencuba untuk tersenyum.

"It's okay Tan. Saya fobia gelap sebab masa saya kecik saya kena abuse oleh makcik angkat saya. Saya dikurung di tempat yang gelap berhari-hari dan tak diberi makan. Saya pernah cuba lari tapi dia dapat tangkap saya lagi. Masa tu........." Percakapan Azzy terhenti apabila Arvie menutup mulutnya lembut. Airmata yang bergenang di tubir mata Azzy disekanya.

" Enough. Tan please don't ask anything about this anymore. I beg you. "Arvie menghadiahkan Tan lirikan yang tajam. Tan mengangguk dan meminta maaf kepada Azzy. Dia cuma tertanya-tanya akan hal itu.

" Guys. Saya masuk khemah dulu yer. Saya masih rasa pening sebab mabuk jalan tadi.Arvie thanks sebab tolong dirikan khemah Azzy" Azzy berdiri dan masuk ke dalam khemah. Di dalam khemah dia menangis tanpa suara. Kenangan hitamnya itu sangat menyakitkan hingga dia terpaksa berhadapan dengan fobia dan ketakutan. Perlahan Azzy baring sambil menangis sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience