15

Romance Series 2215

Setelah selesai aktiviti hari itu,Aidyn mengarahkan mereka agar berkemas kerana petang itu mereka akan berangkat pulang ke kampus. Arvie dan yang lain mulai berkemas dan memeriksa agar tiada barang yang tertinggal.

"Arvie,awak tak boleh drive. Kaki awak masih sakit kan? Biar saya yang drive" Tan menawarkan diri untuk menjadi pemandu mereka.

"Thanks Tan." Arvie tersenyum sambil menghulurkan kunci keretanya.

Azzy yang masih sibuk berkemas akhirnya selesai dan kemudian memdekati Arvie,Tan dan Ziqri. Ziqri memegang lengan Arvie sambil membantunya untuk berjalan ke arah kereta manakala Tan dan Azzy berjalan di belakang mereka. Tan mengenggam tangan Azzy. Dia tidak mau Azzy hilang lagi seperti kejadian sebelumnya. Setelah beberapa minit mereka sampai ke kereta. Azzy membantu Arvie masuk ke kereta manakala Ziqri menguruskan barang-barang mereka.

"Pelan-pelan Vie." Azzy membantu Arvie duduk dan tidak lama kemudian Ziqri dan Tan masuk ke dalam kereta setelah menutup pintu bonet dan pintu penumpang. Tan menghidupkan enjin kereta dan menunggu beberapa saat sebelum menggerakkan kereta. Arvie melihat ke luar jendela. Manakala Azzy hanya duduk tanpa suara. Tan memandu dengan berhati-hati. Sesekali dia melirik Azzy di belakang lewat cermin di hadapannya. Arvie mulai merasa mengantuk. Dengan selamba dia melentokkan kepalanya di bahu Azzy. Azzy kaget namun tidak memberontak. Azzy mengelus rambut Arvie dan membiarkan Arvie tidur di bahunya. Setelah beberapa jam perjalanan,mereka singgah lagi ke R&R tempoh hari untuk mengisi minyak kereta dan mengisi perut mereka.Azzy perlahan-lahan mengejutkan Arvie.

"Vie,wake up. You tak lapar?" Azzy menepuk lembut bahu Arvie. Arvie membuka matanya perlahan.Dia memandang Azzy lalu mengeleng lemah.

"I turun belikan you makanan okay?" Azzy tersenyum manis.

"Tak pelah you. I ikut turun. I okay dah ni"Arvie merenggangkan badannya.

"Sure?" Azzy sedikit ragu. Arvie mengangguk sambil tersenyum.

Ziqri membuka pintu penumpang. Azzy keluar diikuti Arvie. Ziqri membantu Arvie berjalan. Tan kemudian memeriksa lalu mengunci kenderaan mereka. Azzy menunggu Tan.Tan perlahan jalan beriringan dengan Azzy menuju ke medan selera. Seperti biasa mereka duduk sebentar setelah memesan makanan. Telefon Azzy tiba-tiba berdering. Tertera nama Dzawin di layar telefonnya. Azzy berdiri dan berjalan keluar. Dia mengangkat panggilan Dzawin.

"Hello"Azzy bersuara lembut.

"Hello,Azzy. Azzy kat mana?"Ada nada risau pada suara Dzawin

"R&R. Azzy dengan yang lain singgah makan jap" jawab Azzy.

"Aidyn told me yang Azzy sesat dalam hutan" suara Dzawin semakin risau.

"Ya. Azzy tak bermaksud nak susahkan semua orang. Salah Azzy sebab leka sangat sampai tak sedar Azzy dah sesat" Azzy perlahan menjelaskan semuanya.

"Kan Win dah pesan,hati-hati. Kenapa degil sangat ni Azzy?" Dzawin menghela nafas panjang.

"Sorry Win. Azzy takdah niat pun nak ingkar pesanan Win. I'm sorry.Okay?"Azzy memujuk.

"Hmmm,lain kali jangan buat lagi. Macam mana kalau jadi sesuatu yang buruk kat Azzy? Azzy fikir Win akan bahagia,ketawa,party apa semua kalau jdi macam tu?"Leter Dzawin.

"Okay-okay. Sorryyy. I promise,takkan buat lagi"Azzy memujuk lagi.

"Okayyyy... Win tunggu Azzy kat kampus. Balik dengan Win."

"Okayy."Azzy mendengus apabila panggilan ditamatkan oleh Dzawin. Dia tahu pasti Dzawin marah akan perilaku nya. Setelah selesai makan,mereka meneruskan kembali perjalanan mereka. Setelah hampir 2 jam perjalanan barulah mereka sampai ke parkiran kampus. Dari jauh Azzy melihat kelibat Dzawin yang sedang berbual dengan Aidyn. Tan memarkir kereta mereka lalu turun bersama Ziqri,diikuti oleh Azzy dan Arvie. Tan membuka bonet dan mengambil beberapa alat yang harus mereka kembalikan ke fakulti mereka.

Azzy perlahan mencapai begnya. Dzawin mendekati Azzy dan mengambil beg serta barangan Azzy. Dia hanya diam dan menyimpannya di bonet keretanya yang sudah terlebih dahulu di bukanya.

"Tan,saya ikut abang saya balik ya."Azzy memberitahu Tan.

"Okay. Jumpa esok"Tan tersenyum. Azzy mengangguk dan membalas senyuman Tan. Kemudian dia menerpa ke arah Arvie dan Ziqri.

"Saya ikut abang saya balik tau.Jumpa esok. Arvie take care. Little prince you too" Azzy melambaikan tangannya.

"Hati-hati Princess." Ziqri membalas lambaian Azzy. Azzy perlahan masuk ke dalam kereta Dzawin. Sempat Azzy berpamitan sebentar dengan Aidyn sebelum masuk ke dalam kereta. Setelah beberapa minit,Dzawin masuk ke dalam kereta. Dia tidak bercakap dengan Azzy. Hanya diam membisu.

"Win. Win masih marahkan Azzy?"Perlahan Azzy membuka cerita setelah lama berdiam. Dzawin tidak menjawab. Hanya fokus kepada pemanduannya.

"Win. Azzy minta maaf. Janganlah diam macam ni"Azzy memandang Dzawin dengan tatapan sedih. Dzawin tetap membisu. Perlahan dia menghentikan kereta di tepi taman berhampiran rumah mereka. Dzawin memandang Azzy.

"Azzy tau tak apa yang Azzy buat membahayakan diri Azzy dan kawan-kawan Azzy? Win dengar kaki Vie sampai cedera,luka. Azzy pula pengsan tak sedarkan diri. Macam mana kalau Aidyn dan kawan-kawan Azzy tak jumpa Azzy? I'm going crazy,Azzy"Dzawin mendengus. Dahinya berkerut menahan perasaan yang bercampur baur. Azzy perlahan mengenggam tangan Dzawin dan meletakkannya di pipinya. Air mata Azzy terasa hangat mengalir membasahi tangan Dzawin. Dzawin terkesima. Cepat-cepat dia menyeka airmata Azzy.

"Azzy minta maaf"Azzy memandang Dzawin sambil menangis.

"Shhhh,its okay. Dah-dah jangan nangis. Win minta maaf kalau Win kasar dengan Azzy"Dzawin mengelus rambut Azzy.

"Azzy tak sengaja buat macam tue."Azzy berbicara sambil tersedu.

"Its okay. Kita balik okay?" Dzawin memujuk Azzy dan kemudian perlahan memandu menuju ke rumah mereka.


**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience